Syarifah Andra menganggukkan kepala lantas beredar dari situ.

Apabila Elvina turun ke tingkat bawah, Eusoff, Eemir, Syarifah Andra dan Syed Fawwaz sudah pun berada di meja makan. Mereka semua menantinya untuk menikmati makan malam.

"Ha, turun pun anak daddy. Kesian Eemir dah lapar," kata Syed Fawwaz.

"Eemir," jerit Elvina girang lantas dia mengatur langkah ke arah Eemir yang sedang duduk di atas riba Eusoff.

"Mama." Eemir turut berasa teruja. Dia turun dari paha Eusoff lantas mendekati Elvina. Elvina mendukung Eemir lalu dicium segenap wajah Eemir.

"Eemir windu mama..."

"Mama rindukan Eemir juga." Dicubit pipi Eemir kerana geram akan anak kecil itu. Sudah seminggu lamanya dia tidak bertemu dengan Eemir.

Ya, panggilan kakak cantik sudah pun bertukar menjadi mama. Eemir sendiri melakukan perkara itu tanpa disuruh oleh sesiapa.

"Jom kita makan. Mama dah lapar ni. Eemir lapar?" soal Elvina kepada Eemir.

"Apar..." Eemir mengerdipkan matanya sambil menggosok-gosok perutnya. Eh, geramnya. Comel betul!

"Mama suapkan nak tak?" Elvina cuba memancing Eemir.

"Nak! Nak!" ujar Eemir teruja.

Mereka mengambil tempat di sebelah Eusoff. Sedikit pun Elvina tidak memandang Eusoff. Perhatian sepenuhnya tertumpu pada Eemir.

Syarifah Andra dan Syed Fawwaz tersenyum melihat kemesraan antara Eemir dan Elvina. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu risau akan penerimaan Eemir terhadap Elvina.

Usai doa dibacakan oleh Eemir, mereka menjamu selera. Hari ini Syarifah Andra masak spesial, nasi Arab lauk kambing. Macam tahu-tahu je Eusoff nak datang.

"Manja betul Eemir dengan anak kita, kan bang?" Syarifah Andra memandang suaminya.

"Itulah. Seronok saya tengok budak-budak ni."

"Manja Eemir tu, mami, daddy. Bila ada Hani, langsung dia tak pandang papa dia ni dah." Eusoff bersuara.

"Eloklah macam tu, Eusoff. Tak adalah kamu pening kepala nanti." Syed Fawwaz menyambut kata-kata Eusoff. Pada awalnya, Syed Fawwaz risau juga akan Elvina. Bolehkah Elvina mengurus dan melayan Eemir sedangkan dia sendiri tak pernah ada adik apatah lagi anak. Tapi melihat hubungan erat antara Elvina dan Eemir, segala kerisauan diusir pergi.

"Eemir ayang mama. Eemir ayang papa juga." Kata-kata Eemir mengundang senyuman mereka yang berada di situ.

"Nenda dengan atuk? Eemir tak sayang ke?" Syarifah Andra menarik muncung.

"Eemir ayang nenda ngan atuk juga," kata Eemir dengan mulut yang penuh dengan nasi. Elvina mengelap sisa-sisa makanan yang ada di tepi bibir Eemir. Comot betul.

"Nenda dengan atuk pun sayang sangat dekat Eemir," sampuk Syed Fawwaz.

"Yeay!" Eemir menepuk-nepuk tangannya kerana suka. Dia suka datang ke rumah Elvina kerana dia berasa disayangi. Di rumah tok umi pun dia turut merasakan benda sama.

"Saya sayang Hani saya juga," bisik Eusoff perlahan, hanya boleh didengari oleh Elvina seorang.

Elvina tidak membalas apa-apa dan terus menyuap nasi ke dalam mulut Eemir.




SELESAI menjamu selera, Eusoff dan Elvina duduk di kerusi yang terletak di tepi kolam renang. Syed Fawwaz dan Syarifah Andra mengajak Eemir untuk menonton televisyen bersama mereka untuk memberikan ruang kepada Eusoff dan Elvina berbicara dari hati ke hati.

HER EUSOFF (TERBIT: EBOOK)Where stories live. Discover now