"Makanlah."


"Tak lapar."

"Tak payah nak mengelak. Mak Su cakap kau tak sarapan pagi tadi. Baik kau makan sebelum aku panggil Melissa suruh suap." Nazryl mengugut.

Farel terus membuka bekal makanan yang diberi oleh Nazryl dan menjamahnya.

"Tahu takut."

Waktu sudah menunjukkan pukul 6:40 petang tetapi Farel masih tidak pulang ke rumahnya. Nazryl masuk ke dalam office Farel untuk mengajaknya balik.


"Oi dah jom balik."

"Jap."

Farel mengemas barang-barangnya yang berterabur di atas meja kerja. Manakala Nazryl terlebih dahulu  meninggalkan Farel. Setelah beberapa minit mengemas akhirnya siap juga.

Farel keluar dari officenya dan kelihatan bangunan tersebut sunyi sepi. Menunjukkan yang semua Staff sudah pulang ke rumah masing-masing. Sesampai sahaja Farel di tingkat bawah sekali kelihatan Pak Jalil iaitu security di sana sedang mengemas barang untuk pulang ke rumah. Pak Jalil yang sedar dengan kehadiran Farel menghampiri Farel


"Eh Tuan baru nak balik ke? Ingat ke dah balik."

Farel tersenyum dengan apa yang Pak Jalil memberitahu.

"Ya baru nak balik."

Pak Jalil hanya mengangguk.

"Kalau macam tu saya balik dulu ya."

"Hati-hati balik."

Farel menghampiri kereta yang berwarna hitam miliknya. Lalu masuk ke dalam kereta tersebut.

Enjin dihidupkan  lalu memulakan Perjalanannya balik ke rumah. Sebelum balik ke rumah Farel sempat singgah ke Masjid untuk menunaikan solat fardu Maghrib, memandangkan waktu Maghrib sudah masuk.

Selesai sahaja solat Maghrib Farel duduk dahulu mendengar apa yang mahu disampaikan pada jemaah yang datang ke masjid itu.

Habisnya ceramah, Waktu Isyak juga masuk. Para jemaah di masjid itu mengajak Farel menunaikan solat Isyak berjemaah.

Solat Isyak itu diimamkan oleh Farel sendiri memandangkan Imam di Masjid itu secara tidak sengaja ada Hal Kecemasan yang membuatkan Imam terpaksa balik ke rumahnya.

Disisi yang lain Haura turut datang ke Masjid Al-Mustaqim untuk berjemaah memandangkan Masjid Al-Mustaqim berhampiran dengan tempat tinggal Haura dan Ain.

Selama ini dia datang ke masjid Al-Mustaqim bersama dengan Ain tetapi disebabkan Ain tidak boleh solat dia perlu datang seorang diri.

Sesampai sahaja Haura di masjid, jemaah wanita mengajak Haura merapatkan saff memandangkan Imam sudah mengangkat takbir.

Semua jemaah di surau menunaikan solat Isyak yang diimamkan oleh Jejaka itu.

Surah Al-Fatihah yang dibaca oleh Farel sangat menyentuh hati para jemaah surau.

Selesai sahaja mereka menunaikan solat fardu isyak, Farel membaca doa manakala para jemaah menadah tangan untuk mengamiinkan
doa.

Di ruang solat wanita//

Haura sedang melipat kain telekungnya dan menyimpan kain telekung di dalam bag yang dibawa.

Setelah itu, Haura menyarungkan tudung shawl di atas kepalanya. Haura hanya memakai baju t-shirt berlengan panjang dan seluar trek.

Apabila sudah menyedari waktu sudah mahu menunjukkan pukul 9:30 malam Haura meminta izin untuk balik ke rumah.

Dalam perjalanan mahu keluar dari Masjid Haura terlanggar dinding keras. Dan macam manalah dinding boleh ada dekat sini.

Dia panggung kepala dan terlihat  jelas seorang jejaka yang bermata hazel. Secara automatik haura teringat pada jejaka itu sombong itu.

Dan itu memang dia.

Apabila masing-masing hanya senyap, Farel memutuskan untuk balik ke rumah. Belum sempat Farel mengatur langkah, ada seseorang memanggil namanya.

"Farel!" Jerit seorang lelaki yang berusia.

Farel yang mendengar namanya di panggil terus menoleh ke belakang.

Lelaki yang berusia itu menghampiri Farel lalu menyerahkan sesuatu.

"Ni ada lebih bubur jagung. Ambillah." Dia senyum ikhlas.

"Terima Kasih." Balas Farel bersama senyuman manis.

Pak Cik itu tersenyum lalu menoleh pada Haura yang hanya diam dari tadi.

"Eh Haura belum balik?" Tanya Pak Cik tersebut.

Haura terus tersedar dari lamunannya.

"Ni baru nak balik."

"Hati-hati jalan tu. Takut ada budak-budak nakal kacau." Pesannya. Haura mengangguk.

Walupun meremang bulu romanya saat menghadam kenyataan tersebut. Takut pisang berbuah dua kali. Harap-harap tiada yang pelik berlaku.


"Saya balik dulu."

Farel menghidupkan enjen kereta mewahnya. Dia mengikuti Haura pulang ke rumah. Mahu menjaga keselamatan gadis itu.

Selepas apa yang terjadi beberapa hari yang lepas, mana mungkin dia biarkan gadis itu berjalan seorang diri. Walaupun gadis itu tidak menyedari kehadirannya. Tidak mengapa.

Haura masuk ke dalam pagar rumah sewanya. Nafas dihembus lega. Dia selamat. Nasib baik tak ada budak nakal yang kacau.

Terus dia masuk ke dalam rumah.

Farel yang berada di luar tersenyum tipis. Gadis itu sudah selamat sampai di rumahnya.

Teringat tentang kelakuannya yang mengikuti gadis itu sampai ke rumah, Farel meraup kasar rambutnya

"Apa yang kau cuba buat ni Farel." Gumamnya.

" Gumamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now