Dia menarik tali beg tangan Alisya sambil kepalanya menyenget sedikit tanda untuk mengikut jejak Aina dan adik lelakinya.

"Oh... Ouh. Jom." Drastik mulut Alisya memberi respons sebagai jawapan atas tindakan jejaka dihadapannya.

***

"Yang awak pergi menangis teruk sangat tadi tu kenapa?"

"Sorry lah. Saya terlebih pula..."

"Hmph. Baguslah. Nanti balik rumah mesti saya kena marah teruk punya." Dia mula meroyan. Kedua matanya ditutup. Tubuhnya disandarkan di badan kereta milik abangnya sambil tangannya masih berada di sisi. Sekarang, rasa takut yang mengambil alih tempat perasaan terujanya sebentar tadi.

"Eh, Aqil!" Dia menoleh. Oh, Aina.

"Awak datang taman ni dengan siapa?" Aina bertanya sambil tangannya mula mencapai lengan Aqil. Lokasi yang mahu dituju dari mula sudah kosong. Buaian tiada orang!

Aqil duduk di atas buaian. "Saya datang seorang. Saya kan kuat! Tak payah nak ada orang tolong temankan." Pandai Aqil menjawab.

Aina membuka raut muka tidak percaya. Terus Aqil tergelak melihat itu.

"Saya datang dengan abang saya lah. Tuu..." Tangannya dituju ke arah jejaka itu duduk. Aina seraya turun dari buaian. Dia berdiri dihadapan Aqil.

"Awak! Jom kita pergi makan KFC nak?" Tiba-tiba Aina mencadang. Aqil mengangkat keningnya.

"Tu... Itu kakak sepupu saya. Kak Icha." Aqil kembali memandang ke tempat yang sama dan memaling pula ke wajah Aina.

Jadi?

"Abang saya mesti tak bagi punya. Dia tu pelik."

Jeda.

"Tak apa! Saya tahu nak buat macam mana!" Aina mula berbisik.

Aqil menggeleng. "Saya tak nak buat yang pertama tu." Dia terus membantah.

Bagaimana dia mahu setuju dengan rancangan pertama Aina? Dia perlu comotkan wajah gadis didepannya ini dengan aiskrim vanila yang baru diletakkan di tangannya. Dan kemudian jatuhkan aiskrim itu di tanah!

Tidak akan dia lakukan itu! Dia tidak ada kekuatan untuk berbuat sesekejam itu.

"Alah, Aqil. Jom lah! Nanti kita boleh makan KFC kot." Aina cuba memanipulasi fikiran Aqil.

Aqil menyambung berfikir lagi tentang rancangan Aina yang seterusnya. Yang lain semua okey. Cuma yang pertama ini yang dia tidak boleh turutkan. Haih...

Melihat wajah Aina yang berharap, dia memutuskan.

"Boleh. Tapi dengan satu syarat." Aina mengangguk.

"Kita pergi KFC dekat shopping mall yang dekat dengan sekolah kita tu."

"Okey. Deal!" ujar Aina sebaik sahaja ibu jari dia dan Aqil bertemu semasa berjanji.

Tulah, ikutkan lagi cadangan kawan rapatnya. Kononnya mahu makan KFC bersama. Apa yang boleh dia katakan lagi? Turutkan sajalah. Sudahnya, dia terperangkap dalam dilema yang dicipta sendiri.

Sudahlah dia terlupa memberi amaran awal-awal pada Aina bahawa abang sulungnya itu serupa harimau!

Aina mencuit sedikit bahu Aqil. "Aqil, diorang dah sampai!" ujar Aina teruja bercampur gelisah. Automatik, terus tercelik kedua kelopak mata Aqil. Dia hela nafas sebelum melangkah ke tepi kereta supaya abangnya boleh nampak di mana dia dan Aina berada.

Tepat pada itu juga, jejaka itu juga turut memandang ke arahnya. Aqil melambai tinggi tangannya ke atas udara. Jejaka itu mula berlari laju. Turut juga dibuntuti kakak sepupu Aina, Alisya.

BabysitterWhere stories live. Discover now