∞ 8 ∞

4.9K 328 37
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

Eryna membaringkan tubuhnya disebelah Faeeq. Setelah selesai mengemas apa yang patut, dia terus baring kerana badannya terlalu letih harini.

Faeeq memusingkan badannya menghadap Eryna membuatkan gadis itu terkejut.

"Aik, kenapa terkejut ni? Aku kan suami kau," kata Faeeq. Lelaki itu mula menongkat kepala memandang Eryna yang terkebil-kebil memandangnya.

Eryna ketika bertudung sememangnya seperti bidadari, kalau tanpa tudung Faeeq rasa nak pengsan.

"Saya mana pernah ada suami.." kata Eryna perlahan.

"..Awaklah suami pertama saya," sambungnya. Kening Faeeq terangkat. "Kau nanti nak suami kedua ek?"

Eryna terus duduk bersila. Geleng kepala dengan laju. "Taknaklah! Janganlah minta bukan-bukan!" marah Eryna.

Sedar dengan perlakuan dirinya Eryna menekup mulut. Memandang Faeeq tidak percaya sebelum gadis itu tersengih.

"Sorry ternaik suara. Tapi, saya memang taknak suami nombor dua, kita kenalah setia," kata Eryna yakin.

Faeeq senyum senget mendengar apa yang dikatakan Eryna.

"Baringlah, kau duduk kenapa?" soal Faeeq. Eryna tersengih sebelum kembali baring semula.

Faeeq mengusap ubun-ubun rambut Eryna lembut. Gadis itu memerhatikan gerakkannya.

"Muka awak gatal semacam je. Awak gatal eh sebenarnya, bagitahu ibu, awak gatal," ujar Eryna membuatkan Faeeq memandangnya tidak percaya.

Isterinya seorang ini boleh kata macam tu dah macam dia ni penculik? Ah sudah.

"Lah aku suami kau kot, takkanlah aku tak boleh menggatal dengan isteri sendiri? Kau nak aku menggatal dengan perempuan lain ke?"

dapat Faeeq lihat mata Eryna berapi-api apabila dia menyebut perempuan lain di hadapan Eryna.

"Berani lah awak nak menggatal dengan perempuan lain, awak mandul padan muka awak," ugut Eryna. Faeeq tertawa. Comel benar isterinya.

"Asal ketawa? Ingat kelakar ke hah? Mandul betul-betul kang. Takde generasi awak nanti," marah Eryna.

Faeeq mengangguk tanda sudah berputus asa. Diangkat kedua-dua tangan tanda menyerah kalah. Isterinya nampak sahaja comel, tapi garang sungguh!

"Wah siapa kata haritu siapa jatuh cinta dengan siapa dulu? Nampak macam kau je tergolek dulu ni,"

usik Faeeq. Eryna memandangnya atas bawah.

"Oh please lah awak dulu eh, awak dah berapa kali cakap saya ni cantik, eleh taknak mengaku," kata Eryna tidak mahu mengalah.

Dalam hati Eryna dah berbunga sebenarnya.

"Aku memang dah jatuh cinta dengan kau waktu kita bertunang lagi, sayang,"

Terkebil-kebil Eryna memandang Faeeq yang memanggilnya sayang itu. Terus Eryna mengangkat tangan.

Berkerut Faeeq memandang tangan Eryna yang kecil itu sebelum memandang Eryna dengan pandangan keliru.

"Kenapa ni sayang? Kau okay ke tak ni?" terbeliak biji mata Eryna apabila Faeeq tidak henti memanggilnya sayang.

"Kau blushing eh sayang? Sebab aku panggil kau, sayang?" sakat Faeeq membuatkan Eryna terus menghempuknya dengan bantal sebelum baring berlawan arah dengannya.

"Dah tidur Faeeq!" ujar Eryna keras. Tapi wajahnya memang betul kemerahan.

Faeeq terkekek sebelum baring menghadap belakang isterinya.

"Tak baik tidur tak menghadap suami," ujar Faeeq seakan-akan merajuk. Dia terdengar bunyi rengusan Eryna.

"Tak baik merengus bila dengar permintaan suami, dah lupa ke syurga bawah tapak kaki siapa?" sakat Faeeq lagi.

Terus Eryna memusingkan badannya menghadap Faeeq. Wajah gadis itu betul-betul merah.

"Puas? Dah tidurlah," kata Eryna sebelum memejamkan matanya.

Faeeq tersenyum lembut melihat isterinya yang seperti anak kecil itu. Dahi Eryna dicium lembut.

"Selamat malam cinta hati," ucap Faeeq sebelum dia melelapkan dirinya. Beberapa minit kemudian, Eryna membuka mata.

Tersenyum gadis itu melihat wajah kacak suaminya. "Selamat malam juga abang,"

Ucap Eryna sebelum mendekatkan diri pada Faeeq dan menarik selimut supaya menyelubungi mereka berdua.

'. '. '. '
Chapter 8 up! Jangan lupa vote dan comment! Terima kasih!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now