Chapter 19 🎈

125 5 0
                                    

Sudah dua minggu berlalu,hubungan suami isteri ini tetap renggang. Si isteri buat hal sendiri,sang suami pun sibuk dengan company sendiri.

babybump Aisyah juga semakin membesar tetapi setelah kejadian itu Aisyah dan Iskandar tak pernah bertembung walaupun berada di bawah satu bumbung yang sama.

Aisyah mengerling ke arah jam tangannya. 7:15 pagi. Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringannya. Perutnya yang sedikit berbeza dari dulu menyukarkan pergerakannya.

Terkedek-kedek Aisyah berjalan ke luar rumah dan dengan cekap tangannya mencapai kunci kereta. Tadi dia dah masakkan sarapan untuk suaminya itu. Jadi tak perlu risau suaminya akan kelaparan.

Iskandar hanya mampu memandang dari jauh. Tersenyum kecil dia melihat isterinya itu berjalan lagaknya 'penguin'.

'Ting!'

"Datang rumah mama petang ni. Kalau tak tahulah mama nak kerjakan isteri dan anak kamu tu!"

Iskandar mengeluh nafas kasar. Iskandar lantas mengambil pasu bunga yang terletak di sebelahnya dan.....

'Prang!'

Pasu bunga selamat dibaling ke arah dinding. Tak cukup dengan itu,dia tumbuk cermin yang berada di sisi meja kopinya. Tangannya yang berdarah tak dihiraukan langsung.

"APA MASALAH ORANG TUA INI?! TAK BOLEH TENGOK AKU BAHAGIA SEKEJAP KE?!"laungnya. Berkali-kali dia beritahu pada mamanya tentang itu,tapi mamanya tu nak anaknya macam kerbau dicucuk hidung.

Mula-mula tu rasa hormatnya masih ada tapi kelamaan dia dah mula hilang rasa hormat. Kalau nak sangat,pergi jelah kahwin sendiri. Tak pun suruh je mana-mana bekas suami mama pergi try dia. Confirm nak.

                                   🎗️🎗️🎗️

Aisyah melangkah laju ke arah sebuah bilik. Bilik makan sewa yang disewa oleh dirinya untuk bertemu dengan 'orang suruhan' dirinya.

"Syah" seru manusia yang berpakaian serba hitam di hadapannya. Aisyah hanya mengangguk dan menyuruhnya duduk semula.

"Ada apa? Suami aku kena serang lagi ke? Diaorang ada lancarkan apa-apa lagi ke? Suami aku ok je kan?" Duduk sahaja manusia di hadapannya,dia terus diserbu dengan semua pertanyaan Aisyah.

"Sabar...sabar. Aku call kau sebab nak bagitau pengintip kita dari sana tadi kata diaorang ada rancang sesuatu dan sekarang diaorang attack suami kau dan suami Yura. So,dah jawab semua persoalan kan?" Hanya satu ayat memerlukan untuk menjawab 4 persoalan

"Wait...wait. SEKARANG?! Hang gilo ke apo? Gerak jom cepat!"balas Aisyah.

"Rilekslah kita minum kopi dulu. Pastu kita enjoy makan Maggi pedas giler Ngan nasi ayam berempah. Nak?" Tawar susuk tubuh di hadapannya.

Aisyah tarik nafas dan hembus. Tarik,hembus.

"KAU NAK SUAMI AKU DENGAN YURA MATI KE BARU NAK GERAK?! MAKAN TU BOLEH DALAM VAN LAH! SITU SIAP ADA AIR PANAS LAGI! DAH JOM JOM! KAU TAK GERAK MEMANG AKU BAGI KAU KAT 'Niara'" gertaknya. Susuk tubuh di hadapannya atau lebih dikenali Carl menelan air liur kelat.

"Tak nak we! Tak nak! Jom jom gerak! Aku tak nak jumpa ular jadian tu lagi!" Rayunya sambil mengambil langkah seribu keluar dari restoran itu.

"Woi! Berani kau kata ular kesayangan aku ular jadian! Tak guna punya sepupu! "Balas Aisyah pula.

"Arrgh!! Tolong ibu! Syah nak bunuh Carl!"sambil dia berlari dia hayunkan tangannya ke atas seolah-olah meminta pertolongan. Dah macam orang gila pun ada. Orang ramai semua pandang semacam je kat jantan tu.

Aisyah hanya mampu menggeleng dan menepuk dahi. Tak ada satu pun yang normal dalam kalangan sepupunya. Semua abnormal. Nasib dia tak bawak Piqah sekali tadi. Kalau tak memang hancur restoran ni dia buat.

"Woi tunggulah!" Serunya. Carl dah masuk dalam van,dia pulak masih di luar. Tulah termenung lagi. Haih dahlah dia tak boleh lari.

'Kesian anak umi ni. Nanti dah besar jangan jadi macam uncle Carl and auntie Piqah tau. Patutlah diaorang kahwin. Perangai sama, spesies pun sama'sambil dia berjalan,dia mengusap lembut perutnya untuk berinteraksi dengan anaknya.

Si isteri dalam diam lindung suami. Sang suami pula dalam diam memperjuangkan perkahwinan mereka. Tapi disebabkan ego,inilah yang jadi.

"Kadangkala kita patut turunkan ego dan sombong kita. Jangan disebabkan ego,kau hilang segalanya-galanya. Orang yang ego, sombong dan bijak akan membentuk satu sifat yang tidak disukai masyarakat. Apa salahnya mulut tersenyum dan berkata 'terima kasih' saat seseorang memberikan sesuatu kepadamu. Apa salahnya meminta maaf walaupun bukan kesalahan diri sendiri. Minta maaf bukannya menunjukkan kita lemah jadi apa salahnya kan?"
___________________________________

"Hati saya dah lama mati hanya disebabkan awak! Awak fikir saya tak ada perasaan?  Awak buta! Saya yang selama ni lindung awak secara senyap-senyap walaupun nyawa saya sendiri terancam. Tapi awak tengoklah akibatnya sekarang..ANAK SAYA MATI DISEBABKAN AWAK DAN MAK AWAK!! DISEBABKAN PEREMPUAN SUNDAL TU SAYA TAK DAPAT TENGOK BAYI SAYA! PUAS?! PUAS KE?! LEPAS NI SAYA PULA YANG MENYUSUL! SEKARANG GEMBIRA HATI AWAK! IBU PUN SAMA KAN!IBU KAN MEMANG NAK TENGOK SYAH MATI. TAK LAMA PUN. LAGI TIGA MINGGU JE LAGI! TUNGGU JE LAH"

Vote and komen🖤

HIS: CUTIE PRINCESS (Complete✓)Where stories live. Discover now