[ 𝑻𝒘𝒐 ] - 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑩𝒂𝒓𝒖

Start from the beginning
                                    

Kenapa aku rasa begini? Tidak pernah diriku resah sebegini. Aku takut dia ke? Tapi takut apa? Dia hairan. Atau...

Aku suka dia?

Elina memandang ke arah cermin. T-Tak mungkin!

Dia menggeleng kepala laju seraya mengatup rapat kelopak mata nya. Kemudian, di buka kembali lalu merenung dirinya di cermin.

"Kau boleh buat El! You can do it!" Elina memberi keyakinan kepada diri supaya tidak gentar.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian menghembuskan perlahan-lahan. Dia mencuci tangan, kemudian menuju ke kelas semula.

᪥᪥᪥

Usai sudah kelas bersama Miss Yati. Semua pelajar mengemas barang masing-masing. Ada yang masih lagi belajar di kelas lain dan ada yang terus balik kerana jadual yang tidak padat. Elina ada kelas petang ini pula.

Leen mengorak langkah ke arah lelaki tersebut yang sudah dikerumuni pelajar-pelajar perempuan dan ada sahaja pelajar lelaki yang ingin berkawan dengannya. Elina yang sedar perilaku Leen itu hanya mengeluh kecil.

"Eh sana-sana. Sibuk je," kata Leen dengan gedik menuju ke arah lelaki itu.

Elina pula ingin pergi ke cafe tetapi Leen pula sibuk dengan lelaki itu pula. Dia hanya menghantar mesej dan terus berlalu dari kelas itu bersama beg digalasnya. Pandai-pandai lah Leen cari dia nanti.

"Hai. Awak Ariz kan? Saya Charlene or you can call me Leen," kata Leen sambil menghulurkan tangan ke arah Ariz.

Ariz yang berwajah serius itu hanya memandang Leen dengan pandangan kosong. Dia tidak menyambut huluran tangan Leen lantas dia mencapai beg nya dan berlalu dari situ.

"Eee... sombong nya," geram Leen sambil mencebik bibir.

Semua nya sudah bersurai, Leen pusing dan melangkah ke meja nya semula. Mata meliar mencari sahabat nya. Meja Elina sudah kosong. Haih! tak tunggu aku El ni.

Perlahan dia menyeluk poket seluar jeans nya lalu dikeluarkan telefon pintar. Dia membuka dan membaca pesanan masuk lalu dia menaip sesuatu.

᪥᪥᪥

Elina yang berada di cafe membeli serba sedikit makanan lalu duduk di tempat yang sudah disediakan.

Ding!

Bunyi mesej masuk di telefon. Pantas dia membuka lock screen dan membaca mesej tersebut.

"Sorry El, aku tak dapat teman kau kat cafe, aku ada hal jap, bye babe😘."

Elina menutup semula telefon pintarnya.

"Dating lah tu," omel Elina sendirian.

Elina melihat jam tangan di pergelangan tangan. Banyak lagi masa dia sebelum ke kelas. Elina berfikir apa perlu dia buat selepas ini sambil dia makan roti tersebut.

Sedang dia berfikir, ada seseorang duduk di hadapan nya. Mata dia selamba mengerling, cepat dilihat semula susuk tubuh tersebut. Membulat mata Elina. Hampir tersedak makanan dari mulut gadis itu.

Ariz duduk di hadapan nya sambil makan makanannya. Elina mencapai air mineral lalu kepala ditoleh ke sisi meneguk dengan rakus untuk menelan makanan yang tersekat di tekak nya itu. Lega bila sudah ditelan.

Botol mineral yang sudah kosong ditutup. Mata gadis itu mengelak melihat lelaki itu di hadapan. Dahi berkerut sambil membisik di dalam hati.

"Apasal lah mamat ni duk sini pulak? Tak de tempat lain ke? Takkan tak kenal aku kot semalam jumpa?" Banyak soalan bermain di fikiran gadis itu sambil menahan perasaan gugup dalam diri.

Setiap kali lelaki itu dekat, Elina pasti berasa gementar. Elina bangun untuk beredar dari situ. Ya lah, mana tidak nya semua memandang dirinya itu. Dia tidak mahu masuk sekali. Nanti, tak pasal-pasal ada yang dengki dan mula bergosip pula.

Dia bersama beg sandang di bahu bergerak menuju ke pusat center. Ops! By the way, plastik roti dan mineral, sudah di buang di tong sampah sebelum itu. Mata Elina sekali lagi melihat jam tangan di pergelangan tangan. Dia masih lagi banyak waktu. Cepat dia berjalan ke pusat centre.

Ariz memandang gadis itu yang sudah menjauh. Tatkala dia mendekat dengan gadis itu, dia berasa tenang bila bayangan bapa nya tidak mengganggu dirinya.

Bila gadis itu jauh dari nya, dia dapat melihat bayangan itu muncul semula sedang memerhatikan nya. Hati nya berasa seakan kosong. Ariz segera menghabiskan makanan tersebut.

᪥᪥᪥

"Nak balik kejap ke eh?" Elina ke hulur-hilir berfikir sendirian. Bosan, tiada apa perlu dibuat.

Dia terus menelefon driver nya untuk mengambil. Elina menunggu di tempat biasa dia menunggu. Pemandu nya pun sampai on time. Dia terus masuk ke perut kereta balik ke rumah sendiri.

Di dalam kereta, Elina masih lagi memikirkan lelaki itu, Ariz.

"Hish! Aku ni pun tak habis-habis fikir pasal dia." Elina menggelengkan kepala tidak mahu kepala ini serabut sahaja.

"Cik Elina ok ke?" tanya pemandu tersebut. Dia dapat melihat dari cermin pandang belakang.

"Ha? Okay je Pak cik Riz."

"Eh! Pak cik Halim lah. Haa ingat boyfriend ke tu?" tanya Encik Halim menyakat Elina, anak bos nya.

Elina baru tersedar apa yang dia kata tadi. Pak cik Riz? Ariz?! Aargh! Dia malu.

"M-Mana ada pak cik. Saya tak de boyfriend lah," kata Elina dengan muka berona merah menahan malu.

En Halim hanya tergelak kecil.

"Ok lah," jawab En Halim.

.

.

Macam mana cerita hehe🙈. Please vote and comment ❤️. Thank you awak! ✨

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐎𝐆 ] [ 𝐒𝐔 ] Where stories live. Discover now