Kali ni Arif menepuk bahu kawannya, Adib yang dapat markah bagus sepertinya juga. Adib hanya tersengih bangga.

"Cikgu perasan yang dapat markah bagus selalunya duduk sebelah- menyebelah, jadi cikgu nak pindahkan tempat duduk kamu. cikgu nak pelajar yang terbaik, ajar kawan kamu supaya markah bagus macam kamu juga. Kongsi ilmu, dapat pahala. Saham akhirat ni. Boleh? Arif, Adib?"

Mawarti hanya menunjukkan riak bosan di belakang kelas. Kelas 6 Firdaus hanya ada sebelas orang lelaki, dan lapan lelaki itu semua dapat A kukuh yang menghampiri seratus. Hal itu, bukanlah perkara yang luar biasa di dalam kelas 6 Firdaus. Mereka juga merupakan calon 5A untuk UPSR yang akan datang. Mawarti sudah tiga tahun sekelas dengan mereka semua, sudah biasa melihat kejayaan rakan sekelasnya. Bosan. Mereka hanya bergaul dengan pelajar yang sama bising seperti mereka sahaja. Kalau mereka ingin bergaul dengan Mawarti pun dia tak berminat.

"Mawarti." Suara cikgu Tugiran di hadapan kelas buat Mawarti mengangkat kepala ke hadapan. Semua kepala sudah menoleh ke arahnya.

"Awak pindah sebelah Arif setiap kali kelas Matematik."

Apa? Mawarti tercengang. 'Kenapa pula?'

"Awak seorang dapat C untuk Matematik. Pindah sekarang. Cikgu nak tengok apa jadi bila budak paling pandai duduk sebelah budak yang lemah. Kamu bukan tak pandai, tapi kamu ni Mawarti banyak sangat berangan sampai jawab soalan Matematik pun cuai," ujar cikgu Tugiran selamba. Keluhan Mawarti terlepas, mendengar itu.

Selama ini, Mawarti bahagia aje duduk di tempat paling belakang dalam kelas dan tiada rakan semeja. Tempat di sebelahnya memang kosong. Mawarti lagi suka begitu, sebab dia boleh letak barang-barang dekat meja sebelah.



"KAU jawab soalan tu, nanti kalau tak boleh jawab aku ajar." Arif membuat latihan yang cikgu Tugiran beri. Latihan tersebut akan disemak oleh Cikgu Tugiran lagi sepuluh minit.

Mawarti memulakan pengiraannya. Habis penuh kertas A4 diconteng hanya untuk jawab satu soalan objektif. Sikit pun dia tidak bertanya soalan kepada Arif di sebelah. Dia mahu tunjukkan dekat Cikgu Tugiran yang dia boleh buat sendiri tanpa bimbingan Arif. Beberapa orang pelajar sudah mengerumuni Arif untuk bertanyakan soalan yang mereka tak tahu. Mawarti mula merasa rimas dengan semua perhatian ini, walaupun mereka cuma ingin berjumpa dengan Arif, tapi meja dia pun turut dikerumuni sama.

Arif seorang yang peramah, pintar dan selalu tersenyum. Padanlah ramai orang suka padanya. Ciri yang ada pada Arif, cukup untuk menerangkan diri Arif yang, ekstrovert.

"Pergi tanya mentor kau dulu." Pendek respon Arif untuk menghalau rakan sekelasnya.

"Aku nak ajar mentee aku." Sekali gus semua berpaling arah kepada Mawarti dengan muka tak puas hati. Mawarti tak ambil peduli.

"Mawarti, boleh tak?" Berhati-hati dia bertanya Mawarti. Tiada respon daripada Mawarti. Dia merapatkan kerusinya dengan Mawarti. Tingkah Arif buat Mawarti terkedu seketika. Tangan kiri Arif mula memegang pensel untuk menerangkan soalan Matematik itu, tapi malangnya pandangan Mawarti terhalang kerana dia berada di kiri Arif.

