Pintu rumahnya tiba-tiba diketuk dari luar.

"Siapa pula datang malam-malam ni?" Mawarti mengintip melalui lubang kecil pada pintu untuk melihat. Wajah jiran yang akan disantau esok terpapar di hadapan pintu.

"Nak apa lagi mamat ni?" Pintu dibuka tapi masih ada rantai yang menghalang daripada pintu supaya terbuka luas.

"Piza?" Arif mengangkat sekotak piza dengan senyuman di bibir.

Pantas Mawarti menurunkan rantai pada pintu bila nampak makanan. Baru sahaja dia ingin merampas kotak di tangan Arif, Arif menjauhkan kotak tersebut dari Mawarti.

"Nope!" Dia bermain-main. "Orang dah belikan tak cakap terima kasih pun."

"Don't teach me about manner when you're the one who steal my pizza!" Agresif Mawarti cuba mengambil kotak pizza di tangan Arif, tapi Arif makin mengangkat kotak tersebut tinggi sehingga Mawarti yang pendek itu terloncat-loncat ingin mendapatkannya.

"Sabar, apa macam kucing perangai kau ni?" Dahi Mawarti dijentik.

"Is! Apa sentuh-sentuh ni? Aku report abang aku nak?"

"Sorry, can you please hear me out?" Arif cuba menenangkan Mawarti yang dah agresif. "Tarik nafas, relaks."

Mawarti sudah mendidih.

"Aku bagi kau piza ni, tapi dengan syarat, kau kena tolong aku..."

Buk!

Perut Arif terus ditumbuk sehingga jejaka itu tertunduk menahan senak. Kotak piza terus jatuh di tangan Mawarti.

"Kau tak berhak nak letak syarat, kalau piza ni memang hak aku."

Bum!

Pintu terus ditutup.

"Ganasnya budak niiii..." Perutnya yang senak diurut. "Mawarti, aku nak minta tolong sikit." Pintu diketuk lagi.

"Apa?" Pintu dibuka semula. Mukanya tegang.

"Nak minta tolong, esok aku tak ada dekat rumah, boleh tak kau tolong siram pokok bunga aku?" Arif menyusun sepuluh jari.

"Okey, tu je?" Pantas Mawarti menjawab.

"Sebagai balasan aku tolong kau beli barang dapur." Semangat Arif mencadangkan. "Aku perasan kau jarang pergi grocery nak beli makanan, kalau beli pun kau minta tolong runner buatkan. Kalau kau suruh aku, tak payah bayar runner, alang-alang aku nak pergi grocery sekali?"

"Tak apa." Dingin Mawarti menolak. "Aku jarang beli barang masak, sebab aku sibuk tak sempat masak."

"Ada apa-apa yang aku boleh tolong kau?" Arif menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kalau ada nanti aku bagitahu."

Mawarti baru nak tutup pintu, tapi Arif menghalang dengan kasutnya. "Kau masih tak kenal aku?"

"Tak, kau siapa?"

"Kawan sekelas kau dulu masa sekolah rendah, ingat tak?" Muka ceria Arif betul-betul mengharap yang Mawarti kenal dia.

"Tak ingat, sorry." Pintu ditutup sekali lagi, tapi Arif halang lagi dengan kasutnya.

"Okay, if you said so, let's start over again. My name is Arif, anak sulung daripada tiga beradik, asal Putrajaya, Malaysia tapi tinggal dekat Australia atas tuntutan kerja. Kau?"

Mawarti mengeluh berat.

"Mawarti, lahir dekat Malaysia, mak orang Malaysia, ayah Cina Muslim Singapore, saya warganegara Australia, tinggal dekat Australia sebab keluarga saya memang ada tinggal di sini."

Arif terkedu. "Sejak bila?"

"Sejak habis sekolah rendah." Mawarti angkat bahu.

"Single?" Tanya Arif selamba.

"Tak, ada double chin." Malas Mawarti menjawab.

Tawa Arif meletus kecil. "You're funny."

"I know, if you can excuse me ... I wanna eat my pizza before I faint." Mendatar suara gadis itu, tak berperasaan.

"If you're hungry just knock on my door, I have a lot of food."

"I'm a writer and editor, not a beggar." Kaki Arif ditolak dari menghalang pintu.

"I'm a programmer and freelance hacker, if you want..."

"Bye." Pintu terus ditutup.

Arif hanya tersenyum kecil. Suara hatinya bersorak bila Mawarti tak berat mulut bercakap dengannya... Setelah dipaksa? Apa-apapun sekurang-kurangnya Mawarti dah berubah sikit. Kalau masa sekolah rendah dulu, cakap dengan orang pun tak nak.

Masih ada harapan.

****

Dah geng ke? Belum lagiiii hahaaha. Silalah komen banyak-banyak

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz