Mimpi yang indah-indah, ya sa-yang

192 7 8
                                    


     Malam itu, kedengaran bunyi kanak-kanak menjerit. Si ibu bergegas untuk menenangkan buah hatinya. Apabila si ibu gagal untuk menenangkannya, terpaksalah dibawa bayi tersebut tidur bersama.

     Setelah membawa anak kecil itu ke katilnya, untuk ditidurkan, si ayah masih lagi lena, tidak terjaga walaupun si kecil itu masih lagi menangis. Si ibu mendodoikan, menyusukan dan lama-kelamaan si kecil itu tertidur. "Em... Comelnya sayang ibu ni," katanya sambil terukir senyuman dibibir.

     Si ibu perlahan-lahan meletakkan kepalanya ke bantal. Matanya semakin layu, dan terus tidur. Tiba-tiba si ibu terdengar sesuatu, menyebabkan dia terjaga. Lebih menakutkan lagi, suami serta anaknya telah hilang. "Sayang..." telinga si ibu menangkap suara. Matanya menumpu ke arah pintu bilik, terdapat kelibat yang melintas. Perlahan-lahan si ibu menurunkan kaki dari katil. Sangat berhati-hati. Satu langkah demi satu langkah. Kehilangan mengejut serta entiti misteri membuat dia terpaksa beranikan diri. Tidak lupa doa untuk keselamatan anaknya.

     Si ibu merapati pintu, memanjangkan leher, mengintai sesuatu yang berada diluar bilik. Hanya kegelapan memenuhi ruang. "Sayang.." suara itu kedengaran seakan-akan jauh, tetapi jelas seperti dekat. Bulu roma di seluruh tubuh si ibu, ketakutan perlahan-lahan menyelubungi. Merasakan seperti seseorang sedang memerhatikan.

     Dicelah pintu yang terbuka, si ibu cuba menolak pintu, hanya sedikit sahaja terbuka. Sepasang cahaya tiba-tiba menyala dari celah pintu. Si ibu terkejut dan cuba menarik tutup tetapi gagal. Sesuatu yang menahan pintu tersebut dari tertutup. Tiba-tiba pintu itu direntap keluar dari bilik tersebut sehinggakan ansel pintu tertanggal. Si ibu terjatuh, mula mengundur perlahan-lahan, menjauhkan diri dari pintu. Dia membelakangkan dinding.

     Suasana diluar bilik menjadi begitu gelap. Begitu juga dengan suasana luar melalui tingkap. Hanya sepasang cahaya sahaja berada diluar bilik tidur. Satu garisan cahaya muncul dibawah dua cahaya tadi. Kemudian ia mula melebarkan, separti senyman. Ia menghasilkan wajah seseorang sedang senyum. Sebilah pisau terbang, menghinggap ke telinga kiri si ibu. Kemudian, "Sayang...." suara itu berbisik benar-benar dekat, malah suara itu datang dari sebelah kiri. Perlahan-lahan telinga kiri si ibu mula panas. "DARAH!" hanya satu perkataan sahaja yang bergema didalam kepala.

     Di ruang pintu yang telah terbuka luas, sebilah pisau mengenai dada kanan. Tubuhnya benar-benar kaku. Tidak mampu bergerak. Pisau itu bergerak sendiri, ia terus menyusuk masuk ke dalam dadanya. Si ibu menjerit tetapi tiada suara yang keluar. Dia mula merasa panik apabila tubuhnya menerima beberapa tikaman halimunan. Tubuhnya basah hangat kerana darah. Ia tidak mengalir ke bawah, hanya mengalir ke belakang.

     "Sayang... Tidur lah...." kata suara tidak berwajah bergema. Tiba-tiba sebilah pisau muncul di hadapannya. Menikam tepat ke mata kanan dan terus tertusuk masuk. Si ibu cuba mengeluarkan suara, dia yakin pasti ada yang mendengarnya. Apabila suaranya hampir keluar, leher merasa panas, basah, leher si ibu rupanya ditikam. Dia hanya berharap si kecilnya terselamat. Mata kiri si ibu mula layu, tertutup perlahan-lahan dan dunianya terus gelap.