"Sorry, aku kidal. Kita tukar tempat duduk jom."

Akur. Mawarti duduk di sebelah kanan Arif dan kini Arif berada di sebelah kiri Mawarti.

"Jalan kira kau dah betul, tapi masa kau pindahkan nombor tu salah. Betul lah cikgu Tugiran cakap kau cuai." Komen Arif selamba.

"Tengok tanda dekat soalan ni, bila dia tanya isi padu kau kena ingat tanda tiga atas ni tau. Lepas tu kau darab je nombor yang dia dah bagi. Aku perasan, kau kira jawapan satu-satu, guna try and error eh?" Arif angkat kening ketika bertanya. Mawarti diam.

"Banyak kerja cik kak oiii." Mawarti tersenyum ringkas dengan komen jujur Arif.

"Nak kira tinggi, isi padu bahagi luas. Ikut konsep yang dia dah bagi ni." Arif bulatkan banyak kali pada tanda isipadu pada kertas soalan.

"Cuba buat soalan lain, aku nak tengok."

Gadis itu membengkok tangan kanan untuk menulis pada kertas soalan. Dia tak boleh fikir kalau Arif tengok dia tak lepas macam ni. Soalan senang pun boleh salah kalau orang pandang.

"Sorry, aku pandang tempat lain."

Arif alihkan mukanya pada buku tulis sendiri. Dalam diam dia tersenyum dengan sifat pemalu Mawarti. Tak sama dengan rakan sekelas perempuannya yang lain, kalau boleh nak berdagu bertentangan mata dengan Arif. Kelas 6 Firdaus ni kebanyakan pelajar memang gila perhatian. Mereka memang ekstrovert dan terlebih aktif supaya dapat perhatian cikgu. Aktif itu bagus, tak ada yang salah dengan itu. Cuma, kadang-kadang dia lebih suka suasana yang tenang dan aman.

"Dah siap." Perlahan Mawarti menyatakan.

"Kata tadi faham?" Mata Arif mengecil. Mawarti sudah kalut.

"Cuba terangkan dekat aku balik macam mana kau dapat jawapan macam ni."

"Tak tahu. Kau teranglah."

"Haih..." Pemadam yang tercampak di meja Mawarti diambil, dan tanpa sengaja tangan mereka tersentuh.

"Sorry." Serentak mereka berdua mengelap tangan yang tak sengaja tersentuh tadi pada baju masing-masing. Geli!

Mawarti tayang muka bersahaja walaupun pipinya merah menahan malu dan marah. Dia tak pernah bagi lelaki bukan mahram pegang dia. Dari umur empat tahun lagi dia sudah diajar tentang batas antara lelaki dan perempuan. Dua tahun dia dah mula belajar solat dan mengaji, empat tahun dah puasa penuh. Ayahnya tak besarkan dia dengan bersusah payah untuk bagi lelaki bukan-bukan pegang dia. Urgh! Maroh!

"Ni tengok ni..." Arif cuba tukar topik. "Kau lupa nak darab lagi."

"Okey, faham." Dingin Mawarti membalas, sekali gus dia ambil buku tulisnya kemudian berpindah semula ke meja belakang bila waktu Matematik telah tamat.

Arif hanya mampu mengeluh. Susah kerjanya tahun ni. Mawarti memang hidup dalam dunianya sendiri dan tak ramah dengan orang lain. Padahal mereka sudah tiga tahun sekelas, lima tahun naik van yang sama untuk ke sekolah, nampak muka antara satu sama lain hampir setiap hari, tapi mereka masih lagi tak boleh berkawan seperti rakan sekelas yang lain. Setiap kali dia cuba mulakan perbualan dengan Mawarti, Mawarti akan menamatkannya dalam masa tiga saat.

Dasar introvert sombong!

Sebal Arif dengan Mawarti. 


*****

Silalah komenn buku baru sayaaa

Hello Neighbor (TERBIT PBAKL 2023)Where stories live. Discover now