Prologue

418 60 5
                                    

Cafe sesak,

Bising dan panas,

"Weh Ismail! Cepat ler sini. Berapa lama kau nak suruh orang tunggu kau ni Mael." Jerit sorang budak lelaki rambut two block yang berkarat. Nama dia Ilyas dan nama aku bukan Ismail.

"Sabarlah kejap." Aku letakkan dulang makanan atas meja dan duduk, "tadi diorang restock salad masa turn aku."

"Cool." Balas manusia yang ada di sebelah kiri aku pula. Dia suka berlagak cold padahal takut semut. Aku tak layan dia sebab perangai dia memang begitu. Kami buat hal masing-masing buat seketika. Beberapa orang makan sambil main fon dan beberapa lagi menghargai mouse moment.

"Oh my tuhan! She's so gorgos!" Tambah lagi sorang lelaki rambut mullet paras bahu yang duduk dekat depan aku. Satu lagi manusia pelik, dia tengah hentak-hentak meja sambil tutup muka yang mula merah macam buah tomato.

"Mende?" Soal budak takut semut. Penat pulak nak sebut pasal dia, senang kata nama betul mamat ni, Marzuq.

"His girlfriend just sent him a snap." Balas budak lelaki rambut brunette yang dari tadi diam, nama dia Qayyid kacuk arab belah mak.

"Hah? Sejak bila kau ada girlfriend?"

"2 weeks? Bro? Seriously? Kau baru tahu?" Budak mullet balas soalan aku, aku angguk kepala. Ketinggalan teruk rasanya pulak ni.

"Kau tak bagi tahu aku, Kisy." Budak mullet atau nama sebenar Kisyaf jungkit dua belah kening, dia mahu buka mulut tapi sudah dipotong oleh Qayyid.

"He already did Akir. That time you just broke your phone, don't ya remember?" Qayyid balaskan. Mungkin dia tahu kalau Kisy buka mulut, ayat yang keluar akan menyakitkan hati. Maklumlah mamat ni disyakki ada masalah bipolar. Emosi dia bertukar laju semacam macam species perempuan.

"Dia mana tahu semua tu. Duduk terperap dalam rumah, entah kalau Malaysia ni banjirpun dia tak tahu." Ilyas menyampuk. Disebabkan apa yang dia cakap tu ada betulnya, aku malas mahu melawan.

"Dia dah declared masa phone kau jatuh lubang jamban haritu." Marzuq masuk line,

"Enough, korang kena tengok ni. Comel gila!" Kami semua berhenti gaduh, walaupun bukan gaduh manapun sebenarnya. Kisyaf tayang skrin fon miliknya ke arah kami. Gambar teman wanitanya terpapar. Seorang perempuan yang nampak soft, dia hantar selfie sambil pakai tudung warna putih dan buat nose scrunch.

"Okay. Macam budak, kau pedo?"

"Kita pun minor kot?" Kisyaf balas soalan aku,

"You just jealous Akir. Mengaku je lah kau sakit hati sebab single sorang-sorang." Ilyas menambah. Aku cuma gulingkan anak mata dan mengeluh kecil.

"Jap, nak pergi beli chicken popcorn." Pancing aku untuk cuba lari dari topik ini,

"Nak gak." Ilyas bersuara. Aku angkat ibu jari tanda 'baik'. Aku bangun untuk pergi ke kaunter cafe, langkah aku terus mati bila aku pusing sahaja ke belakang. Aku berdiri tegak sambil mata tertumpu ke arah sesuatu,

Macam...waktu sekeliling terhenti buat seketika. Mata aku tertumpu ke arah seorang pelajar perempuan yang sedang makan chicken wrap di meja belakang kami. Cara makan dia agak selekeh,

Seorang perempuan berambut short bob blunt yang menutup dahi. Tambah lagi rambut dia nampak wavy dan lembut seakan baldu. Kulit sawo matang tapi pipinya masih nampak kemerah-merahan. Dia makan sambil berbual dengan kawan dia. Panjang lebar dia bercakap sambil makan. Dengan pipi dia yang jadi bulat waktu makan buatkan dia lagi...

Comel. Comel gila perempuan tu.

Aku kembali duduk, empat orang lelaki yang ada di meja ini pandang aku pelik.

"Apahal kau?" Soal Ilyas. Aku cuma mampu diam. Badan aku terasa panas dan mula berpeluh. Khususnya di bahagian pipi dan telinga. Aku tarik nafas sedalam yang boleh dan hembus. "Takde duit ke?"

"Do i look good?"

"Huh?" Marzuq tayang muka pelik,

"Aku okay tak?"

"O...okay? I guess? Nothing has changed?" Qayyid tambah, dia garu dahinya guna jari kelingking. Itu habits dia kalau dia tak sure akan sesuatu yang dia tengah buat.

"Enough crap talking. Tangkapkan gambar aku jap." Aku hulur fon pada Kisyaf yang duduk di hadapan aku. Diorang semua betul-betul nampak pelik sekarang ni. Kisyaf angkat fon untuk ambil gambar. Aku bergerak ke kiri sedikit untuk berikan ruang kepada latar dekat belakang.

Kisyaf ikut aku bergerak,

"Jangan bergerak. Kau stay macam tadi, aku tak nak duduk dekat center." Dia angguk dan menurut perintah. Selesai sahaja beberapa keping gambar aku ditangkap, dia pulangkan kembali fon aku dengan muka pelik.

"Okay?" Aku check gambar yang Kisyaf tangkap. Senyuman besar terukir di bibir. Betul-betul tak dapat nak sorok kegembiraan ni. Muka perempuan comel tu masuk dalam gambar. Ada satu gambar dia pandang kamera. Comel gila! Tolong, sejak bila ada perempuan secomel ni wujud dekat dunia?

Aku tekup muka guna tangan kanan, jantung aku berdegup kencang macam baru lepas bersenam. Badan aku mula berpeluh.

Comel... comel sangat.

"Apasal dia senyum tengok gambar sendiri?"

"What a creep."

"Ini sign of narcissistic disorder agaknya."

"Ayam popcorn...please..?"

Highschool SweetheartWhere stories live. Discover now