     Mata si ibu mula terbuka apabila cahaya matahari mengusik matanya. Dia bangun mengejut, melihat anak dan suaminya masih lagi tiada, mata si ibu melihat suaminya telah berdiri mengadap tingkap. Namun tiada kelibat anaknya. Wanita itu berkata "Abang, semalam saya ada mimpi yang mengerikan," "Mimpi apa?" tidak menoleh kepada isterinya. Wanita itu menceritakan segala yang berlaku didalam mimpinya. Sesuatu yang aneh baginya, kenapa darah dalam mimpinya tidak menitik ke lantai tetapi meliputi tubuhnya. Selesai bercerita, wanita itu duduk bersandar di kepala katil, sambil menarik nafas selepas mengeluarkan segala yang terjadi.

     "Sayang..." suara itu. Sangat berlainan dari suara suaminya. "Abang, mana Iman?" kata wanita itu kepada suaminya. "Tak tau la, sa-yang.." suara itu sangat berlainan. Suara itu bukan milik suaminya.

     Perlahan-lahan, lelaki dihadapan wanita itu berpaling ke arahnya. Wajah wanita itu mula pucat, terjatuh dari katil kerana terkejut. Ya, lelaki itu tiada mata, hanya lubang gelap pada soket matanya dan juga tiada mulut, kelihatan seperti koyak terbuka. Seakan-akan senyuman. Tiada gigi didalam seperti pada soket matanya.

     "Awak siapa? Kat mana suami dan anak saya?" wanita itu bertanya dengan keras, walaupun nada getar ketakutan. "Sia-pa saya?" kata lelaki yang berwajah aneh. Dia menyentuh dagu dan menarik perlahan-lahan ke bawah. Mulutnya dikoyakkan lagi. Soket matanya juga dilebarkan. Wanita itu semakin cemas. Merasakan kegelapan itu, menghampirinya, menyelubunginya. Tanpa disedari wanita tersebut, dia benar-benar diselubungi kegelapan dalam mata dan mulut lelaki tersebut. "Sa-yang..." suara itu amat jelas dan nyata, wanita berpusing dan berlari dari kawasan tersebut. Suara itu ketawa mengilai, "Tak guna sa-yang lari, sebab semua yang berlaku adalah mimpi!!" mata dan mulut bercahaya muncul secara tiba-tiba dihadapan wanita tersebut. Wanita itu berlari menjerit-jerit meminta pertolongan, "Tak guna sa-yang menjerit," suara itu mula garau sementara mata dan mulut bercahaya itu terbang melayang didalam kegelapan, mengikuti wanita tersebut. "Sebab sa-yang tak akan bangun dari mimpi ini lagi BUAT SELAMA-LAMANYA!!!"

     Di suatu masa dan tempat yang lain, dimana ada seorang remaja mempunyai masalah tidur. "Korang tidur la," katanya kepada rakan-rakannya yang lain. Mereka tidak bangkang mahupun menentang arahannya.

     "A-bang," suara halus memanggilnya. Remaja itu berpusing memandang kearah suara itu. Jauh dari pandangannya ada kelibat kanak-kanak berdiri. Remaja itu bangun. Matanya terbuka luas, terkejut. "Korang semua, bangun! Jangan tidur sekarang!!" remaja itu menjerit. Tiada jawabpan. Remaja itu memandang ke belakang, dimana rakan-rakannya tidur. Tiada sesiapapun yang ada. Hanya seorang kanak-kanak tunduk memandang bumi. Perlahan-lahan, dia mengangkat wajahnya sambil berkata, "A-bang, sa-ya datang nak ambil yang selebihnya," remaja memandang wajah kanak-kanak itu. Hanya lobang hitam dimatanya dan satu senyuman lebar dari telinga ke telinga. "Mak a-bang tunggu kat dalam ni," tangan kanak-kanak mula menarik mulutnya. Remaja itu menegang jari manis. "Diamlah kau setan!!" jerit remaja itu.

     Pipinya terasa seperti ditampar. Dia kembali sedar. Memandang sekelilingnya. "A-bang tertidur tadi," tegur lelaki yang membangunkan dia dari tidur. Mata remaja itu memandang tepat ke arah lelaki tersebut. "Aku dah mimpi ke?" remaja itu memandang tepat ke dalam mata lelaki tersebut. "Ye a-bang dah bermimpi, terus bermimpi sebab a-bang dah pun mati," kata suara itu.

     An-da yang sedang membaca, an-da pasti an-da sudah terjaga atau masih lagi bermimpi? Jika masih lagi bermimpi, tunggulah, sa-ya datang, nak bermain, kalau an-da terjaga selepas itu, sa-ya akan cari an-da sampai kita bertemu lagi dan bermimpi bersama.

CerpenWhere stories live. Discover now