BAB 1

22 1 0
                                        

Another Chances 🎧

I am sorry,
For hurting you,
I am sorry,
For breaking your heart,
Even I am the only one,
Who got the bruises.

Give me another chances,
....

Lagu ini aku amati. Sungguh mendalam makna sebalik penciptaannya, seakan aku pula yang berada dalam situasi itu. Dunia ini seakan aku dan dia sahaja berbicara. Entah mengapa, setiap satu lagu yang dihasilkannya membuatkan hati ini turut merasa hal yang sama. Sakit kerana cinta. Padahal diri ini tidak pernah dimiliki, tetapi seolah-olah diri ini yang dilukai.

Headphone yang menjadi saluran lagu indah yang setia menyapa telinga, aku letak tepi. Laptop didepan mata, aku buka. Mencari tempat untuk aku bermadah bicara. Semestinya di laman blog yang aku cipta dari aku berumur 18 tahun sehingga sekarang, hampir tujuh tahun lamanya. "MRS TO MR. SECRET", why not? hshs

Sejak aku berumur 18 tahun, aku jalani kehidupan dengan setiap lagu yang dihasilkan oleh Mr. Secret. Senang cerita, aku suka setiap lagu ciptaannya. Dari lagu "The Break-up" sehinggalah "Another Chances", kesemuanya berada dalam minda aku. Playlist setiap hari gitu. Aku hanyalah salah seorang fans kepada seorang pencipta lagu yang penuh misteri. Mana taknya, dah berpuluh media cuba cari tentang Mr. Secret tapi satu pun tak jumpa. Macam Mr. Secret tak wujud langsung, betul-betul secret.

Bagi aku, siapa pun Mr. Secret itu tak penting. Perwatakannya yang misteri itulah yang buatkan aku jatuh suka. Hampa sikit tu ada la, tapi lagu yang di release setiap tahun dan tak pernah miss buat hati aku gembira. Seolah-olah satu signal bahawa dia baik-baik saja.

Oh, ya! Nama aku Bunga, Bunga Roselina.

Blog aku buka, tajuk hari ini "Another Chances". Setiap rasa mengenai lagu baru Mr. Secret aku coretkan di ruangan ini dari isi hati sehinggalah kata-kata indah buat Mr. Secret. Walaupun aku tahu, Mr. Secret pandang sipi je blog aku ni huhu. Semuanya bagi berkongsi rasa dengan peminat Mr. Secret yang lain. Bukan aku je yang suka dia, satu Malaysia haa! Ada yang suka ada yang sebaliknya, itulah kehidupan.

Sedang asyik jemari ini menari-nari di atas keyboard yang mencoretkan satu persatu rasa hati, deringan telefon tiba-tiba menjengah. Serta-merta jari ini menukar arah. Paparan skrin telefon menunjukkan nombor yang tak pernah wujud dalam koleksi kenalan aku. Siapa? Jari laju meluncur ke arah kanan setelah deringan sudah masuk kali ketiga. Santai, kalau scammer kita Ruqiah dia.

"Helo, Assalamualaikum?"

"Helo, salam sejahtera. Ini cik Bunga Roselina binti Ahmad Munir ke?"

Sah, scammer!

"Iya, saya. Ni siapa ya? Scammer ke? Apa lagi yang nak ditipu kali ni? Tak puas lagi ke kena Ruqiah dengan saya bulan lepas? Tolonglah, cari pekerjaan yang elok sikit, jangan nak gula-gula kan orang guna cara ni, tak baik..."

"Ehem, cik Bunga Roselina. Saya rasa cik dah salah faham. Saya Ryan, HR dari syarikat S&B Holdings. Cik pernah interview dengan syarikat kami kan?"

Aku tersedak. Kau pun satu Bunga, melulu judge orang. Kang dah malu, apa malang sangat hidup kau ni!

"ha..ah saya."

Kau malu atau tak, still kau kena jawab soalan yang diajukan..

"Tahniah, cik Bunga Roselina! Cik dipilih sebagai pembantu peribadi di syarikat kami. Jika tiada apa-apa masalah, cik boleh lapor diri di syarikat kami pada esok hari."

MR. SECRETWhere stories live. Discover now