BAB 11

6.1K 406 0
                                    

"Bonda dan Ayahda serius nak satukan Zeva dalam umur Zeva masih sekolah menengah?" Ditahan suaranya agar tidak meninggi. Zeva duduk di sofa dengan kasar.

"Ayahda tak kira. Ayahda nak kamu kahwin juga dengan anak kawan ayahda. Keputusan muktamad. Bonda dan ayahda tak terima apa bantahan sekalipun."Tegas suara Tunku Zion.

"Fine. Kalau itu bonda ayahda nak sangat kan buat lah. Menyesal lah Zeva datang sini." Diatur langkah keluar dari rumah tersebut. Bonda nya menelefon untuk datang ke rumah tapi tidak disangka hal ni akan terjadi.

Serabut kepalanya bila dipaksa kahwin diusia yang masih muda. Benar benar bala untuknya. Tambahan lagi majlis kahwin pula pada 2 minggu hadapan. Apa kejadah yang gelojoh sangat.

Ditekan pedal minyak dengan kuat untuk pulang ke rumah mereka bertiga. Panas hatinya ketika ni. Jika boleh lari sudah lama dia lari ke luar negara tapi apa boleh buat? Ayahdanya seorang usahawan yang berjaya. Ramai yang mengenalinya jadi jika mahu mencari kedudukannya saja sangat mudah.

"Va kau okeyh?" Tanya Irene bila gadis tu melangkah masuk dengan wajah yang tegang.

"Bonda dan ayahda nak satukan aku dengan anak kawan diorang! Tak guna!" Diserabaikan rambutnya.

"Sabar Va sabar. Mungkin pilihan bonda dan ayahda kau adalah yang terbaik? Kita tak tahu kan?" Pujuk Jeyya.

"Dahla malas! Baik aku naik atas." Zeva berlalu ke tingkat atas dan menuju ke bilik nya.

"Dengan siapa Zeva nak disatukan?" Jeyya mengangkat bahu tidak tahu.

"Entah tapi aku harap lelaki tu seorang yang baik." Irene menganguk menyokong.

"Besok petang ikut bonda pergi cari baju pengantin."

Zeva mengetap gigi nya kuat. Geram, marah semua bercampur aduk.

"Oke." Ditamatkan panggilannya dan dilempar ke tepi. Menyesal kerana pulang ke sana dan sekarang dia perlu berkahwin dengan seseorang yang dia tidak tahu asal usulnya.

ZEVA hanya melihat saja bondanya memilih baju pengantin. Sejujurnya dia tidak rela dengan keputusan yang kedua orang tua nya lakukan.

"Cantikkan baju ni Va?" Dia hanya mengangguk saja sebagai balasan. Tangan naik berpeluk tubuh.

"Jangan tunjuk sangat sifat tak suka kamu tu nanti apa pula orang kata tentang bonda yang kamu tu kena paksa kahwin." Zeva menjulingkan matanya.

"Memang Zeva ja kena faham bonda kan? Bonda dengan ayahda langsung tak faham Zeva." Diatur langkah keluar dari butik tu. Dia bersandar di dinding.

"Kamu jangan nak buat perangai dekat sini ya Va. Jom balik." Kata bonda nya dan Zeva hanya akur.

Mahu melawan tapi dia masih waras yang kedua orang tuanya adalah syurga nya. Dihela nafas perlahan.

"Bonda taknak kamu buat hal masa akad nikah nanti. Mana bonda dan ayahda nak letak muka kalau kamu tak ada masa majlis."

"Ya bonda ya." Malas malas dia menjawab. Muka korang ja yang perlu kesah? Habis tu muka aku ni nak letak mana. Sabarkan lah duhai hati.

PSYCHO HUSBAND [C]Where stories live. Discover now