Part 1

18 0 0
                                        

KAKI aku melangkah keluar daripada kelas 4 Aktif. Perut sudah mula mendengdangkan lagu menandakan aku perlu cepat mengatur langkah. Jika lambat sudah pasti nasi ayam kesukaanku akan disambar pelajar lain. 

Belum sempat aku mempercepatkan langkah, satu tangan asing meringkul lenganku. Ya, inilah salah satu halangan yang aku hadapi untuk mencapai matlamat perutku. 

"Jom cari tempat sama-sama Raissa. Kau tahu aku tak ada kawan lain selain kau kan?"kata rakan baikku, Eryna. 

Aku merupakan seorang pelajar yang disenangi di sekolah ini. Hampir semua mengenali aku hanya kerana aku merupakan anak saudara kepada pengetua sekolah ini. Aku tidak minta untuk dikenali sebegini rupa. Walaupun begitu aku masih lagi melayan kawan-kawanku seperti biasa. 

"Ya sebab tu aku belum sampai kantin lagi. Aku tahu kau mesti datang dekat aku," kataku sambil tersenyum melihat keriangan Eryna dengan balasanku.

Setelah sampai di kantin, kami  berbaris bersama dan membeli makanan. Sudah semestinya nasi ayam makcik kantin menjadi pilihan perutku hari ini. Kami mengambil tempat paling hujung berdekatan dengan sinki.

"Hai! Nak duduk dekat sini boleh?" satu suara asing menyapa halwa telingaku.

Di hadapanku berdiri tiga orang budak perempuan dengan uniform sekolah menunggu balasan dariku. Sarah, Dahlia dan Qamarina. Ketiga-tiga mereka merupakan rakan sekelasku. 

" Boleh ja. Bukannya tempat ni ada nama sesiapa pun," aku tersenyum kepada mereka. Lalu masing-masing mengambil tempat berdekatan denganku.

Seingatku mereka tidaklah seberapa denganku seperti aku dan Eryna tetapi cukuplah masing-masing saling mengenali

"Jadi apa cerita dengan projek subjek biologi kau Sarah?" aku memulakan perbualan.

" Kau tanya aku? Salah orang agaknya. Nak tunggu benda tu berjalan sampai minggu depan pun tak ada cerita. Kau mesti dah siap kan? Sebab tu kau tanya aku kan?" balas Sarah.

Aku menggeleng laju kepalaku. Bukan nak menyindir atau apa. Cuma nak meriahkan sedikit suasana. Arwah ibu aku pernah pesan yang kita kena sentiasa bermesra dengan orang.

"Cakap pasal projek. Tadi waktu kelas fizik kita kena buat kerja berpasangan untuk tajuk kelajuan kan? Aku nak berpasangan dengan kaulah, Raissa," Eryna menyampuk.

"Tapi aku yang nak tanya dia dulu," Sarah membantah keras.

" Kau orang semua lambat! Aku dah tanya Raissa dalam kelas dulu sebelum kau orang," Qamarina menayangkan muka bangga lalu memandang aku untuk kepastian. Aku hanya mampu tersenyum.

Ya dia ada bertanyakan aku tentang kerja tersebut tapi aku tak memberikan kata putus lagi sebab aku tahu situasi begini akan terjadi. Otak ini sudah lali.

Inilah salah satu sebab aku tidak mahu dikenali. Semua orang cuba bercakap dan rapat dengan aku disebabkan aku terkenal dalam kalangan pelajar. Satu sahaja benda yang membuat aku tak selesa dengan perkara ini ialah apabila mereka cuba menjadi terlalu rapat sehingga berebut-rebut. Bukannya aku tidak mahu berkawan dengan mereka cuma kadang-kadang aku terfikir adakah persahabatan yang mereka tawarkan itu hanya lakonan semata-mata atau keikhlasan yang terbit dari hati. 

Kadang pernah aku terfikir untuk memarahi mereka dan membiarkan aku berseorangan. Aku selalu terbayang alangkah bagusnya jika aku tak menjadi murid yang terkenal. Tiada siapa akan memanggil namaku, cuba dekat dengan aku. Terlalu ramai manusia membuatkan aku rasa penat dan terbeban.

Kehadiran ramai orang disekelilingku menjadi otakku serabut ingin melayan kerenah mereka semua. Jika aku berseorangan, aku akan terhindar daripada semua drama yang bakal melanda diriku. Malah, hidup dalam kedamaian. Alangkah mudahnya hidupku begitu. 

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Mar 15, 2023 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Raissa Mikayla -a short story-Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora