Kelihatan seorang gadis melangkah masuk ke dalam kelasnya. Dia melihat rakan baiknya, Aralyn Umaira sedang melakukan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu sebentar tadi.
"Kau tak lapar ka?" Farah menyoal sebaik sahaja punggungnya mendarat di kerusi kelas.
"Tak, pagi tadi aku dah melantak nasi goreng mak aku." jawab Aralyn tanpa mengalihkan fokusnya dari buku latihan miliknya.
Aralyn melihat ke arah jam kelas yang menunjukkan pukul 10.30 pagi. Dia mengemas barang-barangnya untuk persiapan ke makmal fizik.
"Jom, pergi makmal. Pergi awal boleh duduk depan." mereka berjalan bersama-sama menuju ke makmal fizik.
Semasa perjalanan, mereka ternampak guru subjek fizik mereka sedang berbual dengan seorang pelajar lelaki tingkatan 6. Pelajar itu hampir satu sekolah mengenalinya kerana dia merupakan pelajar cemerlang di sekolah ini. Tetapi tidak bagi Aralyn Umaira.
Rizqi Firash berbincang dengan Cikgu Rozia mengenai kelas tambahan yang akan dilakukan pada Jumaat petang nanti. Cikgu Rozia menyuruh Rizqi mengajar pelajar tingkatan 5 untuk subjek fizik kerana beliau perlu pulang ke kampung pada hari tersebut.
Seketika Rizqi Firash mengalihkan pandangannya ke kanan dan kedua anak matanya melihat seorang gadis yang agak comel berdiri di sebelah makmal fizik.
"Ha Lyn, Farah awal kamu berdua. Ni saya nak bagitahu yang hari Jumaat ni saya tak dapat datang mengajar kelas kamu. So, abang Rizqi ni yang akan take over saya." Rizqi tersenyum nipis mendengar akan itu.
"Baik, cikgu." jawab Aralyn dan Farah.
"Jadi, Jumaat still kelas kita dekat sini ya. Bagitahu kawan-kawan kamu sekali" ucap Cikgu Rozia sebelum melangkah masuk ke dalam makmal bersama mereka berdua.
Rizqi Firash hanya melihat dua sahabat itu masuk ke dalam makmal dan tersenyum nipis.
Tamatnya waktu sekolah, Aralyn Umaira berjalan dengan rakannya untuk pulang ke rumah masing-masing. Dia pergi ke tempat letak motosikal. Aralyn pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal.
Setibanya di situ, dia melihat Rizqi Firash a.k.a abang senior sedang memakai topi keledar untuk pulang ke rumah. Tanpa membuang masa Aralyn Umaira pulang ke rumahnya.
Semasa Aralyn hendak melintas untuk masuk ke kampungnya, dia melihat segerombolan samseng sekolah sedang berkumpul di hadapan kampungnya.
Apabila dia masuk ke kampung, samseng itu menyekat jalan yang dilalui olehnya."Uih minah rempit bai. Jom la join kitorang kat sini. Lepak...lepak." seorang dari mereka datang ke arah Aralyn yang masih kaku di hadapan mereka.
Aralyn cuba untuk menggerakkan motosikalnya tetapi ruang yang sempit itu menyukarkan dia untuk bergerak. Aralyn melihat sekeliling untuk meminta bantuan.
Tubuhnya menggigil ketakutan. Tiba-tiba dia mendengar suara seseorang sedang berbual dalam telefon. Semua mata mereka terarah ke arah sumber suara itu. Terlihat seorang lelaki sedang duduk di atas motosikalnya sambil telefon dilekapkan di telinganya.
"Ha, ni saya ada dekat Kampung Sentosa ni. Saya tengok banyak orang melepak di kawasan ini, Tuan." lelaki itu selesai menelefon dan memandang ke arah mereka.
"Aku dah call polis. So, kalau korang still melepak area sini dan kacau orang, aku report polis. Aku dah tangkap gambar korang semua tinggal nak hantar ke polis je." samseng-samseng itu bergegas pulang meninggalkan kawasan tersebut.
"Terima kasih...err.." Aralyn kekok untuk bertentang mata dengan si dia.
"Rizqi. Panggil aku Rizqi je." dia pergi meninggalkan kawasan itu.
YOU ARE READING
Rizqi's - SU
Teen Fiction𝓐𝓻𝓪𝓵𝔂𝓷 𝓤𝓶𝓪𝓲𝓻𝓪 ~ 𝓡𝓲𝔃𝓺𝓲 𝓕𝓲𝓻𝓪𝓼𝓱 A little sweet moment between them. ps:-maaf sekiranya ada banyak kesalahan tatabahasa <3