EPISODE 1 : The Welcome

Start from the beginning
                                    

Gambar cecair air ditunjukkan.

“Angin melambangkan Kebebasan.”

Angin yang menerbangkan daun ditunjukkan.

“Tanah melambangkan Keceriaan.”

Gambar Tanah ditunjukkan.

“Ais melambangkan Kesunyian.”

Ais yang retak ditunjukkan.

“Petir melambangkan Kekuasaan.”

Petir yang berdentum kuat ditunjukkan.

“Cahaya melambangkan Kehangatan.”

Gambar bintang cahaya kecil muncul.

“Kegelapan melambangkan—”

Aku terkejut apabila wajah aku muncul di dalam cermin itu.

“—Diri kau.”

". . . ."

“Katakan, Apakah keinginan kau, Munechika Mikazuki?”

Aku menggigit bibir aku dengan terdesak.

Keinginan? Kau kata keinginan?

"Apa orang seperti aku layak memiliki keinginan?" Balas aku dengan senyuman pahit di dalam cermin itu.

“Setiap orang layak memiliki keinginan. Disitulah, Jiwa mereka bertindak untuk mencapai keinginan mereka.”

“Munechika Mikazuki. Beritahu apakah keinginan kau.”

Selama beberapa saat, aku menutup mulutku. Aku tak tahu nak jawab apa kerana aku ragu-ragu.

Orang seperti aku tak layak ada keinginan.

Hanya itu sahaja aku yakin selama hidup aku.

"Aku hanya...."

Mata aku menatap ke arah diri aku pada cermin tersebut.

“—ingin mati sahaja.”

Hanay itu sahaja aku inginkan. Aku dah muak dengan semua ni.

“Keinginan yang aneh.... Manusia biasa nakkan hidup abadi atau kekuasaan. Berlainan dengan kau.”

Sebuah Topeng putih muncul di dalam cermin itu.

“Munechika Mikazuki, Kau memang manusia yang aneh.”

“Walaupun kau ingin mati, Aku takkan benarkan.”

"Hah?"

“Kau akan menjalani hidup yang unik. Kau akan bertemu dengan—”

“—gagak—”

Gambar gagak muncul.

“—Iblis—”

Topeng Iblis muncul pada cermin itu.

“—Naga—”

Simbol naga ditunjukkan.

“—Monster—”

Gambar Kucing bertelinga api biru terlihat.

—dan diri kau.”

Diri aku berada di cermin.

“Jalani hidup kau dengan baik-baik. Ubah apa yang kau pernah lakukan. Buka diri kau dan buatlah kehidupan yang lebih baik, Munechika Mikazuki.”

Aku melihat tangan seseorang keluar daripada cermin yang gelap.

“Saa, Ambillah tangan aku dan jangan pernah lepaskannya....”

VILLAIN : SHE THE LOST MOON Where stories live. Discover now