Chapter 11✨

80 5 0
                                    

"Cutie,pergi bersiap. Kita pergi rumah mama is" Aisyah mengerutkan dahinya. Aik,bukan ke abah Ngan ibu Iskandar pergi umrah and kenapa panggil 'mama'?

"Bukan ke ibu dan abah awak pergi umrah? Dan kenapa panggil mama? Bukan ke ibu sepatutnya?" Soalnya lancar. Iskandar tersenyum dan memandang ke arah Aisyah lembut.

"Ibu ialah ibu tiri is. Mama pula ibu kandung is" setelah menghabiskan katanya,kakinya pantas membawa diri ke bilik tidurnya. Aisyah pula kebingungan. Setelah mendapat tangkap apa yang Iskandar sampaikan dirinya tersentak hebat.

Jadi selama ni suami dia tu banyak simpan rahsia? Dia mula beristighfar dan menggeleng saat memikirkan yang bukan-bukan tentang suaminya. Dirinya sendiri juga sering menyembunyikan sesuatu di belakang suaminya.

Surat ancaman. Suami arwah athiya. Kotak berisi burung dibunuh mentah-mentah yang sering diterimanya. Masa lalunya. Kisah dia dan keluarganya. Satu habuk pun dia tak pernah cerita. Yang Iskandar tahu,dia adalah anak yatim piatu yang kaya dan berjaya pada usia muda.

Nak diikutkan dia lagi banyak menyimpan rahsia dari Iskandar. Mungkin kerana terbiasa menghadapinya sendiri jadi beginilah. Ini jugalah yang berlaku pada Yura.Bukan niat mereka untuk menyembunyikannya tetapi mereka sendiri tidak tahu ingin buka cerita itu bagaimana.

Mereka bingung. Kadang kala saat Aisyah sendirian dirinya sering terkena anxiety attack. Yura pula mempunyai panic attack.

✨✨✨

"Assalamualaikum" laung Iskandar sambil mengetuk pintu beberapa kali.Kendengaran sahutan di dalam rumah itu menyuruh mereka menunggu.

Pulas tombol pintu dibuka dari dalam dan terjengullah muka bibik Asniyah yang berkhidmat selama 7 tahun di rumah itu.

"Oh,tuan Iskandar. Puan ada di dalam. Beliau dah menunggu lama dari tadi. Jemputlah masuk" lancar sahaja percakapannya. Baru selangkah kaki Aisyah ingin menjejak rumah itu,satu suara menjengah telinganya.

"Yang belakang tu buka kasut biar is je yang tak payah buka kasut" dengan sabar Aisyah mengikuti arahannya.

"Mama"panggil Iskandar. Dia bersalaman dengan mamanya. Aisyah menghulurkan tangannya untuk bersalaman tapi lekas Datin Batrisyia menarik tangannya. Aisyah hanya mampu tersenyum.

Dia meminta diri untuk ke dapur. Biarlah anak beranak itu saja yang berada di ruang tamu. Perlahan-lahan dia mengorak langkah ke dapur,dari belakang dia mampu melihat kelibat bibik Asniyah.

"Assalamualaikum bik" dia memberi salam.

"Waalaikumussalam eh puan. Kenapa ada kat sini? Nak air ke?"dengan cepat dia bertanya. Aisyah hanya menggeleng.

"Nak duduk sini kejap,boleh kan?" Bibik itu hanya mengiyakan saja. Lantas dia keluar melalui pintu belakang.

Sayup-sayup kedengaran bunyi suara perempuan di hadapan. Dia ingatkan mak Iskandar tapi kenapa lain sangat bunyi dia. Jadi dia cubalah mengintai apa yang terjadi di hadapan.

Dapat dia lihat dan dengar dengan jelas perbualan mereka.

"Is,kesian kat Tasneem. Dia rindukan is tau dari hari itu lagi" pujuk mama Iskandar

"Betul tu,abang is. Neem rindu. Neem nak abang is. Neem nak jadi isteri abang is. Jadi madu pun jadilah"rayu Tasneem pula.

"Ma,is cuma cintakan dan sayangkan isteri is sorang tu je ma. Tak ada lain dah"jawab Iskandar sambil cuba menjauh dari Tasneem.

"Mama tahu. Ni mesti sebab papa is kan yang desak? Tak payah kesah pasal papa lagi. Kalau papa tu buat hal,tahulah mama nak buat apa nanti.." tegas suara Datin Batrisyia.

"Bukan ma,is---" tak sempat dia habiskan katanya,Tasneem sudah memotong.

"Isteri is tu bukannya alim sangat Neem tengok. Entah-entah talam dua muka je. Pakai tudung je lebih tapi kalau adab tak ada tak guna jugak. Lagipun dia bukannya suka pun berkongsi cerita pasal dia dengan is. Ingat Neem tak tahu ke pasal gambar yang is dapat dekat office hari itu? Gambar dia dengan laki lain kan? Itu ke yang is nak jadikan peneman hidup?" Sindiran pedas diberi untuk Aisyah. Tasneem tahu Aisyah dengar sebab dia sengaja kuatkan suaranya tadi.

Aisyah keluar dari persembunyiannya. Sambil itu otaknya ligat memikirkan gambar yang diterima suaminya itu

"Sekurang-kurangnya aku pakai tudung, jaga aurat.Bukannya macam kau free hair sana sini. Tak tahu malu ke tergedik-gedik dekat suami orang? Ke memang dah putus urat malu kau tu? Dok pegang-pegang tangan bukan mahram kau ingat malaikat sebenar kiri dan kanan kau tu tak catat ke? Lagi satu lantak dialah nak dapat gambar apa pun. Sibuk nak jaga tepi kain orang. Jagalah dulu tepi kain sendiri yang dah terkoyak rabak tu"Aisyah tersenyum sinis melihat perubahan riak muka Tasneem.

697 patah perkataan. Vote and komen

HIS: CUTIE PRINCESS (Complete✓)Where stories live. Discover now