Bab 1: Bertanggungjawab

314 0 0
                                    

"Khairi! Apa ni pegang-pegang saya. Tak elok lah orang tengok. Lepas!" Amal meronta-ronta untuk melepaskan diri daripada cengkaman tangan Khari.

"Betul ke orang cakap yang engkau ada hubungan dengan Taufik?" Khairi tidak pedulikan rontaan Amal lagi cengkaman kuat lengan kanan Amal.

"Peduli pulak awak dengan cakap orang. Tak, sekarang ni lepaskan tangan saya. Sakitlah, Khari." Makin kuat Amal melawan untuk lepaskan diri.

"Woi!"

Tersentak kedua-dua manusia yang dalam konflik itu dengan sergahan dari arah belakang mereka.

Bersinar mata Amal melihat Ikhwan yang berjalan ke arah mereka.

"Apa ni Bro. Kasar dengan perempuan." Terlepas cengkaman Khairi daripada lengan Amal apabila direntap sekali sahaja oleh Ikhwan.

Amal terus berselindung disebalik tubuh sasa Ikhwan. Tacodd...

"Tak malu ke datang rumah orang buat kecoh. Malulah sikit nak gaduh dengan perempuan. Jiran tengok, apa pulak kata dia orang nanti." Ikhwan terus menyembur pada Khairi yang terkulat-kulat memegang tangan yang direntap dia tadi. Tau sakit.

"Kau sapa? Jangan nak sibuk hal aku dengan Amal." Khairi berang orang masuk campur urusannya dengan Amal.

"Aku..." Belum sempat Ikhwan menjwab soalan Khairi, dia merasakan tangan kirinya dipeluk kemas oleh Amal. Ehh..

"Dia tunang saya. Lepas ni awak tak perlu ganggun saya lagi sebab tak lama lagi saya nak jadi isteri orang."

Amal rasa macam nak rebah apabila lancar mulutnya mengaku nak jadi isteri orang. Lengan Ikhwan dia peluk kemas. Nasiblah laki ini masih kemas pakai kemeja kerjanya yang berlengan panjang. Berlapiklah sikit.

Hang sempat lagi Amal, hang dah peluk lengan dia kot. Ayah nampak ni mampus aku. Takpa-takpa, darurat ni!

Ikhwan berdehem kecil dengan pelukkan Amal. Allahuakbar.

"Awak main-main kan Amal? Awak sengajakan nak kenakan saya." Khairi seperti tidak dapat menerima kenyataan Amal.

"Tak Khari. Saya tak main-main. Dan kami akan nikah dalam masa terdekat." Amal melirik matanya pada Ikhwan yang sejak dari tadi menoleh ke arahnya. Tolonglah cover sama. Pleasee..

"Saya tak percaya." Terjatuh bahu Khairi, sambil menggeleng kepala. Lengan Amal dia cuba untuk capai sekali lagi. 

Ikhwan yang sedar akan perbuatan lelaki yang tak keruan itu terus dia halang tubuh Amal dengan badan sasanya.

"Engkau baliklah, Khairi. Amal ni aku punya. Tidak perlu disoal lagi. Dan amaran buat kau. Jangan ganggu lagi bakal isteri aku ni." Tegas nada Ikhwan bersuara.

Allah, Allah. Maafkan aku kerana berbohong demi menyelamatkan maruah perempuan dibelakang aku ini.  Tak putus hatinya berdoa memohon keampunan kerana terjebak dalam penipuan Amal. 

Amal memang dadanya. Terasa lain ye hati ini selepas mendengar pengakuan Ikhwan. Bakal isteri. Walaupun ayat menipu, hatinya berdebar semacam aja.

Khairi seperti orang tidak betul selepas mendengar kata-kata lelaki dihadapannya.  Dia memboloskan diri ke dalam preve putih sebelum kereta itu menderum pergi. 

Sempat lagi, dia melirik kepada pasangan berdiri rapat melalui cermin belakang.  Hatinya luluh.

Amal yang perasan dengan lirikan mata Khairi,  lagi rapat dan kuat dipeluk lengan Ikhwan. Senyuman paling bahagia dia hadiahkan kepada Ikhwan walaupun semua ini dusta. 

"Cepat senyum kat saya. Khairi dok tengok lagi tu." berkerut mulutnya memberi arahan kepada Ikhwan supaya berkerjasama dalam menjayakan lakonan pendek mereka. 

Pelukkan Cinta DiaOnde histórias criam vida. Descubra agora