[ 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒃𝒖𝒂𝒕 𝑩𝒂𝒊𝒌

Start from the beginning
                                    

Wanita itu sudah agak jawapan remaja itu.

"Kau takkan pergi kelas, Kytor. Muktamad. Aku tahu kau nak bunuh gadis itu bukan?"

"Mommy.." Pinta Ariz.

Madam Luisa pusing dan ura-ura mahu beredar.

"Okay-okay.. Kytor tak buat. Betul, mom! Please.." Pinta Ariz lagi.

Wanita itu tidak mengendah lalu keluar dari bilik.

"Fine! Jangan menyesal Kytor buat hal lepasni! I don't care kalau sampai mati pun!" Ariz menjerit marah. Sungguh, dia sanggup lakukan apa sahaja jika dia tidak dapat apa yang dia mahukan.

Langkah kaki wanita itu terhenti. Dia berpusing memandang remaja itu. Ego dia di cabar.

Dia ingat kembali memori tiga tahun lepas ketika permintaan remaja itu ditolak. Remaja itu cuba bunuh diri walau apa cara sekalipun seakan tahu bahawa wanita itu akan risau jika remaja itu mati.

Pandangan Ariz tajam merenung wanita itu. Madam Luisa melangkah mendekati remaja itu. Carl menghalang wanita itu menghampiri remaja itu.

"It's okay."

Wanita itu menepis lembut lalu berjalan mendekati remaja itu. Dia duduk di birai katil, kemudian mengusap lembut kepala remaja itu yang sedang dalam kemarahan. Wanita itu menahan rasa gentar dalam diri.

"Kytor, nak buat apa kat sana? Bukan ada apa pun. Jangan lah susahkan mommy. Mommy penat tahu tak." Lembut wanita itu berkata.

"Kytor nak belajar." Kali ini remaja itu sudah tidak marah, memandangkan wanita itu berlembut dengannya.

"Apa yang Kytor belajar?" Madam Luisa menyoal dengan lembut mengalih perhatian remaja itu dari terjadi seperti dulu lagi.

"Banyak. Kytor banyak belajar dari lecturer." Teruja Ariz menceritakan pembelajaran dia waktu itu.

"Can I ask you something Kytor?"

Ariz memandang wajah wanita itu dengan penuh tanda tanya.

"Why you not go in class on the first day? Carl told me you going library on the night. What are you doing there Kytor?"

Senyuman remaja itu terhenti. Dia mengerling tajam Carl yang sedang berdiri di hadapan bodyguard-bodyguard itu. Kemudian, mengalih pandangan ke arah lain, tidak memandang wanita itu yang duduk bersebelahannya.

"Please Kytor what you do? Mommy takkan bagi Kytor pergi kalau kytor buat hal. Macam mana mommy nak bagi Kytor keluar, kalau anak mommy rahsiakan dari mommy."

Madam Luisa cuba bertolak ansur dengan remaja itu. Risau remaja itu melakukan sesuatu tanpa pengetahuannya.

Ariz menekan jari-jemari sendiri kerana dia tidak suka untuk berterus terang. Jika dia berbohong, pasti mereka akan tahu kelak dan dia pasti dikurung lama di bilik ini.

"Kytor..."

"What kytor? Please tell me the truth."

Kening remaja itu berkerut sambil merenung ke bawah.

"Kytor bunuh haiwan."

Remaja itu pantas mencapai tangan wanita itu. Dia tahu dia pernah berjanji pada wanita itu untuk tidak membunuh pada tempat terbuka.

"Mommy, Kytor minta maaf. Kytor tak masuk kelas masa tu. Kytor betul-betul terdesak."

"Kenapa tak bagitahu? Biar mommy beli haiwan kan senang. Kytor tahu tak nanti mereka akan dapat tahu siapa yang bunuh." Raut wajah wanita itu serius.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now