Terdiam terus jururawat tersebut. Namun begitu, aku tahu dia tak puas hati dengan aku. Tapi dia tak boleh buat apa sebab semua orang dah keluarkan telefon masing-masing dan merakam situasi yang berlaku.

"Kejap lagi mesti muka kau keluar dekat fyp tiktok. Tengoklah." Tayang senyum bangga, aku terus menggamit makcik tersebut untuk duduk di kerusi kosong yang tersedia.

"Terima kasih, nak. Makcik tak tahu macam mana nak balas jasa kamu. Makcik ni sebenarnya tak berapa sihat. Dah berapa hari tak sedap badan. Dekat rumah tak ada sesiapa nak hantarkan. Anak-anak semua kerja. Mereka minta makcik pergi hospital sendiri."

Dari ekor mata, aku perasan kolam mata makcik tu bergenang. Tanganku terus dicapai lalu digenggam erat.

"Tak ada apalah, makcik. Saya tak suka tengok orang kurang ajar dengan orang tua macam tu."

"Tak apa, nak. Mesti mak ayah kamu bangga kan sebab ada anak yang baik macam kamu..." Kini, tangan makcik itu sudah beralih di sisi wajahku lalu diusap penuh kasih.

Entah mengapa, tiba-tiba sahaja hati aku terusik apabila dia memperlakukan aku sebegitu. Sentuhannya menghadirkan rasa pilu di celah hati dalam sepi.

Selama aku hidup, mak dah ayah aku tak pernah ucapkan kata-kata yang baik untuk aku. Yang keluar dari mulut mereka, cuma sumpahan dan makian semata. Sentuhan hangat, haram tak ada. Dipukul, dikelar, disepak terajang, dikurung... itulah makanan aku selama ini.

"Tak adalah, makcik. Saya ni anak yang jahat. Kalau tak, tak adanya mak ayah saya layan saya teruk-teruk." Aku muntah gelak hebat. Namun entah mengapa, bunyi tawa itu kedengaran sangat sumbang. Plastik sungguh.

"Tak adalah. Kamu anak yang baik. Makcik yakin, kamu ni baik. Kalau tak, kamu takkan tolong makcik macam tadi. Kamu tak jahat, nak. Mungkin keadaan yang membuatkan kamu fikir diri kamu sebaliknya. Insha-Allah, makcik akan doakan yang baik-baik buat kamu."

Ah! Kenapa aku tiba-tiba jadi sentimental ni. Makcik ni pun, suka nak buat ayat sendu sendu macam ni.

"Haha, kelakarlah makcik ni. Okeylah makcik, saya minta dulu ya, assalamualaikum." Tak sanggup duduk di sana lagi, aku terus angkat kaki. Bukan apa, nanti tak habis-habis mulut dia cakap aku ni baik.

Bukan apa, memang aku yakin diri aku ni jahat. Diri aku, aku tahulah macam mana. Datanglah seribu orang cakap aku baik, aku akan terus menidakkannya.

Tuhan pun tahu aku ni jahat ke baik. Tengoklah nanti, mesti aku ni tak dapat cium bau syurga. Masuk neraka terus. Haha.

Mengambil kembali tempat asalku, aku perasan Puan Yati sudah tiada di tempatnya. Entah pergi ke mana. Yang ada cuma Isa seorang sahaja. Masih dalam keadaan tadi. Sibuk dengan telefon di tangan.

"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?"

Apabila melihat kelibat doktor keluar dari ruangan kecemasan, Isa segera meluru ke arah doktor untuk bertanyakan keadaan isterinya. Melihat itu, aku turut berbuat perkara yang sama. Berdiri di sebelahnya untuk mendengar keadaan Sarah daripada doktor.

Buka kaca mata, aku perasan riak wajah doktor itu kelihatan sugul. Tanpa kata, kepalanya dioleng ke kiri dan ke kanan.

"Maafkan saya, encik. Kami dah cuba sehabis baik. Tapi..."

Buk!

Jantungku terhentak kuat apabila tiba-tiba sahaja Isa mengayunkan buku limanya ke arah wajah doktor tersebut.

Imperfect Moment (TERBIT)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