BAB 1

122 3 0
                                        

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Rakyat dinasihati untuk tidak merentas negeri dan berada di rumah. Jaga SOP untuk menghalang penularan virus Covid19. Premis perniagaan ditutup kecuali sektor-sektor penting.

"Ya, umi. Em balik," jawab Emily yang kelam kabut mengemas apa yang patut.

Ketua syarikatnya bekerja telah memberitahu bahawa mereka terpaksa bekerja dari rumah bermula dari tarikh yang telah ditetapkan. Emily dan rakan-rakan sekerja sudah siap sedia dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk bekerja dari rumah.

"Lusa."

Beberapa buah fail dimasukkan ke dalam kotak yang akan dibawa pulang. Semua orang kalut. Bos pening memikirkan akan keupayaan syarikat untuk terus terapung dalam keadaan ekonomi sekarang. Ini bukan kali pertama kawalan pergerakan seperti ini dilakukan. Ia disambung dan disambung, kerana bilangan kes masih lagi tinggi.

Emily pula sudah rindukan anak-anaknya. Mereka ditinggalkan di kampung bersama dengan ibu dan bapa mentuanya sewaktu cuti sekolah tempoh hari. Apabila dia pulang ke Kuala Lumpur, anak-anak ditinggalkan di sana buat seketika.

Kali ini, dia ingin membawa anak-anaknya pulang ke rumahnya di Setiawangsa kerana dia sudah tidak dapat menanggung rindu. Lagipun, anak-anak akan memulakan sesi persekolahan secara atas talian atau PdPR. Takkanlah dia ingin membiarkan ibu dan bapa mentuanya memantau urusan pembelajaran secara PdPR? Manalah mereka tahu? Hendak tak hendak, dia terpaksa pulang juga.

"Malam nanti Em call lagi umi."

Pangillan telefon dihentikan apabila dia mendengar Encik Hazim, Ketua Jabatan memanggil.

"Em!"

"Jap bos!"

Sebatang pen dan buku catatan diambil dan dia terus berlari ke dalam bilik mesyuarat. Mesyuarat tergempar terpaksa diadakan ekoran pengumuman yang tiba-tiba.

***

Tatkala memasuki lorong ke arah rumah mentuanya, hatinya sudah lega. Dalam beberapa minit lagi, dia akan dapat peluk dan cium Khairyn dan Khaleef, permata hatinya. Nampak sahaja bumbung berwarna biru dari jauh, hati sudah bernyanyi riang. Emily sudah tidak dapat sabar untuk sampai di rumah mentuanya.

Dua ratus meter sahaja lagi. Bisik hatinya girang. Kereta membelok ke dalam pekarangan rumah banglo dua tingkat yang terletak di tengah-tengah sawah padi. Rumah itu sangat besar untuk keluarga kecil Haji Kamil.

Umi dan abah hanya mempunyai dua orang anak. Semuanya lelaki. Vila itu sebahagiannya dibina oleh arwah suaminya untuk umi dan abah. Mereka sempat tinggal di situ beberapa tahun sewaktu Khairyn dan Khaleef masih kecil. Waktu itu, suaminya selalu ke offshore dan Emily mengambil keputusan untuk tinggal di rumah bersama anak-anak.

Sebaik sahaja kereta membelok masuk, kakinya secara automatik menekan pedal brek. Sebuah Ford Mustang berwarna hitam telah menarik perhatiannya. Dalam tidak sedar, jantungnya mula berdenyut tidak menentu.

Emily pegang jantung dan berpesan kepada dirinya supaya bertenang. Dengan perlahan-lahan kereta diberhentikan di sebelah Si Mustang. Dia duduk diam di situ buat seketika. Keterujaannya untuk melihat anak-anak sudah dilupakan. Dia hanya nampak satu bayangan.

"Hello!"

Satu suara garau menyambut kedatangannya. Terkejut, Emily menoleh ke arah suara. Jantungnya bergegar.

Pintu kereta bahagian pemandu terbuka luas. Wajah Joe terpampan jelas di matanya kerana lelaki itu sedang mengintai ke dalam kereta. Mata lelaki itu tajam menyelam ke dalam anak matanya dengan satu senyuman yang hampir tidak kelihatan. Tangannya bersahaja direhatkan di atas bingkai pintu kereta, tubuhnya dibongkokkan.

LOCKDOWN WITH BAD BOYWhere stories live. Discover now