✩ two

82 18 9
                                    

"So, kau nak spill apa?"


Violet mengangkat tangannya, meminta Jiung supaya bersabar. Nafasnya tercungap-cungap. Jiung tersenyum.

"Heh tula, dah tahu diri tu lemah, tak perlu nak berlari sangat,"

Tamparan di lengan Jiung diberikan percuma oleh Violet.

"Eish, ha apa tea nak spill?"

"Him. Lelaki yang aku langgar tadi."

"Tahu, Choi Beomgyu, crush kau dari sekolah rendah kan?"

Violet mengganguk bersemangat. Dia tidak pernah berasa gembira sebegini, akhirnya, Violet dapat bertemu kembali dengan lelaki itu, lelaki yang diminatinya.

"Jadi kenapa?" Jiung membetulkan duduknya sambil menatap teman baiknya sejak kecil, Violet Kim.

Violet Kim, nama yang sangat cantik diberi pada gadis yang tepat. Violet dikenal dengan rupa parasnya yang sangat cantik.

Choi Jiung, kawan baik Violet sejak kecil lagi. Jiung lah tempat Violet meluahkan segalanya berkenaan Choi Beomgyu.

"Kau dengar kan tadi? Dia marah aku sebab aku langgar dia."

"Jadi? Masalah aku?"

Violet memukul kuat lengan Jiung.

"Eish kau ni! Tak faham perasaan aku! Aku sedih lah, dia tu, tak pernah kenal aku walaupun kitorang pernah satu kelas masa sekolah rendah."

Violet menunduk, meratapi nasibnya. Violet amat pelik, Beomgyu tidak pernah sedar akan kewujudannya walaupun mereka pernah menuntut ilmu di satu kelas.

Beomgyu boleh dikatakan amat bertuah, kerana dia membuatkan hati seorang gadis dingin jatuh padanya. Siapa gadis itu? Sudah terang lagi bersuluh itu Violet. Tetapi, adakah lelaki itu kesah dengan kejayaannya itu? Mustahil, dia kenal Violet pun tidak.

"Vi, asal kau suka kat Beomgyu tu? Attractive sangat ke? Hurm, aku rasa aku lagi-"

"Shh, dia lagi handsome."

Jiung mencebik. Dia bangun dari duduknya tetapi ditahan Violet.

"Alaa gurau je. I mean, of course la dia handsome. Dia kan crush aku."

Jiung duduk kembali. Violet menatap Jiung dan kemudian tersenyum.

"Aku tak sangka, aku dapat satu kelas dengan dia setahun je, lepastu dia pindah, then aku jumpa balik kat highschool. Sumpah aku terkejut bila aku terlanggar dia tadi. But he still him. Choi Beomgyu, lelaki yang cold."

"Mengata orang. Kau pun cold jugak."

Lagi sekali pukulan kuat diberikan pada Jiung.

"Eish yela aku mengaku! Tapi dia tu, tak pernah kesah langsung bila ada orang suka dia. Pelik la."

"Dia datang sekolah nak belajar. Bukan nak ambil tahu siapa suka dia."

Kali ini, cubitan pula diberikan di lengan Jiung.

"Aish yela aku gurau je."

⎯ ‧₊˚✧⎯

violet, beomgyuWhere stories live. Discover now