37;

647 30 1
                                    

Dan..

Dia melihat ada seorang wanita sedang duduk di atas paha suaminya itu.

" ASTAGHFIRULLAHALAZIM, awak! apa awak buat ni ? " Ujar Afea terkejut dengan perbuatan Hariz itu .

" Apa ? Sakit hati hmm? " Ujar Hariz tiada rasa bersalah dihatinya

" sanggup awak buat saya macam ni kan , apa saya dah buat sampai awak buat macam ni kat saya ? " Soal Afea yang berusaha menahan tangisnya itu . Dan lebih mengejutkan lagi wanita yang ada di paha Hariz itu ialah Asyira yang dulu juga menaruh hati pada Hariz dan sekarang dia melihat wanita itu duduk dipaha suaminya secara terang-terangan.

" Eh betina , kau tak payah berlagak tak tahu lah sial , kau ingat aku tak tahu ke kau curang dengan lelaki lain belakang aku , berlagak suci konon , padahal belakang aku kemain kau " kata Hariz padahal dia tidak tahu gambar yang diberi kepadanya itu adalah hasil editan .

" SEJAK BILA SAYA CURANG DEKAT BELAKANG AWAK , SATU YANG AWAK KENA TAHU EH SEJAHAT-JAHATNYA SAYA , SAYA TAK PERNAH CURANG BELAKANG AWAK TAU , KALAU BETUL PUN SAYA CURANG AWAK ADA BUKTI KE ? " Jawab Afea sudah menitiskan airmatanya.

Hariz yang mendengar hal itu berasa marah , lalu mengeluarkan sampul surat yang berisi gambar Afea dan seorang lelaki terlihat mesra , dan kejadian yang sama berlaku kepada Afea .

Afea terus membuka sampul surat itu dan alangkah terkejutnya dia bahawa itu gambarnya dengan seorang lelaki yang dia tidak kenal langsung kelihatan begitu mesra .

" Sumpah ini bukan saya awak ! Saya tak curang belakang awak , demi Allah " ujar Afea bekal yang tadi dia bawa sudah dia letakkan di atas meja kerja Hariz .

" Eh kau tak payah nak tipu aku lah , dasar betina sundal , dah salah taknak mengaku , kau balik lah sial , aku serabut lah tengok muka kau kat sini " ujar Hariz sudah terlepas cakap . Dia tidak sedar terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya .

Afea yang mendengar itu terus berkata " saya niat baik datang sini kononnya nak ajak awak makan ,tapi alih-alih saya datang sini , saya yang dapat suprise, tahniah Hariz awak dah berjaya buat hati saya hancur , saya harap awak bahagia dengan perempuan ni , kalau awak nak kahwin dengan dia , saya sangat restu tapi dengan syarat saya nak awak lepaskan saya terlebih dahulu " ujar Afea , hatinya sangat hancur melihat orang yang dia cintai , sanjungi dan sayangi curang dihadapan matanya sendiri .

" Mungkin ini silap saya , tapi percayalah sepanjang kita hidup bersama , saya tak pernah menyesal kenal awak , tapi pada detik ni seorang Hariz Naufal dah hancurkan hati saya , depan mata saya pula tu " ujar Afea dengan tangisan yang semakin deras keluar daripada matanya .

" Assalamualaikum, saya pergi dulu makanan ni awak ambil je lah " belum sempat dia keluar daripada bilik Hariz , Hariz sudah bersuara

" Kau bawa je makanan kau ni balik , aku takde selera nak makan makanan dari air tangan kau " ujar Hariz

Afea terus membawa makanan itu keluar . " Awak ambil lah makanan ni , ajak je sesiapa makan , niat saya datang sini nak bawa husband makan sama-sama , tapi tulah saya pula dapat suprise dari husband , hahaha " ujar Afea diiringi dengan ketawa yang dipaksa . Dia memberikan makanan itu kepada setiausaha Hariz

Setiausaha yang melihat isteri kepada bossnya itu menangis langsung membawa Afea ke pantry dan bertanya " eh , puan okay ke , saya faham perasaan puan, saya tahu benda ni susah nak hadam , tapi percayalah satu hari nanti Allah akan buktikan yang puan tak salah" ujar Dania setiausaha Hariz

" Entah lah Nia , saya rasa macam saya ni takde harga diri langsung , awak rasa patut ke akak minta dia lepaskan akak , atau sebaliknya ?" Tanya Afea mengelarkan dirinya sebagai "akak" kerana Dania muda dua tahun dari dia dia berumur 20 dan Afea berumur 23 tahun .

𝐂𝐑𝐔𝐒𝐇 𝐀𝐊𝐔 , 𝐖𝐈𝐅𝐄 𝐀𝐊𝐔 [𝐂] ✔Where stories live. Discover now