Identiti Terungkap

Start from the beginning
                                    

“Helen tahu disebabkan gelaran tu, kolonel memilih dia jadi ketua team tu dan sekarang semua berpecah kerana dia“ cerita Tajul sedih.

“sekarang yang bertahan adalah Lizzy, itu pun tidak sefahaman“

“kalau dia nak sangat gelaran tu bagi je dekat dia abang Tajul, Helen malas nak berkelahi, just wasting my time"

“sedangkan Helen boleh bahagia dekat luar ni tanpa perlu fikir apa lagi masalah dunia dekat tempat sampah tu“

Meyyza memainkan kakinya untuk menghilangkan keresahan hati.

“Helen tak sayang dengan uniform Helen? titik peluh Helen?“ lelaki itu memancing fikiran Meyyza.

Meyyza memandang lelaki itu tanpa suara.

Siapa yang tidak sayang dengan sesuatu yang kita suka dan minat? siapa sanggup menangung kesakitan dari sesuatu yang bukan dia lakukan.

Penat lelahnya yang hanya dia yang tahu dirampas paksa oleh orang yang dia percayai selama ini, dia yang sangat percaya mengikuti semua kata-kata orang itu tanpa ragu dan akhirnya dia yang dipaksa menjadi kambing hitam.

Sedangkan orang yang menjatuhkannya tersenyum bahagia atas penderitaannya merampas semua hasil usahanya.

Kenangan lima tahun lepas bermain difikirannya.

Dihari pertandingan mencipta gelaran yang dianjurkan oleh pihak pasukan elit untuk suka-suka mencipta nama sesuai dengan kemahiran atau bakat yang dimiliki terlihat seorang gadis yang sedang menatap tajam kearah seorang perempuan yang berdiri bersama empat orang lagi pemenang.

Gadis itu mengenggam erat jarinya menyimpan seribu satu dendam terhadap wanita yang mencuri gelaran yang dia cipta atas usahanya dan merebut gelaran itu tanpa rasa bersalah.

Wanita itu tersenyum bahagia diatas pentas.

Hari itu dia yang tidak menaruh apa-apa curiga terhadap wanita yang ingin mengurus semua kelengkapannya walaupun dia berkeras ingin menguruskannya sendiri sebelum dia mula menunjukkan bakat yang dia ada dibuat terpukau mendengar apa sahaja arahan yang keluar dari mulut wanita itu.

Sara Elyana nama yang membuat dia meninggalkan dunia uniform beralih ke dunia biasa.

Sara Elyana menetapkan semua kelengkapan yang akan dibawa dan digunakan oleh Meyyza Helena dihari tersebut.

Tanpa Meyyza Helena perasan semua kelengkapan yang dipakai olehnya seakan sama dengan Sara Elyana kenakan hari itu.

Sehingga tiba giliran Meyyza Helena, dia dibuat memukau semua anggota yang menonton dengan ketangkasannya bergerak menjatuhkan semua papan sasar yang ada membuatkan Panglima Radzi dan beberapa lagi Panglima serta seorang Kolonel berasa kagum denganya.

Sara Elyana hanya memandang remeh kearah gadis yang berdiri gagah disebalik topeng yang dia kenakan, wanita itu tersenyum sinis.

“kau akan jatuh" gumamnya gembira disebalik pokok itu.

Wanita itu menghampiri Meyyza Helena yang baru keluar dari padang dan memanggilnya.

“Helena, mari kejap" panggil Sara Elyana.

“ye kak?“ Meyyza datang dengan gembira kearah wanita itu.

“meh aku pegang sniper kau“ pinta wanita itu.

Tanpa ragu Meyyza hanya menurut tanpa bantahan.

“Tajul panggil dekat pejabat dia“ ujar Sara Elyana setelah mengambil senjata itu.

"ehhh, bukan tadi abang Tajul ada dekat sini ke?“ Ujar Meyyza Helena melihat kiri dan ke kanan.

“dia dah balik office dia sebab ada tugas" jawab Sara menipu.

My favourite Army: Arcturus LoveWhere stories live. Discover now