PART 2 : AKU KENAL KAU

376 0 0
                                    

Tiba di restoran kegemaran Ayyash, mereka memesan makanan.

Mereka saling menatap seperti ada sesuatu yang ingin dibicarakan.

"Aku nak tanya kau satu benda. Aku nak kau jawab jujur." tanya Ayyash dengan serius.

Haura pelik dengan kelakuan Ayyash yang tiba-tiba berubah.

"Tanya apa ? Macam penting je."

"Kau kenal siapa aku ?" 

"Saya baru je nak kenal dengan awak." balas Haura dengan jawapan selamat.

Ayyash mengeluarkan sekeping foto dan menunjukkan kepada Haura. Haura menatap tepat ke arah foto itu. Beribu tanda tanya yang bermain di fikirannya.

"Siapa dalam gambar ni ? Apa kaitan saya dengan gambar ni ? Saya tak faham." balas Haura penuh tanda tanya.

"Tu kita, Haura. Awak tak ingat apa-apa langsung ke ?" jawab Ayyash jelas.

"Kita ? Jap. Awak bahasakan diri awak saya dengan saya ?" 

"Haura Mikayla, kita pernah bertunang. Saya cuba nak bagi ingatan awak pulih balik ni." 

"Jadi, awak tunang saya ? Bakal suami saya ?" Haura seperti tidak boleh percaya.

"Tak percaya ?" 

Haura menggelengkan kepalanya.

"Cuba tengok dekat jari manis belah kiri awak tu."

Haura melihat jarinya. Memang betul ada cincin di jari manisnya.

"Jap, apa jadi dengan saya sebenarnya ?" tanya Haura dengan perasaan tidak sangka.

Tidak lama selepas itu, makanan yang dipesan mereka sampai. Belum sempat Ayyash memberitahu perkara sebenar, dia dah makan dulu.

"Ish saya tanya ni."

"Makan lah dulu. Nanti saya cerita. Kang sakit pulak. Saya yang nak kena angkat awak. Dah lah berat." sakat Ayyash sambil tergelak kecil.

Haura termenung. Makanan tidak terusik. Ayyash berhenti makan. Dia cuba memujuk Haura kembali.

"Haura, awak fikir apa ? Pasal tadi ?" tanya Ayyash lembut.

"Awak cuba cakap betul-betul. Saya kenal awak pun tak. Macam mana saya boleh jadi tunang awak pulak ? Ke awak nak perangkap saya ? Awak scammer kan ?"

"Oii ! Awak cakap baik-baik sikit. Ni Ayyash Naqel lah. Budak baik kot."

Haura terdiam sebaik sahaja nama Ayyash Naqel disebut.

"Ayyash Naqel ? Macam pernah dengar nama ni. Tapi, kenapa aku tak ingat apa-apa eh ?" tanya Haura kepada dirinya sendiri.

"Kenapa awak diam ?"

"Err, takde apa. Saya nak balik. Hantar saya balik." 

"Balik ? Eh makanan awak tak terusik pun."

"Kalau awak taknak hantar takpe, saya naik Grab je. Saya betul-betul nak balik."

Haura terus beredar dan keluar dari restoran itu.

Ayyash terus bergegas bangun dan mengejar Haura.

"Eh awak kejap ! Haura tunggu !" jerit Ayyash lalu menghalang jalan Haura.

"Apa ?! Saya nak balik saya cakap. Saya suruh awak bagitahu perkara sebenar, awak lengah-lengahkan. Siapa awak ni sebenarnya hah ?" ujar Haura tegas.

AKU RELAWhere stories live. Discover now