𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟴

258 27 7
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



KETIKA pintu kereta Mercedes benz hitam berkilat itu dibuka luas, kaki mulus yang disarungkan heel wedges hermes itu melangkah keluar.

Kepala terus mendongak keatas, kagum dia melihat bangunan tinggi kaca yang megah dihadapannya itu.

Suasana luar bangunan saja pun cukup buat Armel meneguk air liur, kesat. Sungguh expensive. Belum lagi isi dalamnya.

Selama dia duduk di Kuala Lumpur, inilah kali pertama Dia menjejakkan kaki ke sini. Selama ini hanya mampu memandang dari jauh saja.

"Mari, Puan." Suara Aron dari sisi membuat perhatian Armel teralih. Lelaki itu mempelawanya masuk ke dalam.

Armel mengikuti langkah Aron, dan langkahnya pula diikuti oleh empat orang lelaki tegap memakai suit yang sama seperti Aron juga.

Masuk saja kedalam, dia melihat satu meja panjang yang dijaga oleh empat orang penyambut tetamu, dua pekerja lelaki dan dua lagi pekerja wanita dan nama D'KING hotel tertera besar di situ.

Mereka melangkah melimpasi lobi itu untuk ke lift VIP. Sesudah berada dihadapan lift, Aron terus memasukkan kata laluan. Armel sedar saat ini semua pasang mata sudah mengarah ke arahnya. Ada yang mengerutkan dahi, ada juga yang berbising semasa sendiri. Keadaan tiba-tiba jadi canggung pula.

Ting!

Sebaik pintu lift terbuka, laju saja kaki Armel melangkah masuk. Dia sedar, dia sedang jadi bualan orang-orang dilobi itu.

"Aron, sebenarnya awak nak bawa saya ke mana ni?" Tak mahu tertanya-tanya lagi. Dia semakin tak selesa dengan keadaan sekelilingnya.

Tadi petang pun, kayna tiba-tiba saja menyuruhnya menukar pakaian ke gaun yang disediakan. Tak cukup itu rambutnya juga didandan rapi serta wajahnya disolek nipis. Dan tepat pukul 7 Aron datang menjemputnya. Dan terus membawanya ke hotel ini.

Sudah berulang kali dia bertanya pada Aron, kemana mereka akan pergi tapi jawapan lelaki itu tetap sama.

"Jumpa Tunku. Tunku dah tunggu puan."

Ah, itulah jawapan lelaki itu. Armel putarkan anak mata keatas. Entah apalagi la yang rancangan Tunku Danish kali ini. Apa-apa saja, buat masa ini dia hanya mengikut saja. Jangan buat dia tertekan lagi sudah.

Ting!

Pintu lift kembali terbuka luas, mereka berada disatu coridor panjang yang sunyi. Coridor itu hanya mempunyai 2 pintu dan satu pintu kecemasan itupun dihujung ruang.

Dan masih seperti biasa, Armel hanya mengikut langkah Aron saja. Namun melihat langkah Aron berhenti didepan sebuah pintu besar berwarna hitam, langkahnya juga spontan terhenti.

Dia hanya memerhati Aron membuka pintu perlahan dan menjengukkan sedikit kepala dan lelaki itu tiba-tiba berpaling menghadapnya.

"Sila, Puan."

Unseen Love | OG (EDITING)Where stories live. Discover now