"Jenis gurauan apakah ini?"

"Abang dah jarang layan sayang. Selalu abaikan Fitri!" Ha?

"When bebeh? when?" Ini kalau dia garu lagi sekali kepala, mahu gugur semua rambut.

Pening dengan spesis kromosom Xx.

"Abang naik atas sebab nak panggil Fitri makan la ni. Kesian Melody tunggu kita." Aidil gengam tangan itu.

"Hmp!" Fitri tepis.

"Sikit-sikit Affi. Abang dah tak layan Fitri macam dulu lagi."

Eh? dia yang 'sikit-sikit nak marah.' Sekarang aku pulak yang dipersalahkan.

"Kat mana yang kurang? Affi tu baru setahun 6 bulan. Bercakap pun acecece lagi, tak betul. Bukan abang nak lebihkan Affi, tapi dia tu anak. Lagipun tiap kali balik kerja mesti abang cari sayang dulu.."

"Tipu! dah 3 hari abang tidur dengan Affi." Aidil tepuk dahi.

"Melody demam, sebab itu abang jaga dia. Abang tak nak kejut Fitri sebab siang Fitri dah penat jaga Melody. Jadi, malam biar abang pulak yang jaga supaya suhu badan Affi tak naik. Kalau bab tidur dengan Affi tu, itu abang 'ter'tidur aje."

"Abang dah lain. Fitri benci abang!!" Aidil sabar walaupun dadanya tengah ditumbuk berulang kali oleh Fitri.

Ingat pesan Fakhrul..

"Sabar selagi boleh. Kalau dia dah luah, kau tangkap la bait ayat dia tu elok-elok sebab masa kaum hawa ni marah selalunya dia orang pandai berpuisi. Bercakap tak pernah lurus. Sudah la kita yang kaum adam ni lembab bab nak cari makna yang dia orang cakap." Jelas Fakhrul.

"Aku tengok dia pelik la, lagi-lagi masa Melody demam. Senang gila dia bad mood, aku pun dah naik pening. Aku perasan, start minggu lepas kot dia jadi macam ni. Senang tarik muka." Cerita Aidil

"Entah la, aku pun tak tahu nak cakap apa. Kau bawa la pergi berubat."

Berkerut kening Aidil.

Berubat?

Aidil pegang pergelangan tangan Fitri dari terus menumbuknya. Ditarik tubuh itu masuk ke dalam pelukkan.

"Shh, sabar. Kenapa sayang marah sangat ni. Affi Melody, sayang ingatkan si kecik tu dulu pernah tinggal dekat sini." Perut Fitri diusap.

Alunan zikir juga dialunkan perlahan ditepi telinga Fitri. Sesekali telinga itu dikucup lembut.

"Dia anak, sayang. Anak. Fitri tu isteri, kalau abang cium Melody sekalipun, dia cuma anak. Lain pulak dengan sayang, sebab dengan sayang abang buat anak. Berbeza tu." Fitri tumbuk perut Aidil perlahan bagi hilangkan malu.

Tergelak Aidil.

Dia usap belakang tubuh itu.

Selang beberapa minit.. Aidil kembali kejapkan pelukkan bila terdengar esakkan di sebalik dadanya.

Apa yang sedih sangat ni.

Haih mak budak...

Pelukkan bertambah hangat dengan hadirnya tangan kecil yang memeluk erat tubuh Aidil dan Fitri dengan tangan kecilnya.

Ditarik tubuh besar darinya itu ke dalam dakapan kecilnya.

"I want a warm hug too." Ciuman diberikan ke wajah papa mamanya.

"Why you crying mama. Papa buat mama ouch ouch ke?" Kini bibir si kecil pula yang tersebek, berkaca matanya..

Aidil perasan akan tunak mata Fitri yang memandang anak mereka.

DARIN's [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang