Mungkin saudara nak marah kerajaan mengapa arah tutup masjid. Buat pengetahuan saudara, yang beri arahan tutup masjid ialah Perdana Menteri atas nasihat KKG, kerana wabak ini telah merebak di luar kawalan.

Rasulullah bersabda, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Yang bermaksud: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” 

Kita sedar bahawa masjid adalah tempat ummah berkumpul, akan tetapi wabak yang sedang berleluasa ini memudaratkan lebih ramai orang.

Saya sendiri pun rindu untuk beribadah di masjid, mendengar kuliah atau bertemu dengan para jemaah. Namun kita sedang dalam peperangan dengan virus yang kita tidak dapat lihat ini. Sekarang ini keadaannya darurat.

Kalau tuan rasa penyakit ini adalah ciptaan Illuminati/Freemason/World Economic Forum/CIA/Mossad/dll, biarlah mereka yang menerima akibatnya kelak dari Allah swt.

Saya selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat Gelanggayu agar sentiasa dilindungi dari musibah, dan jika saya berdosa kerana terlibat dalam arahan penutupan masjid ini, saya mohon ampun ke hadrat Allah swt.

Niat saya cuma satu, untuk memastikan COVID-19 ini tidak merebak sehingga menjatuhkan negara kita bersama. - AMN

--

Azlan

Jawapan aku terhadap Mosus Flatearther ni mudah sahaja. Islam ni tak semestinya kena duduk dalam masjid sahaja. Kalau dah wabak merata macam ni, kita tak nak nyawa umat Islam sendiri terancam.

Aku tau, menjawab di ruang Mosus Flatearther ni adalah perbuatan buang masa. Dan aku percaya golongan teori konspirasi ni memang ada yang menempelak aku berdasarkan apa yang aku cakapkan ni.

Agen Illuminati la, vaksin mikrocip la. Eh, aku dah tau pasal virus ni sejak 12 tahun lepas. Masa tu aku dengan Merlina belum kahwin lagi. Aku tau la virus ni kerja siapa, toksah nak palatao sangat.

Sure, aku boleh je minta Fazrul sebagai Menteri Dalam Negeri untuk call SB atau Sayap Hitam, tangkap mamat ni, lepas tu call Facebook Gelanggayu suruh ban page dia ni. Tak ada masalah.

Tapi aku ambik pendirian berhikmah. Aku tau kuasa ni tempting untuk musnahkan pengkritik kau.

Dalam Machiavelli pun ada masa kau kena guna brute force kau, tapi ada masa kau kena let go. Dalam tulisan buku sejarah Rom, Tacitus pun ada cakap tentang pemimpin yang menggunakan kebijaksanaan macam Augustus atau pemimpin yang guna emosi macam Nero.

Aku tak nak jadi macam Nero, mengamuk satu bandar Rom nak dibakarnya.

Ini yang aku ajar pada Mili hari tu. Seorang yang berkuasa macam aku, tak boleh menggunakan kuasa aku sewenang-wenangnya. Macam suka hati aku nak bebaskan mama dia atau nak tangkap orang macam Merlina nak aku buat untuk halang Mosus Flatearther ni.

Mosus Flatearther balas balik komen aku, dia kata bahawa aku ni cuma alat kepada WHO.

Aku cuma reply, "apa kata kita debat live di Facebook Live dan disiarkan di TV?"

Bila aku dah cakap macam tu, tau dia krik-krik, dan kemudiannya delete video tu. Sebab followers aku dah masuk dan start kena kecam.

Aku sebenarnya malas nak layan orang macam Mosus Flatearther ni. Bumi tetaplah akan oblate spheroid, walau macam mana sekalipun manusia nak percaya macam mana bentuknya. Tapi aku nak tunjuk pada Merlina macam mana kuasa digunakan.

Sidang Dewan part 3Where stories live. Discover now