" Tak naklah. Ini ada kaitan dengan awak juga. "

" Saya? Huh? Tak ada pulak kes Air Force masuk hospital baru-baru ni. "

" Bukan pasal Air Force. Tapi pasal... "

" Hyunjoo ya? "

Terdiam, Heeso angguk kecil. Lantas tawa meletus dibibirnya.

" Dahlah, malas nak caka-- "

" Ceritalah. Apa dia buat? Mesti hati tu dah berat menyimpan, sini luahkan. Ringankan beban kat hati awak. "

Heeso tergamam. Memandang mata Jihoon yang penuh berharap. Sebelum dia menunduk.

" Hyunjoo.. dia amik jawatan Profesor yang saya dah mohon sebanyak 3 kali. Saya tahu saya tak patut kata camni, tapi dia dah 4 tahun undur diri daripada bidang hospital. Kenapa dia yang dapat? " Luah Heeso. Tidak kisahlah jika Jihoon akan mengadu kepada Hyunjoo nanti.

Gaduh pun gaduhlah. Memang dah jadi musuh pun.

" Apa yang buat awak rasa Hyunjoo tak layak? "

Tengok tu, mesti dia nak backup awek dia punya!

" Haritu... "

KLAK!

" Harini saya handle pembedahan. "

" Tapi.. "

" Saya yang handle. " Tegas Hyunjoo, menerjah masuk bilik pembedahan semasa operasi sedang dilaksanakan oleh Heeso.

Gadis itu tergamam, memandang Hyunjoo yang menapak masuk, lantas merampas gunting ditangan Heeso.

" Kenapa kau tiba-tiba camni? Tak inform aku pun? " Soal Heeso. Hyunjoo menjeling.

" Kau diam. Aku lagi layak, jadi biar je aku yang handle. "

Ah, sungguh biadap.

Malas mahu berbalah kerana nyawa pesakit ditangan mereka, Heeso hanya membiarkan. Berdiri disisi, memandang Hyunjoo yang kini mengambil alih.

" Detak jantung dia dah tak normal. Sini alat itu. " Menyuruh kepada jururawat, Hyunjoo memerintah. Lantas gadis itu mencucuk alat pembuang angin ditepi jantung pesakit itu.

" Cucuk sini je, nanti dia ok--SPRAKKK! "

" APA KAU BUAT NI HYUNJOO?! " Kaget Heeso sebaik sahaja darah memercik dan memuntah keluar mengenai tubuh setiap jururawat serta Heeso dan Hyunjoo.

Gadis itu tergamam.

" Tapi kan.. detak jantung dia... "

" Iya! Sebabtu aku letak alat ni kat sebelah jantung dia sebelum KAU YANG UBAH! "

Ah lantaklah! Pantas Heeso mengambil alih, menyelamatkan keadaan. Hanya memerhati tangan Hyunjoo yang mulai menggigil, dan si dia yang hanya berdiri kaku disisi.

" Awak berjaya selamatkan patient? " Soal Jihoon. Heeso angguk lemah.

" Dia hampir mati, sebelum saya berjaya selamatkan. Hyunjoo guna alasan dia ada anxiety lagi, and sebab tu dia gelabah. Dah macam tu pun, pihak hospital masih buta ke pilih dia sebagai Profesor? " Kesal Heeso. Jihoon yang memerhati tertawa perlahan.

" Tariklah rambut dia kalau nak marah. Pukul je dia. Kadang-kadang pergaduhan perempuan lagi menyeronokkan. " Balas Jihoon.

Heeso kerut. Jap.. dia suruh aku pukul awek dia ke?

" Awak suruh saya pukul kekasih awak ke? "

" Hyunjoo? Taklah, dia bu-- "

" Abaikan. Saya tak nak tahu kalau awak gaduh dengan dia ke apa. Lagi satu, saya nak beritahu something ni, memandangkan kita kawan. " Ceria Heeso. Jihoon memandang mata si gadis yang berbinar.

Seakan kupu-kupu yang menyinar.

Heeso sangat indah.

Jihoon akui.

" Apa dia? "

" Tak ada sesiapa yang tahu hal ni, termasuk Eunjeong. So saya nak pendapat awak. "

" Pendapat saya? Boleh je. Apa dia? " Senyum Jihoon.

Kelihatan si gadis ceria ingin bertanya. Mata bundar itu semakin melebar ketika ingin bertanya, dan bibir semerah ceri itu, semakin cantik ketika tersenyum.

Sungguh Jihoon sudah jatuh cinta.

" Haritu... Erm.. "

" Haritu.. ha apa dia? "

" Haechan kata dia suka saya, and lamar saya jadi kekasih dia. Sa--saya rasa saya nak terima dia. Bagi awak, pilihan saya tepat kan, Ji? "

------------------------

Pesawat dipandu laju, membelah awan. Menghiraukan angin rintang, segalanya dilakukan dengan mudah.

BANG!

BANG!

Dua tembakan dilepaskan, lantas lelaki ini dengan pantas mengelak. Perlawanan atas udara merupakan makanan lelaki ini.

Makanan Park Jihoon.

Pesawat dibawa dengan kelajuan tinggi, mengundang musuh untuk turut mengikuti rapat. Kekiri, maka kiri juga diikuti musuh.

Kanan, maka kanan juga menjadi mainannya.

Lantas Jihoon menekan kelajuan ke peringkat tertinggi, tidak dipedulikan pesawat kesayangannya yang sudah memberi amaran akan tekanan tinggi yang menghimpit.

Jihoon memejam matanya.

" Haechan kata dia suka saya, and lamar saya jadi kekasih dia. Sa--saya rasa saya nak terima dia. Bagi awak, pilihan saya tepat kan, Ji? "

BAM!

" SHIT! " Jihoon mendengus. Dia baru sahaja ditembak. Ah fikirannya yang berserabut menganggu rentak permainannya hari ini.

Sungguh sial.

Pantas Jihoon membelok kesisi, bertentangan dengan arah pesawat musuh, lantas target dihala.

BAM!

" YES! "

" Practice completed. "

Arahan diberikan mengundang perhatian Jihoon. Segera lelaki ini menghela nafas kasar, memandang bawah sebelum mengendali pesawatnya perlahan kembali ke lapangan.

Lantas Pesawat KAI KF-21 Boramae dipandu, mendarat dengan selamat dilapangan menandakan latihan Captain Jihoon sudah tamat.

" One shot. Jarang terjadi. Ada apa-apa ganggu fikiran ke? " Soal si pegawai, usai Jihoon turun. Lelaki ini menggeleng perlahan.

Ganggu fikiran. Sejujurnya ada.

Ya gadis itu.

Kim Heeso.

Usai Heeso mengatakan tentang Haechan itu, Jihoon mendadak berubah. Bibirnya seakan kelu, sungguh dia tergamam.

Heeso masih tidak memilihnya selepas semua perkara berlaku?

Senyuman pahit dilemparkan.

" Tak ada apa, Tuan. "

" Captain Jihoon, awak tahu kan berkenaan Uruk? "

Jihoon angguk. Dia tahu.

Bahkan dia berjumpa Heeso semalam kerana ingin memberitahu berkenaan hal ini. Sebaik sahaja nama Haechan meniti dibibir di gadis, Jihoon mengurungkan niat.

Ah, mungkin belum masanya lagi.

" Esok pagi ya. Bersedia. Ucaplah selamat tinggal dahulu kepada orang yang awak sayang. "

Jihoon menunduk.

Selamat tinggal tu...

Ingin sekali dia berikan kepada Heeso.

" Sebab nanti 3 bulan awak akan ada di Uruk. Tak pulang ke Korea. Mungkin mati disana, mungkin hidup. Biarlah lambaian itu, menjadi lambaian terbaik.. "

" Meskipun itu lambaian terakhir. "

1437 / pjhOnde histórias criam vida. Descubra agora