andika | prolog

28 4 0
                                        

"SENAH, aku suka kau."

"Hah?! Kau cakap apa tadi?" Tanya aku dengan reaksi terkejut. Hampir tersembur aiskrim malaysia berperisa choki-choki yang baru aku beli di koperasi sekolah sebelum ke kawasan menunggu waris untuk pulang. Aku bukannya tak dengar apa yang Dayyan cakap cuma terkejut, terkedu lalu terkentut.

"Aku. Suka. Kau." Jawab Dayyan. Dia sengaja menyebut satu-satu perkataan supaya aku dapat mendengarnya dengan jelas.

Sekali lagi aku terkejut lalu terkentut. Aku sedang berada di dalam mimpi atau di dunia realiti? Sungguh aku tak percaya. Sukar untuk aku percaya kejadian yang baru sahaja berlaku tadi. Benarkah Dayyan suka aku? Dia ada perasaan dekat aku? How?

"Erm, Dhiya? Kau okey ke?" Soal Dayyan. Mungkin dia hairan kenapa aku tiba-tiba diam.

"A-aku okey. Ha! Tu abang aku dah sampai. Aku balik dulu ya, tatatititutu!" Aku terus menggalas beg lalu berlari ke kereta Honda Civic berwarna putih milik abang sulungku.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

"Dhiya! Kau okey tak?" Soalan yang sama seperti petang kemarin oleh orang yang sama.

Aku hanya mengangguk. Tak tahu kenapa sejak kejadian petang kemarin, aku rasa malu nak mendekati dia. Dia pula asyik nak mengejarku. Masih nak tahu apa jawapan aku tentang luahan hatinya itu.

"Kau serius ke?" Tanyaku.

"Ya Dhiya, aku serius. Aku suka kau." Ulangnya lagi.

"Oh." Aku menjawab sepatah.

Mendengar jawapan aku yang sepatah itu membuatkan senyumannya makin lebar. Mungkin dia ingat aku terima dia agaknya.

"By the way, hari ni, terakhir aku kat sini." Ujarku dengan nada yang agak sebak. Entah kenapa tiba-tiba hatiku terasa berat untuk meninggalkan dia.

"Hah? Kau nak pergi mana? K-kenapa aku tak tahu?!" Tanya Dayyan dengan nada cemas. Mulutnya ternganga.

"Aku akan berpindah ke Kelantan." Jelasku.

"No way Dhiya! Why?!"

"Atas urusan kerja mak ayah aku. Aku akan tinggal disana mungkin selamanya. Maaf Dayyan." Aku sebak.

"Dhiya,kau ambil ni. Kau simpan tau. Terima kasih untuk minggu ni. I hope we can meet again but in halal relationship." Kata Dayyan dengan nada sedih. Aku perasan matanya berkaca. Dia mengeluarkan sebuah kotak berwarna biru bersama sampul surat berwarna biru.

"Dhiya, balik nanti kau buka kotak ni. Kau manfaatkan segala benda dalam kotak ni. Surat tu kau simpan ya. Buat kenangan. Semoga pemberian aku yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat pada kau dan aku. Terima kasih untuk segalanya. Abang kau dah sampai. Aku harap ini bukan kali terakhir kita bertemu. Selamat tinggal, Dhiya." Ucap Dayyan sebelum aku pulang.

Mendengar ucapan Dayyan, membuatkan aku rasa serba salah. Aku dah mula jatuh cinta pada dia. Kotak berwarna biru tadi aku buka didalam kereta. Kotak itu sangat bermakna bagiku. Ianya berisi sejadah, tasbih digital dan sehelai tudung bawal. Semuanya berwarna biru.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Selesai solat isya', aku melabuhkan punggung ke atas katil. Sampul surat eksklusif berwarna biru tua yang diberi oleh Dayyan petang tadi aku capai. Perlahan-lahan aku buka.

Dhiya, aku suka kau. Aku suka kau sejak kita masih tingkatan satu lagi. Tapi aku simpan saja sebab aku malu. Masa tu juga ada banyak benda berlaku. Sebenarnya aku tahu kau ada perasaan kat aku juga tahun lepas. Aku dengar kau dengan Adra berbual tentang aku. Tapi aku senyap saja. Kalini, aku beranikan diri untuk luahkan dekat kau. Aku juga dah tahu yang kau akan pindah. Harris beritahu aku, sebabtu aku tulis ni untuk kau. Dhiya, aku minta maaf kalau luahan hati aku haritu buat kau hilang fokus dalam pelajaran. Aku minta maaf ya kalau aku ada buat salah apa-apa. Kau jaga diri baik-baik ya disana. Semoga nanti,kita dapat bertemu kembali dalam hubungan yang halal. Manfaatkan ya semua pemberianku. Semoga kau sentiasa dilindungi oleh Allah.
Sampai jumpa nanti ya!


ANDIKA Where stories live. Discover now