"Jangan puji lebih-lebih. Nanti kembang hidung aku," balas Jungkook. Dia akui dia memang tampan. Kalau tidak, tak mungkin Yeri akan terima.

"Cih. Baru puji sikit. Silap aku, kau masih sama macam dulu. Masih suka perasan," ujar Miyoung. Yeri cuma bersandar pada dada Jungkook, nampak tak terganggu dengan perbualan mereka.

"Duduk dulu. Nanti kau menginap dekat mana? Dah jumpa apartment?" Tanya Yeri. Miyoung dan Yeri duduk di hadapan kitchen island sementara Jungkook kembali menyambung aktivitinya tadi. Sambil-sambil itu dia menghidangkan sarapan ringan buat Miyoung.

"Belum hehe. Aku datang ke sini terus dari airport."

"Oh ya? Kebetulan, ada bilik kosong dekat satu apartment ni. Kalau kau nak, kau tinggal situ dulu buat sementara," ujar Yeri. Dia mengarahkan Jungkook memberi envelope yang tergantung pada peti ais untuk diberikan kepada Miyoung.

"Tak mewah sangat ke ni? Aku rasa tak mampu nak bayar untuk sehari dua—"

"Don't worry. Owner dia kata free of charge. Aku kenal dia. Dia cuma nak orang tolong jagakan untuk sementara waktu sementara dia tak ada. Kebetulan kau ada ni, kau duduk jelah situ. Sehari dua je kan?"

Miyoung berkira-kira. Bukannya tak mahu, cuma dia takut lain pula jadinya nanti lepas dah masuk. Tak mahu menyinggung Yeri, Miyoung menerima tawaran itu. Daripada dia penat berfikir di mana dia mahu tinggal sekarang, sebaiknya dia terima sahaja dulu.

Lagipun Yeri yang dah lama tinggal di Korea daripadanya. Mestilah sahabatnya itu tahu segalanya. Miyoung tak patut meremehkan Yeri. Dia percaya pada Yeri.

"Okey. Tapi nanti tolong hantarkan tau? Aku ingat-ingat lupa jangan dekat sini," pinta Miyoung, tebal muka. Yeri ketawa.

"Macam tak biasa. Nasib baik tak lupa aku," balas Yeri.

Jungkook menghidangkan sarapan ala kadar itu kepada Miyoung. Cuma english breakfast memandangkan hanya itu yang cepat dimasak buat masa sekarang.

"Kau datang sendiri?" Tanya Jungkook, berbasa-basi. Dia mengambil tempat di sebelah Yeri dan menghulurkan air susu.

"Erm. Kenapa? Kau ingat aku datang dengan partner?"

"Siapa tahu kan? Selalunya orang bawa pasangan ke wedding. Tapi baguslah tak ada. Nanti ada orang cemburu," singgung Jungkook.

"Haha. Tak ada siapa yang akan cemburu lah. Kalau aku tahu aku bawa Kai datang."

"Kai?"

"Ya. Jiran aku dekat sana. Ah, rasanya tak sempat dah kalau dia datang." Miyoung menyuap makanan ke dalam mulut.

Yeri dan Jungkook memandang satu sama lain. Raut wajah mereka berubah. Miyoung perasan akan hal itu.

"Eh korang jangan rasa bersalah. Aku memang tak ada niat nak bawa sesiapa pun. Aku memang nak datang sorang-sorang," ujar Miyoung, panik.

Takut pula dia kalau mood Yeri turun. Dia risau ianya akan mempengaruhi kandungan Yeri.

"Tak apa Miyoung. Siapa tahu esok kau jumpa jodoh kau kembali. Jangan lama-lama sangat single, kesian anak kitorang tak ada kawan sepermainan."

---

"Jodoh... hah... lawak..."

Miyoung tergeleng kecil mengingat perkataan Jungkook. Miyoung tak pernah terfikir lagi tentang hal itu sejak melarikan diri ke Auckland. Dia cuma fokus untuk menyembunyikan diri daripada ditemui oleh predator mematikan itu. Predator yang pada ketika itu masih amatur dan berjinak-jinak menjadi seorang alpha.

Gadis itu merenung kearah kota Seoul yang terlihat sangat menawan di malam hari. Cahaya dari bangunan di sekitarnya menjadikan langit cerah.

Dia sampai di sana sejam yang lalu. Sedikit kagum melihat interior apartment tersebut. Pemiliknya ada selera yang bagus. Sudahlah kemas seperti dibersihkan setiap hari. Miyoung suka.

Setelah selesai mengelilingi apartment, dia kembali ke bilik tidur.

Gadis itu telah memilih bilik utama sebagai tempat tidurnya. Katilnya cukup luas untuk dua orang bahkan lebih. Pakaian untuk esok juga telah disangkut di luar almari.

Sedar sudah agak lewat, Miyoung bersiap-siap untuk tidur. Usai memakai skincare, Miyoung mengikat rambutnya dan naik keatas katil. Dia memeriksa telefonnya untuk beberapa minit sebelum tertidur dengan keadaan bilik yang masih cerah.

Sejam setelah Miyoung benar-benar hanyut ke dalam alam mimpi, pintu biliknya terbuka. Seseorang berpakaian serba hitam mendekat, berhenti di tepi katil sambil menatap wajah tirus gadis itu.

Orang misteri itu menekan earpieacenya lantas berkata.

"Lucky charm secure."

Seseorang yang dimaklumkan di seberang sana ketawa, berpuas hati. Kamera yang dipasang di setiap sudut bilik tidur bersambung pada skrin besar di hadapannya. Dapat dia lihat lelaki berpakaian hitam yang sedang keluar dari bilik usai memasang CCTV kecil yang tak terjangkau penglihatan penghuninya.

"The game is over now, peaches."

To be continued

(C)His Possession (Wenhun)Where stories live. Discover now