"Kenapa? Kalau aku makan comot kau hilang selera nak makan ke?"

"Sikitlah." Mata dikenyit.

"Jangan kenyit mata dekat aku, aku report abang aku." Mawarti memberi amaran tapi Arif langsung tidak membalas. Bila diperhatikan, mamat kekwat tu tengah tengok telefon tak pandang dia langsung. Cis!

Keluhan Arif terlepas. Dia meletakkan telefon di atas meja, kemudian sambung makan. Tapi wajahnya sudah tidak seceria tadi. Entah apa yang dibaca dalam telefon pintar.

"Kenapa? Takut aku report abang aku?" Usik Mawarti lagi.

"Hah? Apa?" Seakan baru tersedar Mawarti wujud dekat situ.

"Tak ada apa." Malas dah Mawarti nak layan bila Arif tak ada mood nak berbual dengan dia.

"Oh okay." Arif terus senyap. Suasana tiba-tiba jadi janggal.

Mawarti yang sudah selesai makan terus mengangkat pinggan masuk.

"Wei, aku masuk dulu, ada kerja." Arif hanya fokus pada makanannya seakan tidak sedar kata-kata Mawarti. Entah apa yang lelaki tu fikirkan ketika makan. Ingin sahaja Mawarti tanya, tapi rasa macam menyibuk pula. Yalah, mereka kan cuma neighbour with 'benefits'. Kalau ada keperluan je minta tolong. Sekadar jiran buat sembang benda remeh-temeh pasal makanan.

Mawarti terus masuk ke dalam rumah. Biarkan sahaja Arif dalam lamunan.



MAWARTI meregang badannya yang lenguh di atas kerusi setelah empat jam membaca artikel di dalam komputer riba. Cermin mata ditanggalkan kemudian dia menendang meja sehingga kerusi rodanya bergerak ke arah katil. Tubuhnya dijatuhkan pada katil yang gebu bercadar merah jambu. Jeritan terus dihamburkan pada bantal. Dia penat dan tertekan.

"Kau memang lelaki tak guna!"

Mawarti terbangun bila dengar orang jerit di luar rumah.

"Tapi aku perempuan." Keliru dia.

"Dasar player!"

Walaupun dia malas nak ambil kisah, tapi disebabkan suara perempuan itu macam dekat sangat dengan rumah dia, dan sangat mengganggu dia nak tidur, Mawarti terpaksa ambil kisah.

Tingkap bilik dibuka. Mawarti memandang ke bawah, ada Arif dan seorang perempuan berambut panjang sedang berdiri betul-betul di antara rumah dia dan Arif.

"Bro, memang strategik tempat kau nak bergaduh. Dekat sebelah rumah aku juga. Kenapa tak gaduh depan rumah kau ke, belakang rumah kau ke, sebelah rumah aku juga kau nak. Padang punyalah luas, Kanggaru tak kacau pun kau nak gaduh." Mawarti mengomel perlahan. Dia mengurut kepalanya yang pening.

Perempuan itu menumbuk dada Arif berkali-kali. Marah benar nampaknya tu.

"Semua perempuan kau layan, kan? Patutlah bila aku ajak kau kahwin konon tak bersedia. Sampai bila kau nak macam ni?"

"Aku tak pernah cakap pun aku cintakan kau." Arif cuba mempertahankan diri. "Kau yang salah faham, aku cuma buat baik dengan kau sebab kita kawan, Alisha."

Mawarti tergelak kecil mendengarnya. "Bapak drama. Jap, jangan gaduh lagi nak makan popcorn." Pantas dia mengambil bertih jagung di tepi meja, kemudian duduk di tepi tingkap tengok sinetron.

Pang!

Alisha lempang Arif sampai terteleng kepala.

"Mantap-mantap." Mawarti tergeleng kepala bila Arif kena lempang. "Nasib tak terlepas scene ni." Komennya perlahan.

"Kawan?" Alisha benar-benar terluka dengan pernyataan itu.

"Kalau kawan kenapa kau layan aku macam tu. Mesej yang kau hantar selama ni apa? Aku ni tempat kau cari bila bosan je ke?" Tangisan gadis itu pecah.

"Alisha jangan macam ni, selama ni aku tolong kau sebab kau kawan aku, aku tolong orang lain, sama macam aku tolong kau. Lagi pun aku kesian sebab kau sakit." Jelas Arif lagi.

"Jeng jeng jeng." Mawarti buat gaya zoom-in dan zoom-out acah sinetron dari atas.

"Tolong kawan pun ada batas! Tak payahlah panggil aku macam kekasih macam tu. Kau buat orang salah sangka. Kalau aku sakit pun, kau sepatutnya boleh jujur dengan aku. Ini sampai aku dah ajak kau kahwin, kau masih layankan aku je. Apa maksud kau sebenarnya Arif? Kau memang suka mainkan hati orang." Alisha mengesat air matanya lagi. (Dialog boleh dikemaskan lagi. Terlalu banyak tanda (,) dan lontaran ayat agak canggung)

"Bingo!" Mawarti terangguk mengeyakan kata-kata Alisha.

"Arif panggil kau apa sampai kau salah faham?" Tanya Mawarti perlahan.

"Why calling me dear?" Alisha terjerit. "Why do you call me baby? Why?"

"Wow, this dude just called me that, this morning." Mawarti tergeleng kepala. "See? I told ya, don't call women dear, darling, baby if you don't mean it, Arif." Dia berpeluk tubuh. "Now I see you like trash." Selamba Mawarti berkata.

"So what? Kawan perempuan aku yang lain pun aku panggil macam tu." Tenang Arif berkata macam tak ada apa berlaku.

Mawarti tercengang. "Kawan perempuan lain?"

Alisha juga tercengang. "Kawan perempuan lain?"

Mawarti terus flip hair. "This girl just copied my line. Where's the director? I should be the scriptwriter of your story. Too cliched bruh."

"You're trash!" Sembur gadis itu di hadapan Arif sebelum berlalu pergi.

"Ek eleh tu je? Sepaklah laki tu sikit." Komen Mawarti tak puas hati. Belum sempat Mawarti nak bagi rating drama yang baru habis tadi, Alisha tiba-tiba datang balik kemudian tendang Arif di tempat sensitif. Mawarti terus tekup mulut terkejut dengan apa yang berlaku. Arif mengerang kesakitan.

Mawarti di atas sudah tepuk tangan tidak berbunyi. "You deserved it, Arif. That girl should get an Oscar." Selamba dia komen. "This scene should get a standing ovation." Dia flip hair sekali lagi. "And I'm the proud audience." Bertih jagung selamba dimasukkan ke dalam mulut.

"5 bintang."

***

kalau saya, saya bagi sebanyak bintang di langit hahahah

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now