"Morning."
Loceng pintu belakang rumahku berbunyi. Tanganku yang tadi memanjang mahu mendapatkan salad segar jeda di hadapan wajah papa.
Oh, no. No. Please don't be him!
Nafas aku berubah panas. Aku kedip mata dan telinga aku cuba menangkap setiap langkah yang aku dengar semakin dekat.
Dia ke? Oh my God, tolonglah jangan.
Tubuh yang aku kenal sangat itu berlalu melepasi kami di meja makan. Dia bergerak lebih dalam ke dapur dan tunduk membuka pintu peti sejuk.
Ketiga-tiga tetamu aku berpaling ke belakang dan dengan serentak kembali memandang aku memakai bermacam reaksi. Mama mengangkat kening. Dahi papa mengecut meminta jawapan. Adik pula menahan senyum.
'Is that him?' soal adik tanpa mengeluarkan suara.
Budak ni.
'Shut up.' Balasku, menjemput tawa halus daripada adik.
Kurang ajar.
"Siapa tu?" mama berbisik dengan isyarat mata.
Aku telan liur dan otak bodohku mengambil alih pertanyaan itu. "Uh... jiran?"
'Jiran?' adik mengusikku lagi.
Aku mengerling adik dan dia tertawa lagi. 'Kakak. Kakak dah nak menopos, tak nak settle down lagi ke?'
Aku ketap gigi.
Jiranku itu menutup pintu peti sejuk dengan setin air Redbull di tangan. Dia berpusing dan sederas itu juga darahku panasku kembali ke muka.
'Oh please don't come near. Please just go. Just go Iskandar.' Aku merayu di dalam hati dan waktu itu aku lihat kening Iskandar mengerut dan mata kami bersabung. Mata dia mengerdip aneh dan dia memandang sekeliling dapur seolah-olah mencari sesuatu.
'The fuck?'
Iskandar menggaru kepala dan berjalan selamba mendekati kami.
'Bodoh!'
Adik tertawa. Langkah Iskandar terhenti dan riak anehnya tadi kembali lagi.
"Kakak?" panggil papa meminta penjelasan. Aku memandang papa dan si Iskandar bodoh itu tiba di meja. Oh, please...
"Hai uncle, auntie. Good morning." Iskandar meletakkan beg galasnya di atas meja dan mengeluarkan sebuah bekas makanan. Sandwich yang aku telah siap hidangkan di atas pinggan diambil lelaki itu dan disusun masuk ke dalam bekasnya.
'Uih, looking so nice.'
Kaki adik menendang lututku.
Dan pada saat itu aku tersedar tentang sesuatu.
***
Hai. Ni teaser yeeee. Akan diupdate bila author free hehe.
Genre lain sikit kali ni tapi still romance
Author tengah cuba untuk kumpulkan balik semangat untuk menulis tu.
Sementara tu korang boleh la repeat baca story author yang lain.
YOU ARE READING
Listen (Dengar)
General Fiction'Can your hear me?' Iskandar memandangku. "I'm listening. Always." Mula: 4 September 2022
