Chapter 1

15 2 0
                                    

   Aku dapat rasakan berapa terik tempias cahaya matahari. Selepas melewati pagar, aku berjalan ke perkarangan sekolah melalui lorong berturap bata merah coklat. Hari ini hari pertama sekolah bermula lepas tamat cuti musim pantas.
  Aku selalu rasa berdebar bila kembali ke sekolah selepas cuti panjang. Tapi kali ini bukan sekadar berdebar sebab sudah lama tidak ke sekolah. Tapi berdebar kerana ini kali pertama ke sekolah sejak dating dengan Ryou.

  Semasa musim panas haritu, berlangsung
Pesta Bunga Api Otomigawa. Dua butir bunga api Yonshakudama dilepaskan. Aku tidak tahu-menahu pun fasal itu. Semuanya kerja Ryou. Aku baru saja tahu Ryou juga berupaya melihat ramalan. Dan gara-gara peristiwa haritu dia hilang keistimewaan yang dia miliki.
  Hasil bantuan Ryou, ramalan yang aku lihat menjadi kenyataan. Jadi keupayaan aku masih kekal. Sebaliknya Ryou kerana sanggup berkorban untuk realisasikan ramalan aku. Untuk membalas jasanya, aku harap dapat lihat ramalan yang memberi kebaikan pada Ryou.
  Selepas masuk ke kawasan bangunan sekolah, terik mentari tidak lagi membahang. Tiba-tiba rasa rindu pula bila lihat langit cerah. Lama sangat bercuti agaknya.

  Selesai letak kasut di rak, aku menoleh dan nampak Ryou tengah buka kasut sambil galas beg di bahu. Bila dia ada depan mata, aku jadi teragak-agak untuk melangkah. Risau memikirkan mata pelajar lain yang memandang.
  Kami ada keluar beberapa kali lepas pesta bunga api haritu tapi.. Sebenarnya kami lebih kerap berjumpa di sekolah sebelum dating dulu. Masuk musim pantas, lebih banyak berbual di telefon dari jumpa depan-depan.
 
  “Selamat pagi,” sapa ya lembut bila nampak aku ralit pandang dia buka kasut. “Selamat pagi,” balas aku acuh tak acuh.

  Muka aku merah padam. Dia pandang aku kehairanan. Lepas ni hari-hari kami akan berjumpa di sekolah. Takkanlah aku masih malu-malu dan biar wajah sentiasa merah padam. Lagipun kami sudah keluar bersama. Aku tidak boleh acuh tak acuh saja. Aku patut ambil peluang ni untuk jadi lebih rapat dengan dia.
   Sampai bila nak tercegat disitu. Akhirnya aku melangkah pergi. Tiba-tiba ada seseorang memeluk aku dari belakang.
  “Kaede! Lamanya aku tak jumpa kau!!” Sapa Misa.
  “Selamat pagi. Ish, tak payahlah peluk-peluk. Tengah panas ni.” Aku cuba leraikan pelukan Misa.
  “Aku tengok kau macam hitam sikit lah, Misa...”
  “Ha'ah.. aku pergi Pantai,” jawab Misa sambil pandang aku silih berganti dengan riak curiga.
Kemudian dia berisik di telinga aku.
“Kau dengan Ryou.. ada apa-apa ke, Kaede?”
  “Eh-?”
Terkejut aku dengar pertanyaannya. Pandai dan pantas betul dia baca riak kami.
  “Nantilah aku cerita,” balas aku ringkas.

  Kami bertiga bergerak ke kelas sama-sama. Aku masih tidak selesa memikirkan soalan Misa tadi.
  “Jadi bila korang mula dating?”
  Selepas meletakkan bento atas meja di bengkel ERT, pantas Misa ajukan soalan pada aku. Kami sengaja datang ke bilik kosong ini untuk makan tengah hari semata-mata untuk menyambung cerita pagi tadi. Misa pandang aku dengan riak wajah nakal. Pagi tadi dia cuma tanya aku ada apa-apa dengan Ryou.

  “Macam mana kau tau??” tanya aku cuak.
Risau juga isu ini jadi gosip satu sekolah pula nanti.
  “Jadi betullah...” katanya merenung aku sambil menopang dagu.
  “Hmm...”
  Nampaknya aku dah termakan umpan. Aku geram dengan diri sendiri sebab naif sangat. Tapi memang aku nak beritahu Misa. Aku rasa tak patut simpan rahsia. Alang-alang dia dah bertanya, eloklah aku cerita saja.
  Bila aku cerita semuanya, mata Misa bersinar-sinar dan kadang kala teruja sambil berteriak 'wah' dan 'kyaa'.
  Kemudian dia seorang soalan pula. Sejak bila aku suka Ryou, kami keluar date atau tak musim panas haritu dan dah kiss atau belum.
  Laju aku menggeleng menjawab soalan terakhir Misa.
  “Kelas kita akan buat kafe tema flora.”

  Ryou yang berdiri atas atas podium buat pengumuman tentang festival. Semua orang bertepuk tangan. Sekolah kami akan adakan festival selama tiga hari kira-kira tiga minggu selepas hujung September.
  Semua kelas mesti buat sesuatu sebagai acara masing-masing. Rumah hantu dan buka kafe papling popular. Kelas kami nak buka kafe tema floral; Kafe Maihana sempena nama Sekolah Tinggi Maihana.
  Selepas undian, kami bercadang jual dessert bertema floral fotogenik dan estetik seperti rare cheese cake dan cookies dihiasi audible flower. Kami pilih acara ini kerana tiada kafe seperti ini disini. Lagipun aku memang suka dan berminat dengan hal begini.
   “Seterusnya, kita bahagikan tugas.”
  Ryou mencatat senarai ahli jawatankuasa (AJK) di papan hitam selepas memadam cadangan acara lain yang tidak terpilih. Kami diberi masa untuk fikir dan pilih tugasan yang hendak dilakukan.
  Masing-masing ambil tempat duduk dan berbincang. Kelas jadi riuh-rendah. Dengan pantas Misa datang bertenggek di meja aku.
    “Kaede jom masuk kumpulan kostum.”
    “Kostum...”
  Kumpulan yang tak ada kerja pada hari festival ditugaskan agih brosur. Tidak terkecuali kumpulan kostum.
  Tugas buat kostum ini antara yang penting. Aku sendiri tidak ada pengalaman menjahit. Itupun semasa kelas jahitan. Tapi susah kerja itu, lagi bagus. Dapatlah aku sumbang tenaga untuk festival nanti.

  Bila aku pandang, aku nampak Ryou; ketua tingkatan merangkap ketua acara untuk kelas kami. Aku belum nampak sebarang ramalan yang boleh bantu dia urus acara ni. Yang aku nampak hanya menu sarapan pagi. Jadi, aku kena usaha sebaik mungkin untuk bantu dia.
    “Baiklah, aku cuba.”
  Misa bersorak mendengar jawaban aku lalu terus nama kami di papan hitam. Akhirnya aku, Misa dan seorang lagi budak perempuan masuk kumpulan kostum.
  Ryou pula masuk kumpulan pramusaji kerana tidak cukup orang. Mungkin Ryou akan pakai kostum yang aku jahit nanti. Teruja pula bila fikir semua tu.
  Bila masuk waktu persediaan, kami berkumpul ikut kumpulan tugasan masing-masing.
   “Kita nak buat kostum apa ni?”
  Sora yang pertama sekali buka mulut. Dia bersama seorang lagi budak perempuan masuk kumpulan kami dan kami jarang berbual dengan dia. Tapi kami tahu dia ahli Kelab Sofbol. Berambut pendek dan kulit gelap sedikit. Memang ciri-ciri budak aktif bersukan.

   “Pertama sekali, fikir design apa.” jawab Misa.
   “Okey juga. Lepas tu fikir nak jahit apa dan beli apa,” balas Sora.
   “Kalau boleh nak buat kostum comel-comel.”
   “Untuk lelaki, buat baju yang macho.”
  Macam-macam idea kami keluarkan. Aku catat semuanya dalam buku nota. Sora memang pandai menjahit. Sesi perbincangan berjalan lancar. Akhirnya kami pilih kemeja, apron hitam beropol, dan short pants hitam untuk perempuan. Untuk lelaki pula, vest dan seluar slack.
  Untuk kemeja dan tali leher, kami guna uniform sekolah saja. Jadi yang perlu dijahit ialah apron ropol, short pants dan vest. Bak kata Sora, kurang sikit kerja menjahit dan sempatlah nak siapkan semuanya.

  Beberapa hari kemudian, suasana sekolah semakin berubah. Dibahagian koridor besar lantai sudah dilapik sheet dan banyak tong cat. Kelas yang buat rumah hantu sudah pun menggantung kain hitam menutupi tingkap kelas. Depan kelas sebelah pula ada papan tanda kayu besar di koridor. Persiapan festival sudah bermula. Sekolah riuh-rendah walaupun bukan waktu rehat. Kelas kami pun sama. Masing-masing berkeliaran menjalankan tugas yang sudah ditetapkan.

Menyulam Bunga BintangWhere stories live. Discover now