♔ 𝐓𝐄𝐀𝐒𝐄𝐑 4 ♔

103 4 0
                                    

   Aku memegang kepala aku yang terasa berpusing. Wajahku mencuka habis. Farael yang sedang ketawa di sebelah direnung tajam olehku.

   "Seronok gelakkan orang?" sindirku geram. Farael masih ketawa namun masih dapat dikawal.

   "Awak ingat kelakar ke? Kalau saya pengsan nanti macam mana? Eee, awak ni teruk tahu!"

   Sakit hati aku. Ada ke patut dia paksa aku naik buai yang berpusing seperti mahu melambungkan orang tu? Betapa mahu gugur jantungku tadi apabila tubuhku dilambung tinggi. Sudahlah diri ini ringan sahaja. Kalau tercampak tu? Mahu ke menara Eiffel perginya.

   "Kalau awak pengsan, saya tolong sambutkan. Jangan risau," balasnya bersahaja.

   Pantas aku menghadiahkan jelingan maut kepadanya. Dia pula tersengih nakal. Aku terus berpaling dari memandangnya. Air tin yang dibeli Farael tadi, diteguk rakus. Haus!

   "Hah, Ayra! Sini ikut saya," tiba-tiba Farael mengheret aku ke satu arah.

   Aku yang belum menstabilkan diri itu hampir tersembam. Aku mendengus kasar.

   "Apa awak nak buat ni?" soalku seolah-olah membentak. Marahku padanya masih belum surut lagi.

   Dia sengih. Booth yang menyediakan permainan menembak tin kosong itu ditunjuknya. Kening sebelahku terangkat.

   "Untuk nak pujuk awak, saya cuba dapatkan patung tu untuk awak. Nak tak?"

   "Awak ingat saya ni budak kecil ke?" soalku menyampah.

   "At least I tried to comfort you, you know?"

   Aku diam seribu bahasa. Nak tak nak , aku terpaksa menurut. Kami menghampiri booth tersebut. Farael berkata sesuatu dalam bahasa Perancis kepada tuan kedai. Aku yang tak berapa faham hanya jadi pemerhati. Aku belum mahir dalam bahasa Perancis. Hanya perkataan yang basic sahaja yang aku tahu.

   "Alright, let's do this! Watch this Ayra."

   Segaris senyuman senget terukir di bibirnya. Aku hanya memerhati dia yang sudah siap memegang senapang mainan itu. Wajahnya automatik bertukar serius. Pandangannya tajam merenung sasaran. Jika diikutkan syarat permainan, jika pemain berjaya menumbangkan lima tin kosong itu, hadiahnya ialah anak patung sederhana besar yang sedang tergantung elok di sekeliling kedainya.

   Setelah lama Farael menyepi, tembakan pertama dilepaskan dan peluru itu berjaya menumbangkan satu tin kosong. Aku bersorak riang melihatnya.

   Beberapa tembakan lagi dilepaskan. Dan setiap tembakannya itu tepat mengena sasaran. Aku terlopong. Bapak giler pro buaya Paris ni! Macam mana dia boleh tembak sampai kena sasaran sedangkan jarak antara setiap satu tin itu jauh-jauh. Aku tak dapat menyembunyikan riaksi kagumku. Tepukan gemuruh diberikan kepadanya apabila dia berjaya menembak lebih daripda lima tin kosong. Bukan aku sahaja yang beri tepukan, malah orang-orang yang berada di situ juga turut berikan tepukan.

   Pekerja itu menghulurkan kepada Farael anak patung yang sederhana besar itu. Kemudian patung gebu itu diserahkan kepadaku. Aku dengan perasaan teruja menyambut patung gebu itu. Bibirku tak lekang dari senyuman melebar.

   "Dah terpujuk ke belum?" soalnya lembut.

   Aku tersengih. Laju kepalaku mengangguk. "Terima kasih."

   Farael membalas senyumanku dengan kenyitan mata. "Anything for you ma belle."





Destiny [Cerpen]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon