Akhir Sebuah Penantian

Start from the beginning
                                    

“benggek " ujar Asya Syuhada sambil berlalu pergi, dia kemudian meludah air liurnya ke jalan tar bagi menunjukkan betapa marahnya dia ketika itu, dia berjalan ke arah kereta, sesampainya dia disitu dengan muka yang agak mengerikan dia melihat ke arah MP yang berada di pintu masuk tadi sambil menjelirkan lidahnya membuatkan MP tadi hanya lihat tanpa reaksi, terkejut mungkin.

Mereka kemudian terus pulang kerana terlampau marah dan penat sehingga terlupa untuk membeli makanan, setelah sampai hostel Asya Syuhada terus berlari memasuki biliknya kemudian dia bergegas memasuki bilik air, kerana dia sudah tidak tahan ingin menumpahkan air mata yang dia tahan sejak tadi, dia seolah-olah tidak dapat menerima ejekan dari para anggota tadi.

"Bodoh punya manusia! Saja bagi orang marah!!"

Dia menghabiskan waktu yang lama didalam tandas setelah kering air matanya dia kemudian keluar dari situ dan digantikan oleh Ana Humaira.

Sedangkan Meyyza Helena.

“Ya allah penatnya...." keluh Meyyza memandang lurus kearah laut.

Yaa, sepeninggalannya tadi, dia terus menuju ke satu taman yang agak jauh dari kawasan perumahan askar yang dihadapannya terdapat laut yang luas, dia tidak terus pulang kerana ingin mencari ketenangan setelah seharian dimarahi.

"Kenapa lah aku yang kena!"

Dia mengelap air mata yang mengalir deras di pipi mulusnya, dia juga seperti Asya Syuhada yang seolah-olah tidak dapat menerima kemarahan atasannya yang bukan disebabkan olehnya.

“kenapa aku yang kena? apa perlu aku buat? salah aku ke? punca siapa ??? siapaaaa!" Meyyza Helena meraung perlahan supaya tidak didengari oleh orang, namun dapat didengar oleh seseorang yang sedang mendekatinya.

“awak tak salah" tiba-tiba terdengar suara seseorang menjawab pertanyaannya membuatkan Meyyza Helena tersentak lalu menoleh kearah seorang lelaki yang berdiri dihadapannya.

‘KHAIRUL', Meyyza membaca nama yang tertera disitu, dia cuba mengingati lelaki itu kerana sepertinya dia pernah melihatnya sebelum ini dan kemudian dia menoleh kembali dan menundukkan kepala sambil menyeka air matanya menggunakan jari setelah dia dapat mengingat dimana dia pernah menemui lelaki itu.

Belum sempat dia menyeka semua air matanya, sehelai sapu tangan bercorak loreng Navy dihulurkan kepadanya membuatkannya aktivitinya terhenti seketika lalu dia menatap lelaki bernama Khairul itu dan kemudian mengambil sapu tangan itu.

“terima kasih".

Lelaki itu kemudian duduk disebelahnya tanpa meminta izinnya membuatkan Meyyza Helena berganjak sedikit untuk menjaga jarak.

“kadang-kadang dalam dunia ni kita kena berjuang, kadang-kadang kita kena lepaskan kalau sangat-sangat dah tak mampu, jangan paksa kalau orang lain tak nak berjuang untuk kita." kata-kata itu membuatkan Meyyza bingung, dia seolah-olah tidak mengerti apa yang lelaki itu cuba sampaikan.

"Haa?"

“saya tak tahu apa yang awak lalui jadi saya tak berani nak cakap lebih-lebih, semoga awak kuat je" ujar Khairul Aydeen menguatkan Meyyza Helena.

Yaa, Khairul adalah lelaki tersebut, dia sebenarnya hanya kebetulan melalui jalan tersebut semasa membuat sikit rondaan dikawasan itu kerana tempat tersebut dekat dengan tempat mereka membuat latihan.

Namun, semasa membuat rondaan matanya secara tidak sengaja menangkap sosok tubuh yang sangat dia rindui membuatkan dia berhenti untuk menggapai harapannya untuk berkawan dengan gadis tersebut tetapi setelah dia mendekati gadis itu ternyata gadis itu sedang menangis syahdu sambil bertanya kepada diri sendiri dan kemudian dia menolong untuk menjawab pertanyaan tersebut.

My favourite Army: Arcturus LoveWhere stories live. Discover now