[ 𝑺𝒊𝒙 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂

Comincia dall'inizio
                                    

Elina yang sedar terus bercekak pinggang melihat gadis gedik itu dari atas sampai bawah.

"Ewah! Bergaya nampak. Nak pergi mana cik oi."

"Aku nak keluar dengan Syah jap. Alaa... nanti aku balik. Heheh..." Sengih Leen.

Elina mencebik.

"Kau tu dah lepas sakit tak serik eh nak keluar pulak."

"Bukan aku nak, Syah ajak. Dia kata surprise, so aku pun on je lah."

Surprise? Elina teringat kata-kata Syah kelmarin. Wait! Hari ni ke dia nak bawa jumpa? Dia melopong sambil memegang kedua pipi.

Leen pula hairan.

"Woi! Kau kenapa El? Aku tak senang nak gi tengok kau gini."

"Hah? Tak de apa-apa. Cuba elok-elok pakai sikit jangan ketat sangat," bebel Elina sambil mencari pakaian sesuai untuk Leen di dalam almari.

"Eh kau dah kenapa? Ikut aku lah nak pakai mana. Eh dah-dah aku nak gerak."

Leen menolak lembut Elina untuk jauh dan dia terus menutup pintu almari tersebut. Dia mencapai kasut heels berwarna merah dibeli Syah. Cantik kot, giler tak pakai.

Elina hanya menunjuk wajah cemberut. Leen terus beredar tanpa menghiraukan wajah kawan baiknya.

Setelah Leen keluar, Elina duduk di birai katil. Telefon pintar di buka dan aplikasi di tekan. Nombor telefon Ariz ditatap lama.

Perlahan dia mengetik message pada nombor Ariz. Elina terlihat Ariz yang sedang online. Dia terus menaip menghantar mesej pada Ariz.

Whatsapp

Elina
Assalamualaikum awak.
Saya ni Elina. Miss tanya
kenapa dua hari awak
tidak hadir ke kelas?
Awak okay ke?

Sent.✅

Elina melihat online itu terus lenyap. Tiada balasan. Mesej nya tidak dibaca. Sakit pula hati Elina dengan sikap lelaki itu.

"Lantak lah! Betul lah apa Leen kata." Elina serabut.

Sambil-sambil itu, baik dia melihat berita terkini. Tiada perkara menarik perhatian gadis itu. Semua kes sama. Bunuh, rogol, pecah amanah, dadah, culik, scam, gosip artis, keretakan rumah tangga, dan berbagai lagi. Melihat kes begini lagi buat Elina marah.

Elina baring sambil membelek telefon pintar. Dia baring mengiring sambil ibu jari selamba scroll berita itu ke bawah berterusan. Mata hitam gadis itu tiba-tiba terpaku tajuk sebelum. Dia menscroll semula ke atas dan berhenti.

"KEMATIAN LELAKI MISTERI YANG TIDAK DAPAT DIRUNGKAI DAN DIPERCAYAI PEMBUNUH INI BERKAIT DENGAN PEMBUNUH BERSIRI."

"Kes ini masih lagi dalam siasatan. Hal ini dikaitkan pembunuh bersiri kerana perkara sama terjadi pada tahun 2015. Kes yang tidak dapat dirungkai hingga sekarang. Kes ini juga sudah ditutup kerana tidak dapat diselesaikan oleh pihak-pihak terbabit."

Tiada seorang pun dapat mencari pembunuh itu. Misteri. Ia menarik perhatian gadis itu. Sungguh menakutkan jika pembunuh itu masih berkeliaran di luar sana.

Berita ini sudah lama. Tahun 2018. Itu waktu Elina masih berumur 15 tahun. Tahun ni sudah tahun 2022. Elina search kes berkaitan tahun 2015.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora