Chapter 2

21 2 3
                                    

Seorang lelaki melirik ke arah wanita yang duduk tidak jauh darinya. Suasana kelas riuh. Pensyarah entah ke mana perginya lama sangat masuk kelas.

Pintu kelas aku buka. Sedikit takut sebenarnya jika pensyarah sudah memulakan kelas, aku pula baru masuk kelas. Tapi ini bukan perkara baru buat aku. Memang sejak sekolah menengah aku memang selalu masuk lambat. Jadi jika aku dimarahi oleh pensyarah aku dah terbiasa.

Tapi rezeki kelas pertama mungkin, pensyarah belum masuk. Aku menghembus nafas lega. Dari jauh aku sudah boleh melihat batang hidung Jefran. Melihat ade tempat kosong disebelah Jefran. Aku pun melangkah dengan laju.

"Termenung apa tu" sapa aku mengejut. Seraya mengambil tempat kosong di sebelah Jefran.

Jefran yang terkejut meratap aku dengan wajah marah.

"Tak boleh nak lama lagi ke?" Soal Jefran dengan nada mengajak gaduh. Bulu kening kananya di naikan sedikit.

"Sorry lah, bukan sengaja. Aku singgah kedai sekejap tadi" jelas aku kepada mamat ni.

" Mesti kau pergi berjumpa dengan kawan-kawan kau"

"Macam mana kau tahu?" soal aku.

"Ni bukan kali pertama aku kenal kau Hana. Kau kawan dengan mereka tu dah lama. Tapi siapa sangka diaorang tinggalkan kau lepas diaorang dapat lepas masuk Universiti ni"

"Tapi ni bukan salah diaorang. Aku yang tak dapat lepas. Salah aku juga sebab tak belajar betul-betul" Aku cuba untuk berfikir positif.

"Kau salah Hana. Diaroang lepas masuk ke sini cara haram kau tahu tak! Semuanya guna rasuah"!

Aku yang mendengar ini berasa binggung.

"Tapi takkanlah diaorang..."

"Baiklah semua duduk..." Pensyarah yang di tunggu-tunggu melangkah masuk menuju ke tempat duduknya.

Perbualan kami terhenti. Jefran memandang aku dengan wajah kosong.



***


"Maaf prof, esok saya akan submit assignment saya"

Stephen melangkah dengan pantas. Tangan kiri nya memegang telepon yang dihadapkan ke telinganya manakala tangan kanan merangkul beberapa buah buku yang tebal.

Stephen kelihatan sibuk dalam menyiapkan assignment nya. Seperti yang kita tahu, bekerja sambil belajar bukanlah hal yang mudah.

Dalam sibuk menyelak-yelak buku ditanganya. Seseorang tanpa sengaja melanggar bahu Stephen.

Buku yang dirangkulnya tadi bersepah di atas lantai. Telefon nya yang berada di tangan kiri Stephen terlepas jatuh ke permukaan tanah.

Stephen segera mendapatkan telefon nya, lalu satu tangan mengapai telefon miliknya terlebih dulu.

"Sorry Stephen" Emily menghulurkan telefon milik Stephen.

"Thanks..." Stephen membalas ringkas.

"Kau nak ke mana Stephen? Kenapa terburu-buru sangat ni?"

"Aku nak pergi tempat kerja aku. Ada hal sikit"

Butang lift berlambang anak panah ke bawah ditekan serentak oleh Stephen dan Emily.

"Jangan risau, aku takkan ikut kau" Emily cuba bergurau namun diendahkan Stephen.

Pintu lift terbuka. Mereka pun melangkah masuk. Kini mereka berada ditingkat 9. Setelah pintu lift tertutup. Lift itu pun meluncur ke bawah. Sepanjang mereka berdua berada di dalam lift. Tiada satu patah pun perkataan yang keluar dari mulut Stephen. Suasana menjadi tegang buat Emily. Sejujurnya Stephen seorang yang banyak cakap dan ramah. Hanya saja sejak Stephen melangkah keluar dari rumah ayahnya. Dia berubah 360 darjah. Yang dulu seorang periang kini kurang bercakap.

HanahakiWhere stories live. Discover now