Nafas aku jadi sesak.

No... aku masih perlukan Fakeeh.

"Ara!"

Bagai petir menyambar aku terlihat bayangan Fakeeh mengesot ke arah aku dengan tubuh tak terdaya dan penuh lelehan darah likat. Bibir itu memanggil-manggil aku. Mata lelaki itu kuyu hingga di depanku, dia rebah dan tak bergerak.

Wajahku pucat.

"Jangan!" Aku pegang kepala. Kaki mengundurkan diri, menjauhi mangsa.

"Ara! What is wrong with her?"

"Shh! Just focus on him!"

Dada aku sesak. Nama aku bagaikan dilaung-laung tanpa jemu memaksa hujung mata merintih pedih. Air mata mula tumpah.

"No no... Fakeeh... jangan mati..." Aku sudah terduduk di sudut hujung dewan. Dada berombak kasar.

"Wahai Fakeeh Al-Attar bin Marwah Suffiyah."

Nyawa aku rasa nak putus saat bayangan Fakeeh mula dikafankan dan disolatkan.

"Ingatlah wahai Fakeeh Al-Attar bin Marwah Suffiyah. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut."

Si dia mula ditimbusi tanah. Hujan mula renyai-renyai ibarat menghayati suasana pilu di tanah perkuburan itu.

Dan aku... bagaikan jauh sekali dari tanah itu.

Kenapa?

Fakeeh, itu bukan awakkan?

Awakkan akan kembali pada saya, kan?

Rasa berdenyut mula mencengkam kepala. Makin lama makin kuat di saat bayangan yang sama berputar ibarat kaset rosak. Makin lama makin laju bayangannya. Wajah Fakeeh yang pucat, tidak bernafas.

Wajah Fakeeh yang semakin lama hilang di balik kayu yang dilapik. Ghaib dek tanah kembali ditimbus.

Fakeeh...

"Argh!"

Pengsan.

.

.

"ARA kena jaga makan, jaga emosi. Tak boleh nak tertekan sangat."

Aku menunduk. Bonda setia menyua bubur kepada aku. Aku menggeleng.

"Ara puasa." Aku beralasan.

"Ara tak sihat dan Ara masih nak puasa? Kesiankanlah anak tu. Sahur tadi pun Ara tak makan banyak."

Jemari aku melekap pada perut kempisku.

Anak...

Aku hamil.

Di saat Fakeeh di sana mempertaruhkan nyawanya.

Aku tak kuat.

Sekelip mata air mata tumpah. Terhinggut-hinggut bahu diikuti sedu.

"Ya Allah Ara... Jangan macam ni. Tak elok kalau Ara stres sangat waktu mengandung ni. Effect pada kandungan Ara nanti." tegur bonda. Dia letakkan mangkuk ke sisi lalu bahu aku dipagut.

"Ara fikir apa?"

Aku menggeleng. Bonda takkan faham. Bonda hanya mahu tahu tentang Faharin aje, bukan aku. Hanya Fakeeh saja kisahkan aku.

"Ayahanda mana?" Aku kuatkan hati untuk tidak menangis biarpun hati ini mudah sangat rapuh.

"Dekat bilik dialah. Ara cari dia?" Suara bonda terselit nada kurang puas hati. Namun aku malas nak fikir.

The Broken Vow ✓Where stories live. Discover now