16 | ❀ℝℍ𝕃♡︎ℕℤℍ❀

Start from the beginning
                                    

"Budak kecil tu dah buat aku angau kan dia jelah." hati Rayden berkata-kata.

Puas berangan sana sini dan termenung jauh, dia kembali menyelesaikan fail-fail yang berlambak di atas mejanya. Agar dia boleh balik dengan lebih awal.

.

KLAK

Rayden menggeleng-geleng kepalanya melihat Zenia yang sedang tidur dalam keadaan berpeluk tubuh. Matanya melihat ke arah penghawa dingin. Patutlah isterinya tidur begitu. Rupanya wanita itu menghidupkan aircond dengan kadar yang paling maksimum.

Dia mengurangkan suhu penghawa dingin itu. Lalu menghampiri isterinya. Rayden meletakkan iPhone 13 miliknya di atas meja yang bersebelahan dengan katil mereka.

"Haura." panggil Rayden. Dia menggoncang lembut tubuh kecil itu.

Perlahan-lahan Zenia cuba membuka mata. Kini, penglihatannya siap tersedia dengan wajah tampan suaminya.

"Abang dah sampai." Perlahan saja suaranya bertanya.

"Hmm." Rayden sekadar angguk kepala dan hanya bergumam perlahan.

Zenia membetulkan posisi duduknya.  Lalu Rayden membetulkan rambutnya yang sedikit serabai.

Haiih! Suami siapalah sweet dan beku samacam ni!.

"Pukul berapa sekarang?" Zenia bertanya. Dia meregangkan sedikit demi sedikit tulang-tulang badannya. Sedapnya tidur siang ni!.

"5.56....petang." jawab Rayden menayangkan riak biasa sahaja.

"Ooo....HAAA!" Rayden memejamkan matanya. Sakit telinga sayang oi.

"Kenapa saya boleh terlajak tidur ni. Maafkan Nia bang. Abang bersihkan dirilah dulu. Nia masak makan malam dulu okey." kata Zenia lagi. Belum sempat dia turun dari katil, tiba-tiba dia terjerit kecil.

"Arrghhh." ternyata Rayden menariknya sehingga menyebabkan dia selamat duduk di riba lelaki itu.

Rayden merenung wajah cantik isterinya. Sangat cantik!

"Tak payah masak." kata Rayden. Dia menyembamkan mukanya pada leher putih milik Zenia.

Zenia sedikit mengeliat diperlakukan sebegitu. Tapi dia suka!. Miang dengan suami sendiri tak pe an!.

"Habis? Abang nak makan apa?" soal Zenia.

"Kau pergi bersihkan diri. Lepas solat maghrib kita makan kat luar." ujar Rayden dalam posisi masih memeluk erat pinggang isterinya dan muka masih elok mendarat dileher isterinya.

"Okey." ringkas sahaja dia jawab. Lantas dia meleraikan pelukan suaminya.

Jom mandi! Suami titew nak ajak makan luar hehehe.

.

"YA ALLAH engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani kau peliharalah rumah tangga kami. Berilah kami kekuatan untuk mengharungi setiap dugaan yang datang. Berilah kami kesabaran yang secukupnya. Lindungilah masjid kecil yang telah terbina ini. Hanya padamu kami berserah ya Allah. Aamiin Ya Rabbal Alamin." doa yang selalu mereka pinta setiap kali solat berjemaah. Usai berdoa Rayden menghadap ke arah Zenia yang kelihatan sangat comel dalam telekung berwarna baby blue itu.

Zenia menyalami tangan Rayden apabila lelaki itu menghulurkan tangannya.

"Kau pergilah siap dulu. Nanti kita jalan bila kau dah selesai." lalu Zenia menganggukkan kepalanya dan bangun meletakkan telekungnya di tempat asalnya.

Manakala Rayden pula, selesai saja dia meletakkan sejadah di sebelah sejadah isterinya dia terus melangkah keluar dari bilik itu memberi ruang untuk isterinya bersiap.

Selesai meneliti pakaian yang elok tersarung di tubuhnya dan dengan penampilannya. Zenia mengatur langkah keluar dari bilik itu. Dia menghampiri suaminya yang masih fokus bermain iPhonenya.

"Abang." seru Zenia dengan nada yang cukup mereka berdua saja dengar. Pantas Rayden mengangkat kepalanya. Terpukau dia seketika melihat penampilan isterinya.

Zenia yang perasan akan renungan Rayden dia mulai berdehem. Ah sudah kang ada yang tak jadi nak makan luar ni!

"Ehem. Sampai bila nak tenung Nia macam tu, karang ada pulak yang tak jadi makan luar ni." kata Zenia.

"Why not?" Rayden sengetkan kepalanya. Dia tayang senyum menggoda.

Ah sudah! Senyuman itu sama seperti semalam. Mamat beku ni kalau dah masuk air memang miang dia tu tak leh bawah bincang.

Rayden melihat Zenia yang terkebil-kebil, dia tertawa geli dalam hati. Suka betul sakat bini kecilnya.

"Dah jom." tangannya yang banyak urat-urat hijau elok saja mencapai tangan lembut dan kecil milik isterinya. Lalu mereka keluar dari rumah itu. Dan menunaikan hasrat mereka untuk membantai lauk di luar sana.

INSPECTOR'S : HIS SUNSHINE (C)Where stories live. Discover now