Tapi sangkaannya meleset saat ada sekumpulan lelaki yang memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Persoalannya sekarang ni, mata lelaki itu menuju pada badannya.

Haura menundukkan kepalanya memandang ke arah mata lelaki itu tuju.
Berkerut keningnya. Lelaki itu memandang ke arah bahunya yang terdedah.

Mana taknya dia memakai dress berbunga-bunga paras lutut.

Dan tanpa dia sedar, sekumpulan lelaki itu sudah berdiri tepat dihadapannya.

"Tengok apa tu cik adik?" Lelaki pertama menjilat bibir bawahnya.

Baru sahaja Haura mahu meminta tolong, lelaki kedua datang menekup mulut Haura kasar. Sakit.

Datang pula lelaki ketiga memegang tangan Haura tidak mahu lepas. Dia yakin sekarang tangannya sudah pasti merah. Saat dia mahu melepaskan pegangan tangan lelaki itu, dia gagal melakukannya.

Pegangannya terlalu kuat.

Datang pula lelaki keempat naikkan tangannya mahu mengoyak baju Haura. Haura terus menghalangnya. Tidak mahu.

Lelaki keempat terus bengang dengan Haura kerana menghalangnya terus dia menampar wajah Haura tanpa rasa bersalah sedikit pun

PANG

PANG

PANG

Efeknya kuat yang menyebabkan hujung bibirnya berdarah.

Sekali lagi Haura cuba untuk melepaskan diri tetapi salah satu dari mereka bertindak untuk menarik baju Haura di bahagian dada.

Yang menyebabkan dada Haura hampir ternampak jelas. Mereka sekali lagi tersenyum nakal. Tidak sabar mahu menerkam mangsanya.

Haura memejam matanya. Berhenti melawan.

Saat Haura merasa pegangan lelaki itu kian longgar, dia mengambil peluang untuk  berlari sepuas hati meninggalkan kawasan lorong gelap tersebut.

Dia lari tanpa arah tuju yang menyebabkan dia secara tidak sengaja melanggar tubuh seseorang dan  tanpa segan peluk kemas leher lelaki itu.

Air mata yang tidak henti berjuraian keluar langsung tidak dipeduli. Apa yang dia fikir sekarang adalah dia takut.

"Woi! Lepas perempuan tu! Dia kitaorang punya! Kalau kau nak lepas nilah!" Laung salah satu dari sekumpulan lelaki miang tadi.

Farel mengerutkan keningnya tidak suka saat Haura memeluknya. Dia terus mahu menolak tubuh Haura menjauhinya tapi gagal.

Ya gagal saat Haura memeluknya terlalu kemas tidak mahu lepas.

Farel mengeluh lemah. Tak ada guna dah nak bersikeras melepaskan diri, wanita ini memeluknya terlalu erat. Memang tidak mahu lepas.

Farel pandang Nazryl. Isyarat mata diberi. Nazryl terus melakukan kerjanya.

Sekelip mata sekumpulan lelaki tadi hilang dari pandangan.

"Mereka dah pergi." Farel bersuara.

Perlahan-lahan Haura melepaskan menjauhkan dirinya dari Farel. Haura memandang Farel. Farel pandang Haura. Mata Farel turun pandang baju Haura yang terdedah.

Lantas Farel tutup matanya.

"Allahuakbar."

Haura terus menutup bahagian dadanya yang terdedah dengan tangannya.

Farel melihat ke arah lain. Coat yang ada ditangannya diberi pada Haura untuk menutup aurat Haura yang terdedah.

"Tutup aurat tu." Farel langsung tidak memandang Haura. Matanya melihat ke arah langit.

Haura terus menyambutnya. Rasa malu mula menguasai diri.

"Naz, kau hantar dia. Aku nak balik." Farel pergi tinggalkan Nazryl dan Haura.

Jika tentang wanita, itu bukanlah urusannya melainkan wanita itu adalah ibunya atau isteri.

Selain dari itu, dia akan menyerahkannya pada Nazryl.

Selain dari itu, dia akan menyerahkannya pada Nazryl

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
His Precious WifeWhere stories live. Discover now