BAB 9: Room Of Throne

258 25 10
                                    

PALUAN gendang bergema di seluruh Lyzantine menandakan satu majlis diraja bakal berlangsung. Trumpet dimainkan sepanjang jalan untuk menghidupkan lagi hari yang bakal melakar dalam buku sejarah Lyzantine. Setiap rakyat dapat bersuka-ria di dalam festival yang dianjurkan di Kota Bagh. Mereka dapat menikmati segala hiburan secara percuma.

Musik dimainkan.

Tarian dipersembahkan.

Gelak tawa mengisi suasana sebelum ribut melanda Lyzantine. Romeland sudah bersedia dengan bala tentera untuk menyerang sahabatnya. Mereka sudah berarak menuju ke sempadan yang berdekatan daerah Saef. Menunggu masa untuk menikam Lyzantine dari belakang bersama pengkhianat empayar.

"Emperor Hildelith will never taste her new reign."

Musuh mereka begitu yakin bahawa mereka dapat menakluk Lyzantine dengan mudah. Dengan bantuan pengkhianat, tanah ini akan menjadi milik mereka buat selamanya. Mereka tidak perlu tunduk pada empayar yang diperintah oleh gadis hingusan.

Namun, tiada siapa tahu apa yang bermain di fikiran perawan yang baru mengenal erti dunia. Tiada siapa dapat menebak apa yang membuat si dara yang mentah dalam pentadbiran rasa teruja. Mereka memandang enteng pada seorang wanita yang hendak menjadi seorang ketua.

"The battle is between me over a kingdom. How exciting...." tutur Alayna.

Sepasang gaun berwarna putih disarungkan pada badannya. Pakaian rasmi untuk dia gunakan semasa untuk mengangkat sumpah sebagai seorang maharaja. Rambut ikal mayangnya disanggul kemas dihiasi dengan batu pertama yang indah. Anting-anting dan rantai untuk menyerlahkan kejelitaannya.

Dia memandang penampilannya di sebalik cermin. Suci dan bersih ibarat kertas putih tanpa tompokkan dakwat. Warna yang akan mengangkat kesucian maharaja dalam memerintah empayar dengan penuh kemurniaan. Sayang sekali, Alayna tidak pernah menyukai warna putih ini.

"Tuanku, sudah tiba masanya untuk tuanku berangkat ke Room of Throne."

"I've come to take my crown."

Alayna diiringi beberapa orang pengawal istana menuju ke ruangan singgahsana maharaja Lyzantine yang pertama. Sebuah ruangan yang tidak pernah dibuka oleh mana-mana maharaja sejak pembentukan Lyzantine. Namun, singgahsana itu akan diisi oleh seorang pemerintah wanita yang pertama melakar sebuah sejarah baru di dalam empayar.

Bangsawan yang sedang duduk di tempatnya bangun serta-merta dengan menundukkan kepala saat melihat ketibaan Alayna. Pintu gerbang Room of Throne tertutup rapat sebaik sahaja Alayna memijak karpet putih yang terbentang di atas lantai.

Tiba di tangga singgahsana, Alayna mendongakkan kepala melihat kerusi yang bersalut emas dan permata. Dadanya bergetar hebat saat membayangkan dirinya duduk di atas singgahsana itu dengan bangsawan yang menunduk pada tapak kakinya. Tangannya rasa menggigil sedikit kerana tidak dapat menahan keterujaan di dalam dirinya.

Tiga orang lelaki tua berjubah putih sedang berdiri di hadapan singgahsana. Dua orang daripada mereka sedang memegang dulang berisi pedang maharaja dan juga mahkota. Matanya bersatu dengan seorang lelaki yang ditugaskan menyempurnakan upacara pertabalan. Ada senyuman sinis yang bergayut pada lelaki itu.

Alayna melutut di hadapan mereka seperti mana yang dia lakukan semasa raptai. Kepalanya ditundukkan menekur lantai sungguhpun dia tidak suka dengan pandangan lelaki di hadapannya. Rasanya direndahkan oleh semua tetamu yang memenuhi ruang itu. Dia dapat rasakan bangsawan sedang menahan ketawa melihat dia yang naif.

"Bermula dengan tanah gersang lalu disatukan menjadi kampung. Kampung menjadi daerah. Daerah menjadi negeri. Negeri menjadi negara. Negara menjadi empayar. Terbentuknya Lyzantine atas kewibawaan seorang pemerintah dalam menerajui empayar kepada kemakmurannya.

Alayna: The First EmperorWhere stories live. Discover now