Chapter 3

2 1 0
                                    

Nafsu, kepuasan, kemahuan sanggup dilakukan walau terpaksa mengorbankan orang lain. Di sebabkan perbuatan bodoh kami. Orang lain turut terkena tempias.











CHAPTER 3











"Ini tali leher abang" seorang wanita menyarungkan tali leher kepada sang suami. Dalam isterinya leka kerana mengikat tali leher buat suami tercintanya. Si suami pun mengambil kesempatan mengusap lembut perut isterinya yang mengandung.

"Macam mana dengan check up semalam?" soal sang suami.

"Doktor kata anak kita sihat je. Tak sabarnya sayang nak tengok anak lelaki kita ni" Isterinya mengukir senyuman.

"Abang minta maaf sebab tak teman sayang pergi check up, abang busy sikit dengan student abang"

"Sayang faham, abang jangan risau. Saya boleh pergi sendiri"

Suaminya mengukir senyuman. Melihat isterinya yang sedang mengandung 5 bulan membuatkan dia berasa gembira selalu. Mungkin di sebabkan anak pertama. Suami  mana yang tidak gembira bila mendapat berita bahawa isterinya mengandung.

Sesudah sarapan. Isterinya pun menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya. Si suami mencium lembut dahi isterinya. Diikuti dengan pelukan mesra.

Sang suami melanjutkan jalan nya menuju ke tempat dimana dia bekerja. Universiti Linton. Benar sang suami yang di maksudkan ialah pensyarah aku!

Prof. Alex, mengikut apa yang aku dengar dari para pensyarah di Universiti ini. Prof. Alex baru sebulan bekerja di sini. Pada umur yang muda Prof. Alex mendapat gelaran Professor. Aku tanya korang. Wanita mana di muka bumi ini tak cair bila berjumpa dengan lelaki yang berpendidikan, kacak, dan mendapat gelaran pada umur yang muda. Tapi apa yang dibenci oleh wanita di muka bumi ini ialah bila mendapat kabar angin yang Prof. Alex sebenarnya dah berkahwin!

"Prof. Alex!" sapa aku dari hujung dunia. Walaupun Prof. Alex masih belum melangkah masuk pintu Universiti. Aku tak kesah! aku nak sapa juga. Aku berlari anak menuju ke Prof. Alex.

"Prof. saya nak bagi tahu. Bonda saya suruh bagi ini dekat Prof." Aku menghulurkan sebuah kotak kecil buat Prof Alex. Sebenarnya aku sendiri tidak mengetahui apa yang di isikan oleh bonda dalam kotak itu. Tapi aku yakin kemungkinan kotak itu berisi cek.

"Bonda saya kata jangan buka dekat orang ramai. Buka masa Prof. sendirian" Aku mengukir senyuman yang penuh makna seraya melangkah pergi ke kelas.

"Alahai ada-ada je"

Dari jauh aku mengintai Prof. Alex. Hanya sahaja untuk memastikan Prof. tidak membuka kotak hadiah itu sesudah aku beredar.

Mesti ada yang tertanya, kenapa aku boleh rasuah pensyarah aku, tetapi aku tidak boleh merasuah cikgu di sekolah aku sehingga aku lambat masuk ke Universiti? Semuanya berpunca dari kelalaian aku juga. Bonda aku menggunakan teknik yang sama seperti ini, memberikan kotak yang berisi cek. Namun, aku tidak sengaja menjatuhkan kotak tersebut di hadapan pengetua. di sebabkan itu, semua cikgu yang bonda aku rasuah di buang. Cikgu yang diganti pula semuanya adalah orang suci-murni yang tidak mahukan rasuah. Jadi aku terpakasa belajar bersungguh-sungguh.

Jadi aku kena memastikan bahawa semuanya berjalan dengan lancar.





***





Suasana perpustakaan sunyi. Stephen yang bersendirian di perpustakaan tekun sedang menyiapkan assignment nya. Sesekali dia melihat jam dinding yang tidak jauh darinya.

HanahakiWhere stories live. Discover now