MY LOVE INARA 💎 29

Start from the beginning
                                    

" Cantik. "

Seterusnya, Inara ambil pula cryzta abaya yang berkombinasi warna red-black yang kontras dan menyala.

" Yang ni? "

" Cantik tapi terang sangat warna tu. Pilih warna yang gelap-gelap. "

Inara angguk kemudian dia meletakkan semula abaya itu. Dia ambil beberapa helai abaya yang berbeza rekaan. Dia tanya lagi pada Edric dan jawapan cantik tidak henti keluar dari mulutnya dan itu membuatkan Inara memuncung.

Tergelak kecil Edric. Tangan naik mencubit lembut pipi pau si isteri.

" La muncung pula cinta hati bie ni. Tadi kan honey tanya bie cantik ke tak abaya yang honey tunjuk tu. Bie dah tengok and is perfect for you. Warnanya tidak terlalu bright so bie cakap lah cantik. " Dia garu-garu kepalanya yang tidak gatal. Rasa-rasanya dia dah jawab dengan betul dah tu pertanyaan si isteri. Ke dia salah bagi jawapan?

" Bie tu la. Kalau semua cantik macam mana honey nak pilih? " Lagi, Inara cemberut.

" Alahai sayang bie ni. Kenapa nak pilih kalau boleh beli semua? "

Bebola mata Inara terus membulat.

" Betul-betul la bie. "

" Betul la sayang. Apa yang tak betulnya? Okey macam ni... You choose which abaya or blouse you like and then go try it on in the dressing room. Kalau bie rasa baju tu cantik dan sesuai dengan honey then we will buy it. Okay? " Edric memberi pendapat.

Inara yang tadi cemberut kembali tersenyum.

" Okay bie. Good idea. " Terus dia pilih beberapa helai abaya dan blouse kemudian dengan selambanya dia meninggalkan Edric di situ.

Hampir setengah jam jugalah mereka di butik PADINI dan akhirnya hanya 3 helai abaya sahaja yang menjadi pilihan Inara. Blouse yang dicuba tadi semuanya tidak menarik di mata Edric. Menurut suaminya, ada yang agak ketat, nampak bentuk badan dan terlalu jarang.

Sebagai seorang isteri solehah, Inara mendengar sajalah kata-kata suami tanpa sebarang bantahan.

" Alright my love. Where is our next destination? " tanya Edric setelah mereka keluar dari butik tersebut.

" Hmm... Baju honey dah ada and now jom cari baju bie pulak. "

Edric geleng kepala.

" Tak nak lah sayang. Baju bie dah banyak kat rumah tu. Yang belum pakai pun masih banyak lagi. "

" Ala bie ni. Honey tak kira. Honey nak belikan baju untuk bie jugak. " ujar Inara. Suaminya itu jarang sebenarnya membeli pakaian baru. Edric seorang lelaki yang sangat teliti dalam menilai jenis fabrik pada setiap pakaiannya. Kalau tidak kena dengan cita rasanya, memang dia tak akan beli.

" Sayang... " Meleret nada suara Edric menyeru isterinya seraya dia menggeleng. Tanda dia benar-benar tak nak.

Inara mendengus perlahan. Wajah sengaja dimonyokkan.

" Hmm... Kalau macam tu jom la kita balik. " Menonong dia berjalan meninggalkan Edric.

Edric menarik nafas dalam-dalam. Tahu sangat yang isterinya sudah menunjukkan tanda-tanda perubahan emosi. 'Sabar Ed. Isteri kau tengah mengandungkan anak kau. Jadi kau kena layankan saja apa yang dia nak.'

Cepat-cepat dia membuka langkah mengejar Inara yang sudah agak jauh darinya.

" Sayang. " Tangan Inara dilelarnya perlahan. Tidak kuat tetapi cukup untuk membuatkan tubuh Inara kembali menghadapnya. Amboi, bukan main muncung lagi bibir merah tu.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now