[ 𝑵𝒊𝒏𝒆 ] - 𝑻𝒉𝒂𝒕 𝑮𝒊𝒓𝒍

Začít od začátku
                                    

Setelah itu, Elina menoleh pada lelaki itu. Entah apa yang perlu dijawab. Kawan? Tak nampak macam kawan pun. Gadis itu menoleh semula pada wanita itu.

"Err.. lebih kurang. Saya cuma sama group dengan anak auntie je," kata gadis itu.

"Ouh, masuk lah. Takkan tak nak masuk dulu?"

"Eh tak pe lah auntie. Saya nak balik dah."

"Eh auntie ni kalau dah ada tetamu, auntie tak suka kalau tak jemput dia. Dah pikat anak auntie ni takkan malu-malu pula."

"Eh saya bukan.." tidak sempat Elina untuk berkata terus tangannya ditarik wanita itu untuk masuk ke dalam.

Ariz melihat mereka yang sedang masuk ke dalam rumah. Kepala disengetkan, hairan sikap ibu tirinya.
Mommy kenapa? Entah-entah...

Ariz terus mempercepatkan langkah mengejar ibu tirinya. Setelah Elina duduk di sofa, Ariz pantas menarik tangan wanita itu masuk ke dapur.

"Mom... tak marah kytor dah ke? Kytor dah boleh pergi kelas ke?" Teruja Ariz bertanya wanita itu.

Wanita itu menyilangkan tangan memandang remaja itu. Melihat sikap remaja itu baik, dia tidak curiga apa-apa pada remaja itu.

"Hm.." Madam Luisa ura-ura ingin pergi. Ariz pantas memeluk ibu tirinya dari belakang. Dia terlalu teruja.

"Thanks mom," ucap remaja itu.

Madam Luisa kaku sebentar dengan cara Ariz. Dia teringat anak kandungnya. Perlahan dia meleraikan tangan remaja itu.

"Walaupun kau guna nama anak kandung aku, tapi kau tetap bukan anak kandung aku, Kytor," katanya seraya melangkah ke hadapan semula setelah bibik menyiapkan minuman di ruang tamu.

Senyuman remaja itu mati. Dia memandang wanita itu berjalan pergi. Dia tahu nama sebenarnya masih dalam kes, jadi kerana itu menggunakan nama lain iaitu nama anak kandung Madam Luisa. Ariz dengan langkah perlahan naik ke bilik. Tiba-tiba nama nya dipanggil.

"Ariz! Come here!" Panggil madam Luisa.

Remaja itu turun semula dan melangkah ke arah wanita itu bersama gadis itu.

"Kenapa naik atas? Kawan dah datang borak lah."

Elina yang mendengar agak segan bila lelaki itu disuruh ibunya untuk melayannya.

"Eh takpe auntie saya cuma hantar kerja je."

"Betul tu. Dia nak hantar kerja je," kata Ariz selamba.

"Ariz! Hormat tetamu boleh?" Tegas madam Luisa.

Ariz diam. Risau dia tidak akan dapat pergi kelas pula sekali lagi. Dia perlahan duduk berhadapan gadis itu. Wanita itu berdiri dan ingin beredar.

"Berbual jangan sombong je, mommy tahu Ariz tak layan semua orang kan?"

Ariz hairan. Bukankah wanita itu tahu dia tidak pandai bersosial dengan orang lain? Wanita itu beredar dan semakin menghilang. Tinggallah Ariz dan Elina di situ. Elina dari tadi menunduk kerana gugup bila berdua bersama lelaki itu.

Ariz pula sekejap mengerling gadis itu, sekejap memandang kuih muih di atas meja. Setelah beberapa minit, tiada perbualan yang mereka bualkan. Elina bersuara.

"Saya.. balik dulu ye." Dia berkata tanpa menoleh lelaki itu. Dia bangun dan ura-ura mahu keluar dari rumah tetapi tangan sempat ditarik lelaki itu.

Jantung Elina berdegup laju. Dia menoleh. Raut wajah lelaki itu hanya beriak biasa, perlahan lelaki itu melepaskan tangan gadis itu. Dia kembali duduk semula tanpa memandang gadis itu.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Kde ÅŸijí příběhy. Začni objevovat