Terlalu mudah gadis itu menyatakan cinta tanpa tahu diri Jibrail yang sebenar.

"I tak kisah kalau you tak suka I. Tapi janganlah terlalu tunjuk yang you tak suka I." Perlahan dan lembut sahaja Yasmeen menuturkan ayat itu.

Bukannya jawapan namun kenyataan bagi membidas Jibrail kembali.

Jibrail hanya melihat Yasmeen yang sudahpun bangkit dan terus berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan dirinya. Rambut diraupkan ke belakang.

Gadis itu benar-benar keras kepala.

YASMEEN mendekati Puan Zariah yang sedang mengupas kulit pelam sebelum dipotong kecil dan diletakkan ke dalam pinggan. Wanita itu rancak berborak bersama adik-beradiknya.

"Alana. Mari sini. Alana makan tak buah pelam?" Puan Zariah yang perasan akan kehadiran Yasmeen segera memanggil gadis itu untuk mendekati mereka.

Yasmeen tersenyum nipis, kaki melangkah mendekati Puan Zariah sebelum gadis itu melabuhkan punggung di sebelah wanita yang bergelar Umi Jibrail tersebut.

"Alana tak makan masam-masam." Lembut sahaja Yasmeen memberitahu, Puan Zariah tersenyum manis sambil menganggukkan kepala.

"Samalah macam Along. Tak suka makan masam-masam juga tu." Ujar Puan Zariah mesra.

Sepotong pelam muda dicicahkan ke dalam kicap yang dicampurkan dengan gula dan lada sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

"Umi." Puan Zariah memandang Yasmeen saat gadis itu memanggilnya. Wajah Yasmeen dipandang lama, menunggu gadis itu bersuara.

"Jibrail tu memang tak ada perasaan ke? Dia macam tak ceria atau gembira pun. Nampak serious je selalu." Soalan Yasmeen menyebabkan Puan Zariah tergelak kecil manakala beberapa orang wanita yang berada bersama mereka tersenyum-senyum.

"Along tu nampak je tak ada perasaan macam tu, tapi sebenarnya dia jenis sensitive. Jarang nak tengok dia ketawa macam orang lain sebab cara dia memang macam tu. Dari kecil dia memang begitu. Tak sama macam adik-adik dia yang lain." Yasmeen mengangguk faham apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Puan Zariah. Patutlah.

"Biasalah tu Alana. Dah nama pun anggota Polis, memang makin berganda dia punya serious tu." Sampuk Cik Wan yang berada di sebelah Puan Zariah. Yasmeen hanya tersenyum lebar.

"Alana suka anak Umi ke?" Soalan Puan Zariah yang satu ini buatkan Yasmeen mengerdipkan kelopak mata beberapa kali.

Ketawa dibuat-buat bagi menghilangkan rasa kekok dalam dirinya.

Puan Zariah hanya tersenyum manis, dari saat mata Yasmeen melihat Jibrail lagi wanita itu sudah tahu yang gadis di hadapannya ini menyimpan perasaan pada anak lelakinya.

"Jibrail sombong, Umi." Adu Yasmeen pada Puan Zariah, wanita itu tersenyum lebar.

"Kalau suka, cuba perlahan-lahan. Along jenis memahami orangnya. Lama-lama dia suka lah dekat Alana." Ujar Puan Zariah sambil memandang wajah jelita Yasmeen.

"Lelaki ni, dia susah sikit kita nak faham cara dia. Tapi kalau dia betul-betul nak dekat kita, dia akan usaha untuk dapatkan kita tak kiralah macam mana keadaan sekalipun." Yasmeen senyap mendengar nasihat Puan Zariah. Cuba menghadam apa yang dikatakan wanita itu.

"Umi rasa Along tu suka juga dekat Alana." Kenyataan tersebut menyebabkan Yasmeen memandang wajah Puan Zariah secara spontan.

"Maksud Umi?" Puan Zariah tersenyum lebar, tangan dikesatkan pada kain kecil yang berada di hadapannya.

"Along kalau dia tak suka, dia tak akan ambil peduli pasal orang tu. Dia akan buat tak tahu saja walaupun dipaksa. Umi tengok Along peduli sangat pasal Alana. Masa Along ke kubur semalam, Along ada pesan pada Umi suruh tengokkan Alana sekejap. Takut Alana tak selesa masa dia tak ada." Panjang lebar Puan Zariah menjelaskannya. Yasmeen terdiam kaku saat mengetahui hal tersebut.

"Sabarlah Alana. Kalau ada jodoh antara Alana dengan Along. Alana dengan Along berpisahlah jauh mana pun, tetap akan bersama juga." Yasmeen mengukirkan senyuman manis, kenyataan tersebut menyebabkan dirinya berasa tenang.

'Tetap akan bersama juga.'

TANGAN Puan Zariah dikucup lembut sebelum tubuhnya dipeluk oleh wanita itu. Yasmeen tersenyum manis, hari ini dia perlu pulang ke Kuala Lumpur kembali kerana cuti Jibrail sudah tamat hari ini.

"Nanti Alana datang lagi rumah Umi." Ujar Puan Zariah, suka melihat Yasmeen. Gadis itu hanya mengangguk mengiyakan, jika Jibrail bawa kemari dia akan datang juga.

"Along bawa kereta tu elok-elok. Jangan laju sangat." Pesan Puan Zariah pada anak lelaki sulungnya, Jibrail hanya membisu. Lelaki itu meraih tangan Puan Zariah sebelum belakang tangan wanita itu dikucup lembut.

"Jaga diri. Nanti Along pulang lagi." Ujar Jibrail sebelum memberikan kucupan ringkas pada dahi Puan Zariah. Yasmeen yang melihat tindakan Jibrail mengukirkan senyuman manis.

Gadis itu bersalaman dengan sanak-saudara perempuan Jibrail. Seakan sudah mesra dengan mereka.

"Jangan buat Alana sakit hati dengan sikap Along. Berdamai sikit dengan sifat serious Along tu. Nanti bawa Alana kesini bukan sebagai pekerja dengan majikan, tapi sebagai pasangan yang halal. Umi doakan yang terbaik." Terkebil-kebil Yasmeen apabila Puan Zariah dengan selamba sahaja menyatakan ayat tersebut pada Jibrail.

"InshaAllah." Itu sahaja jawapan yang Jibrail berikan pada Puan Zariah, tidak marah mahupun membantah akan apa yang dikatakan oleh wanita tersebut.

Yasmeen hanya memberikan senyuman manis, Jibrail membukakan pintu kereta buat dirinya sebelum gadis tersebut terus masuk ke dalam kereta.

Tangan dilambaikan kepada keluarga Jibrail, senyuman langsung tidak hilang.

Jibrail masuk ke dalam keretanya sebelum kenderaan itu dipandu keluar dari kawasan rumah Puan Zariah. Yasmeen hanya membisu tidak mengeluarkan sebarang suara. Masih kekok dengan apa yang terjadi tadi.

Jibrail pula hanya senyap, matanya sekali-sekala mengerling sekilas Yasmeen yang berada di sebelah.

—LH—

The stronger a man is, the more gentle he can afford to be.

Milik JibrailМесто, где живут истории. Откройте их для себя