Chapter 31

53.7K 1.7K 101
                                    

Berhati-hati Aulia membawa dulang ke bilik. Kali pertama dia masak bubur nasi. Harap-harap sedap lah. Aulia tersenyum lihat Nadiem masih baring di atas katil. Nama je ada 'bin' tapi manja mengalahkan perempuan. Aulia meletakkan dulang di atas meja.

Aulia duduk di sisi Nadiem. Tangan Aulia diletakkan di dahi Nadiem. Dah kurang sikit panasnya. Betul lah tu demam rindu. Hehe. Kelakar lah abang ni.

Pipi Nadiem digomol untuk mengganggunya tidur. Mata Nadiem yang masih tertutup dipaksa buka. Terkejut Aulia kerana hanya nampak mata putihnya. Dia masih nyenyak tidur kerana terdengar dengkuran ya perlahan.

Aulia menggoncang bahu Nadiem perlahan.

"Abang, bangun"

Nadiem yang mendengar suara Aulia terus tersenyum. Mata yang masih tertutup tapi tangannya meraba mencari tangan Aulia. Tapak tangan itu dicium lalu digigit sedikit. Mulutnya seperti mengunyah.

Aulia nak tergelak. Apa yang suaminya mimpikan tu?. Shawarma semalam ke?

"Abang!"

Terbeliak biji mata Nadiem

"Kenapa? Kenapa?"

Nadiem terus duduk dari baringannya. Seluruh tubuh Aulia diperhatikan. Pipi Aulia ditekan dan kepala itu dipusing ke kiri dan ke kanan. Takut ada cedera di mana-mana.

"Tadi abang cium dan gigit tangan sayang. Sayang baru lepas cuci tandas tadi lupa nak basuh tangan" Tipu Aulia

Membulat mata Nadiem. Mulutnya ditutup tak percaya. Naik loya tekaknya. Berair matanya menahan muntah. Tadi dia mimpi tengah makan shawarma yang penuh dengan isi ayam dan daging, rupa-rupanya itu bukan shawarma tapi...... Fikirannya tiba-tiba terfikir tandas.

"Sayang...."

Samar-samar suara Nadiem kerana dia menutup mulutnya menahan muntah. Aulia mendekatkan telinga di mulut Nadiem untuk mendengar dengan jelas.

"Kenapa sayang tak basuh tangan?"

Aulia ketawa. Tangan Nadiem yang menutup mulut itu ditarik untuk membuka mulutnya.

"Sayang gurau je lah. Sayang baru lepas masak bubur untuk abang. Mesti lah dah basuh tangan. Masih bau sabun lagi. Cuba bau"

Aulia menyuakan tangannya. Teragak-agak Nadiem nak menghidu. Boleh percaya ke isteri aku ni. Kembang kempis hidungnya menghidu tangan Aulia. Bibirnya terukir senyuman bila bau sabun tangan menyapa hidungnya, bukan bau sabun cuci tandas. Hilang terus rasa nak termuntah.

Nadiem kembali baring dan menutup mukanya dengan bantal. Mata dilelapkan semula. Boleh pula Aulia ni main-main.

"Aloooo. Abang marah ke? Sorry laa."

Diam

"I love you, you love me, okey now you're my bestie" Aulia menyanyi. Satu kucupan diberikan di dada Nadiem. Nak cium pipi tapi terlindung dengan bantal, dada pun jadilah.

Nadiem tersenyum dengan hadiah yang Aulia bagi pagi ni. Dia menggeliat semahunya. Rasa macam tak nak bangun.

"Kiranya abang dah jadi bestfriend sayang lah?"

Aulia menggeleng

"Bestfriend sayang hanya Sofeya. Selamanya Sofeya"

"Habis tu abang apa?" Nadiem menutup mukanya semula dengan bantal.

Aulia mengintai muka Nadiem disebalik bantal. Mukanya masam mencuka. Nadiem menjeling Aulia. Padu punya jelingan.

"Abang bukan bestfriend tapi abang besthubby, buddy, baby sayang"

RARE HUSBAND || CWhere stories live. Discover now