MY LOVE INARA 💎 29

361 44 6
                                    

Thank you for 5K reads 🥺

SELEPAS sesi persekolahan, Inara mengajak Edric ke Pavilion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS sesi persekolahan, Inara mengajak Edric ke Pavilion. Dah lama rasanya dia tak keluar cuci mata. Alang-alang itu, dapatlah dia dating dengan suami tercinta. Ahaks!

Ketika sedang berpimpin tangan memasuki mall, Inara perasan ada mata-mata yang menoleh berkali-kali ke arah mereka berdua. Bukan seorang dua malah sepanjang perjalanan, ada saja mata yang menoleh. Mulut pula terherot-herot.

Inara tarik senyum, sinis. Huh, mengutuk dia lah tu.

Mana taknya...

Tengoklah pakaian dia sekarang.

Masih dalam persalinan baju sekolah tetapi selamba aje berjalan berpegangan tangan dengan lelaki pulak itu. Pasti mereka berfikiran yang tidak-tidak.

Tanpa menghiraukan pandangan sekeliling, tangan Inara yang tadi dalam tangan besar Edric kini naik melingkari pinggang suaminya manakala lengan kiri Edric ditarik supaya memeluk bahunya. Hujung bibirnya tidak henti menyenget sinis kepada sesiapa sahaja yang melihat.

" Sayang... " Edric pagut dagu si isteri supaya memandangnya. Bukannya dia tak perasan senyuman Inara yang dirasakan tidak sopan baginya.

" Tak elok tau senyum kat orang macam tu. "

" Dia orang tu la. Pandang-pandang kita pulak. Mesti dia orang mengata honey. Cakap honey perempuan tak baiklah, apalah. Pakai baju sekolah tapi peluk-peluk dengan lelaki. "

Kalau ikutkan hati nak je Inara sembur sorang-sorang. Namun dibatalkan saja niatnya itu tatkala terkenangkan ada nyawa lain dalam perutnya. Percakapannya perlu dijaga sebaik mungkin.

" Ala biar je la dia orang tu. Honey fokus dekat bie je. Tak mo lah muncung-muncung macam ni. Nak bie kiss ke? "

" Bie. Kita kat public la. " Dia tepuk perlahan pinggang suaminya.

Edric melepas gelak.

" Okey balik nanti bie tuntut. So now, kita nak ke mana dulu ni? Honey nak makan or shopping dulu? "

Inara tidak menjawab sebaliknya mata diliarkan ke sekeliling. Saat pandangannya tertancap pada sebuah butik pelbagai pakaian, dia terus mengheret suaminya ke situ.

Seorang pelayan menyapa mereka dengan senyuman manis.

" Hey sir, miss. Welcome to PADINI. "

Inara dan Edric juga balas dengan senyum nipis sebelum dia menarik suaminya ke arah baju-baju yang elok tergantung. Jari jemarinya laju mencari-cari kalau-kalau ada baju yang memikat hati.

" Cantik tak warna ni, bie? " Sehelai shalwa abaya bewarna burgundy diacukan pada tubuhnya.

Edric meneliti kemudian memberi jawapan yang membuatkan Inara tersenyum senang.

MY LOVELY, INARAWhere stories live. Discover now