PART 1 : TERIMA KASIH !

Start from the beginning
                                    

Tiba sahaja di kelas, alangkah terkejutnya Haura melihat Ayyash yang duduk di kerusi belakang.

"Oii ! Haura ! Apasal kau tercegat lagi kat situ ? Jom duduk. Sir Yassin dah sampai tu." Aireen menarik tangan Haura lalu ke tempat duduk.

Haura masih terdiam. Alangkah malunya dia melihat muka Ayyash. Maklumlah, pagi tadi mereka sudah bertembung dan Haura secara tidak sengaja terkasar dengan Ayyash yang sudah menolongnya.

"Kau kenapa senyap je dari tadi ? Kau okay tak ?" tegur Aireen yang perasan dengan sikap Haura yang dari tadi menahan malu.

Haura hanya menggeleng tanda dia okay saja.

"Aduh ! Macam mana aku boleh tak perasan yang mamat poyo ni satu kelas business math dengan aku ?" ngadu hati kecil Haura.

"Ehem, excuse me ? Pen kau jatuh bawah kerusi tu. Taknak ambil ke ?" tegur Ayyash perlahan sambil menolak sedikit kaki kerusi milik Haura di depannya tanda pemberitahuan.

Haura memalingkan badannya lalu mencapai pen tersebut. 

"Thanks." ucap Haura perlahan.

Ayyash mengangguk tanda sama-sama.

"Eh, kau okay tak ? Macam tak selesa je aku tengok kau duduk depan mamat tu. Nak tukar seat dengan aku tak ?" tanya Aireen yang dari tadi memandang wajah Haura yang merah itu.

"Aku okay je. Mana ada aku tak selesa. Aku okay je maybe panas sikit kot." balas Haura yang cuba untuk menyembunyikan rasa segannya terhadap Ayyash.

Aireen mengangguk tanda faham.

1 jam telah pun berlalu. Usai kelas mereka pada hari terakhir sebelum final exam menjelang.

Haura dan Aireen bergegas pulang ke bilik mereka. 

Haura merebahkan tubuhnya di atas katil.

"Weh ! Haura !"

"Ish ! Apa ? Aku baru nak lelap kau dah kacau aku."

"Aku bukan nak kacau kau, tapi aku pelik lah."

"Pelik amende nya ? Ha apa yang pelik ?"

"Ye lah, kau bagitau aku pagi tadi yang ada sorang mamat ni tolong kau. Tapi, takkan lah kau tak tau apa nama dia, kelas apa."

Haura terdiam seketika. Dia terus mencari alasan untuk mengelak dari menjawab pertanyaan Aireen.

"Ish ! Mana lah aku tau nama dia. Eh dah lah. aku nak gi mandi, nak solat zohor." balas Haura lalu mencapai tuala di dalam almarinya dan masuk ke dalam bilik air.

"Amboi laju kau ye ! Aku baru bukak cerita dah lari masuk bilik air eh. Nak mengelat lah tu kan ! Macam lah aku tak tau perangai kau tu !"

"TAK KESAH !" jerit Haura dari dalam bilik air.

********************

Selesai solat maghrib dan membaca yassin, Haura melabuhkan punggungnya di atas katil sambil menunggu waktu isyak.

Seperti biasa, Haura memang seorang diri di bilik pada waktu-waktu begini. Aireen pula ada tugasan menjaga perpustakaan sehingga jam 10 malam.

"Patut ke aku pergi jumpa mamat tu and minta maaf ? Tapi nanti mamat tu cakap aku buang tabiat pulak tiba-tiba je datang minta maaf kat dia." ngomel Haura sendirian.

Usai solat isyak, Haura memakai tudung sarungnya itu dan turun ke cafe.

Di cafe...

"Abang Man, nak nasi goreng kampung dua bungkus dengan teh o ais limau dua jugak hehe." pesan Haura kepada abang angkat kesayangannya itu.

AKU RELAWhere stories live. Discover now