1

40 7 1
                                    

" jungkook tolong angkat sikit muka bagi nampak ya " , kata photographer yang semangat mengambil gambar jungkook.

Jungkook pun tanpa membantah, ikut kan sahaja kata photographer itu. Terus gambarnya diambil tanpa henti dan dengan lagak professional nya, dia pun terus menerus melakukan gaya gaya yang bersesuai dengan tema photoshoot nya.

" um sorry nak tanya. Saya shoot lepas ni kan?" , soal seorang wanita yang baru sahaja masuk ke dalam studio.

" ah ariel! Ya ya lepas ni turn awak, encik jungkook dah nak habis shooting dah. Awak tunggu kejap ya " , kata seorang wanita yang bekerja di situ.

Ariel pun hanya angguk dan tidak berkata apa apa. Terus dia memandang jungkook yang sedang galak bergambar. Kemain betul gaya dia bergambar tu.

" okay selesai! Terima kasih jungkook atas kerjasama awak untuk harini " , kata photographer yang sudah selesai mengambil gambar jungkook itu.

Jungkook pun terus menunduk hormat dan tersenyum pada photographer itu.

" okay saya balik dulu ya. Kalau ada apa apa yang tak kena call je " , balas jungkook. Photographer itu pun hanya manaikkan jarinya tanda thumbs up lalu terus jungkook beredar dari set pergambaran.

" okay next! " , kata photographer itu. Ariel pun seakan faham sahaja dirinya yang dipanggil, terus dia datang dan berdiri di set pergambaran.

Lalu gambar kasut yang dipakainya pun diambil. Maklom la member model kaki je, tak mampu nak jadi model full body.

Jungkook yang baru sahaja selesai menukar baju terus menilik jam tangannya. Lalu dia pusing memandang ariel.

" lawa jugak awek tu. Tapi tulah tak bole lama ni, si juyeon dah tunggu lama dekat cafe hm " , kata jungkook sendiri lalu terus dia keluar dari studio tersebut.

" okay selesai! " , kata photographer itu. Ariel terus menunduk hormat dan berkata terima kasih pada semua staff yang ada. Lalu tanpa berlengah lagi, dia pun meminta diri untuk pulang.

Sebelum pulang mestilah dia dah tukar kasut. Lagipun kasut yang dia peragakan tu bukan gaya yang dia minat.

Tanpa membuang masa, dia pun bergerak kearah motosikalnya yang besar berjenama ducati berwarna hitam penuh.

"Yaish time ni la ko nak pancit " , kata satu suara lelaki yang berjaya menarik perhatian ariel. Ariel pun menoleh dan memandang lelaki yang bernama jungkook itu.

Tanpa segan silu terus dia menghampiri jungkook dan melihat tayar kereta jungkook yang pancit itu sambil menggelengkan kepalanya.

" tayar ni dah lama pancit " , kata ariel secara tiba tiba. Jungkook yang dari tadi mencarut memandang tayar keretanya terus terkejut dan memandang ariel.

" yeke? Tadi aku bawak elok je takde pulak rasa apa apa " , balas jungkook yang kurang arif tentang kenderaan.

" bodoh " , kata ariel selamba lalu mengorak langkah pergi. Jungkook yang tercengang memandang dirinya itu dibiarkan.

Dia terus menunggang motosikalnya untuk pulang. Berkerut kerut jungkook memandang ariel. Dah la tak kenal, tetibe cakap dia bodoh. Nasib baik cantik, kalau tak dah lama dia bagi penampar.

" terpaksalah aku balik naik grab. Cancel jela date tu. Macam la perempuan tu nak lari " , kata jungkook sendiri sambil tersengih sengih.

💋

Ariel mengurut bahunya sambil masuk ke dalam rumah. Ibunya yang kebetulan lalu terus menegur dirinya yang baru sahaja balik dari photoshoot.

" ariel sayang! Macam mana kerja harini, okay? " , soal ibunya arina tadaki. Ariel memandang ibunya sambil menganggukkan kepala.

" mesti kamu penatkan? Pergila masuk, nanti dinner mummy panggil ya " , balas ibunya. Lalu tanpa membalas apa apa ariel pun pergi membawa diri ke biliknya.

Member dah kaya raya dah. Dia kerja tu sebab nak mengisi masa lapang yang terlebih lapang je. Kalau bab duit ni takde hal pun, tapi tula mende dia bosan. Kalau bosan kerja ah apa lagi. Jadi model kaki je pun.

Konsep ni semua terjadi selepas dia tengok anime one punch man. Dia kerja untuk suka suka je. Bukan sebab apa pun.

Ariel yang tak mandi dan bau kepam itu pun terus merebahkan dirinya diatas katil. Tengah tengah feeling tengok siling tu tetibe rasa mata berat semacam je. Ha tau tau masuk alam mimpi dah member.

Ayah kepada ariel yang baru sahaja pulang dari kerja terus merebahkan dirinya diatas sofa.

" amboi bang, penat betul tu " , kata puan arina sambil menghulurkan air teh panas kepada suaminya.

" penat lah. Lain macam tuan jeon tu main bowling. Kalah teruk saya! " , balas tuan chika tadaki.

" padan muka " , balas puan arina. Terus tuan chika mencebik dan memeluk tubuh. Puan arina pun terus tergelak kuat melihat perangai mengada ngada suaminya.

💋

Jungkook membuka pintu penthouse nya dan melabuhkan punggungnya diatas sofa lalu bermain dengan telefon pintarnya.

Tersengih sengih dia sambil bermain dengan telefon. Mestilah tersengih sengih, member tengah chat dengan awekss.

Tapi tiba tiba senyuman dia hilang bila teringatkan perempuan yang tegur dia tadi dekat parking lot.

" kuang aja betul la perempuan tadi tu. Sampai speechless aku dibuatnya. Ada ke dia kata aku bodoh! Aku bijak tau " , bebel jungkook sorang sorang.

Anjingnya yang tengah sedap makan tu pun pandang dia pelik. Tibernya dia cakap sensorang.

" kalau aku jumpa perempuan tu lagi ha siap la dia. Aku bodohkan dia balik, kurang asam punya budak. Dah la pendek, at least bodoh bodoh aku ni pun tinggi tau. Dari dia tu hekeleh paras bahu aku je " , bebel jungkook lagi. Anjingnya yang bernama bam itu pun dah penat tengok tuan dia jadi orang gila. Dia pun dari buang masa tengok tuan dia, baik dia pergi berak.

" eh dah la dari aku cakap pasal perempuan tu baik aku pergi mandi " , kata jungkook lalu bangun dari sofa untuk membersihkan dirinya.

Tbc

Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Celaka Punya LakiWhere stories live. Discover now