Segalanya bermula semasa Zar Handi yang lebih senang dengan panggilan Han melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah menengah. Keluarganya mengambil keputusan untuk membiarkan Han berdikari dan bertanggungjawab untuk menguruskan masa dan diri sendiri. Dia duduk diasrama bersama pelajar-pelajar yang lain yang berasal dari kampung berlainan.
Pada mulanya, sangat sukar untuk Han menyesuaikan dirinya memandangkan dirinya kurang bercakap dengan penghuni asrama yang lain. Sifat pemalunya membuatkan ramai pelajar yang berasa janggal dan menyisihkan dirinya.
Namun, segalanya berubah saban tahun. Kini Han memiliki kumpulan sendiri yang terdiri daripada kelompok pelajar lelaki lembut. Walaupun berada didalam kumpulan tersebut, Han turut menggalas tanggunggjawab yang sangat berat iaitu menjadi seorang pengawas.
Perhimpunan hujung tahun berlangsung dengan membariskan lembaga pengawas baharu yang akan membantu pihak sekolah dalam mengawal masalah disiplin pelajar.
"Dipersilakan, saudara Zar Handi."
Riuh-rendah tapak perhimpunan apabila nama Han berkumandang dari corong pembesar suara. Walaupun berada didalam kelompok lelaki lembut, namun Han memiliki potongan tubuh yang elok walapun tidak atletis.
"Tahniah ngekkkk. Nanti kau boleh cover kita orang." Seloroh Thad yang sambil memeluk sahabatnya itu.
"Iya nokkk, jadilah pengawas yang berwibawa." Tambah Raihan.
"Lepas ni kita celebrate." Cadang Char.
Ternyata pelantikan itu tidak memutuskan silaturahim yang mereka jalinkan selama beberapa tahun. Mereka menghormati keputusan Han yang memang layak untuk menyertai lembaga pengawas sekolah.
WATAK-WATAK SAMPINGAN:
THAD
Pelajar 4Sastera5
Penari Kelab Kebudayaan Sekolah
Aktif Bola Tampar
Kuat menyakat
RAIHAN
Pelajar 4Sastera3
Wakil sekolah dlm Suka Bola Tampar
Lawak
Baran
CHAR
Pelajar 4Sains1
Penari Kelab Kebudayaan Sekolah
Aktif Bola Tampar
Baik hati & cerdik
Suasana di dewan makan pada tengahari itu menjadi hingar-bingar dengan pengumuman yang baru saja disampaikan oleh ketua penyelia asrama Encik Hairi yang membenarkan semua pelajar asrama untuk keluar waktu petang untuk bersiar-siar di bandar.
Han dan rakan-rakannya turut mengambil peluang keemasan itu untuk menghabiskan masa mereka dengan berjalan-jalan bersama.
"Kita balik asrama dulu, lepas tukar baju baru kita gerak." Ujar Han.
"Baiklah pengawas." Sahut mereka serentak sambil berjalan beriringan menuju ke asrama.
PIITTT!
Mereka segera berhenti di bahu jalan apabila melihat kereta yang dipandu oleh ketua penyelia asrama mereka berhenti berhampiran.
"Han kamu keluar tak nanti?" Soal Encik Hairi.
"Keluar cikgu, ada apa yang boleh saya bantu?"
"Saya nak kamu tolong saya tampalkan notis ni di pondok pengawal." Ujar Encik Hairi sambil menghulurkan kertas A4 putih.
YOU ARE READING
GENGGAM
Fantasy"Abang Polis tangkaplah saya." Bermula dengan gurauan, akhirnya menjadi kenyataan yang sangat tidak disangka-sangka oleh semua. Sahabat dan sanak-saudara turut terkejut dengan apa yang mereka ketahui. Hubungan sejenis yang terjalin menempuhi banyak...
